Suatu hari yang kecewa dengan air kelapa laut

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya adalah peminat air kelapa laut.
Iaitu air dari buah lontar atau nama saintifiknya Borassus flabelifer.
Memang feveret sejak dulu.
Kalau jumpa, mesti beli.
Bulan puasa minum air ni hari-hari pun tak apa.
Lagi pun air kelapa laut memang banyak khasiat, sedap pulak tu.

Antara khasiatnya ialah :-

1) melegakan sakit hempedu dan limpa
2) mengatasi masalah kencing tak terkawal
3) menyegarkan nafas, menyihatkan gigi dan gusi
4) mengatasi masalah pernafasan dan paru-paru
5) mengubati luka-luka

Sedap dan berkhasiat.
Rasa macam air gula melaka gitu.
memang terbaik!!!

Tapi suatu petang di sebuah pasar malam, bengang sangat dengan penjual air tu.
Saya beli satu cup besar harga RM3.
Dah dapat selesai bayar tu, automatik saya minum sikit nak rasa.
Sekali....... airnya masam!!
Saya suruh Qisya rasa.
Terus dia kata masam.
Lepas tu saya bagitau la penjual air tu.
"Adik, air kelapa laut ni masam la. Cer rasa air ni. " saya.
"Kak, air tu memang rasa macam tu." penjual.
Dia tetap bertegas air tu elok saja dan rasa air kelapa laut memang macam tu.
Huk alohhh.....kalau saya baru rasa air tu pada petang itu, boleh la cakap macam tu kannn...
Ini dah bergelen-gelen kot, lagi mau nak tipu.

Frust punya pasal, saya blah je dari situ.
Tak koser nak bertekak.
Mana la tau kot-kot lidah dia cacat ke tak dapat rasa air elok atau dah masam ke.
Saya halalkan je la RM3 saya tu.
Tapi tobat, pasni tak pergi gerai dia dah!


#ini la airnya. Nasib baik kitorang tak sakit perut.





8 Comments

  1. rasanya manis dan mcm rasa gula melaka.....minum masa panas2 mmg best...

    ReplyDelete
  2. dia jual air semalam kot..huhu

    ReplyDelete
  3. apsal tak sedekah balik je air tu kat dia.. suruh dia nikmati betul2.. kalau saya tinggalkan je air tu kat gerai dia

    ReplyDelete
  4. Kat Cameron haritu berlambak2 org jual air ni kat pasar malam.. Tapi idak pulak ada rasa nak menerai... Rugi lak tak try beli..hehehehe

    ReplyDelete
  5. itu la meniaga tka ikhlas, opsss. tak terfikir ker dia, saper dia nak tipu pun, macam la orang tak tau rasa dia macam mana kan, lain la kalau dia jual air kelapa laut africa, boleh la kelentong. Bagus akak takyah gi kedai dia lagi.

    ReplyDelete
  6. Jual macam tu punya gaya.. dia ingat rezeki dia tu berkat kot?



    Nong andy

    ReplyDelete
  7. tak pernah nampak lagi jualan dikawasan saya ni...tengok pasar ramadhan nnti...

    ReplyDelete
  8. xpernah try lagi..kot sy la membeli time tu agaknye saya percaya je la mmg mcm tu la rasa air tu..huhu

    ReplyDelete