Assalamualaikum wbt....bismillah...

Sekarang ni musim buah mangga kot.
Harga mangga dah agak murah kat pasar tani.
Semalam beli jenis Gold Lily dapat 4 biji RM10.
Qisya dan Amsyar suka sangat makan buah-buahan.
Betul-betul mengikut mama diorang kalau bab makan buah.

Hari ni beli lagi mangga.
Orang utara panggil buah mempelam.
Yang ni dari jenis Harum Manis.
RM 30 sekilo beli kat kawan opis.
Memang istimewa, so jangan bising-bising pasal harga dia.

Buah ni hanya dituai setahun sekali di ladang Harum Manis kat Perlis nun.
Musimnya di antara bulan April dan Mei.
Buahnya pulak sangat sedap, ok.
Sudahlah harum, manis pula.
Haaa.....kiranya di antara jenis-jenis buah mangga, Harum Manislah ratunya.
Sangat sedap dimakan dengan pulut.



#tak sabo nak makan dengan anak-anak...

Tapi yang tu kalau ada banyak stoklah kan.
Setakat beli sebiji berharga RM13.50 tak berbaloi nak menanak pulut.
Katanya harga di ladang tu pun RM22 sekilo.
Untunglah orang Perlis.
Senang nak jumpa buah mempelam Harum Manis ni.
Kat Selangor ni kalau bisnes buah ni masyuuukkkk....
RM 50 sekilo pun ramai yang sanggup beli.
Haihhh.....kalaulah ada lori. ekeke...* otak bisnes tak sudah-sudah mokcik nih.