Percutian ke Sabah - Part 3 (Kinabalu Park)

Assalamualaikum wbt....bismillah...


Belum pukul 7 pagi dah terang macam ni. Seronoknya kalau bangun pagi ngadap pemandangan macam ni hari-hari. Ini pemandangan dari bilik saya di Kundasang Inn. Sejuk usah katalah. Mengeletor. Encik hubby dan Amsyar pegi solat Subuh di surau berdekatan Kundasang Inn. Dari situ Encik hubby dapat info tentang tempat-tempat menarik area Kundasang dan Ranau dari ayah kepada pemilik Kundasang Inn. Beliau memberikan tips supaya pergi ke Dairy Farm dulu untuk mengambil gambar Gunung Kinabalu, lepas tu ke Kinabalu Park dan ke Kolam Air Panas Poring. Katanya ini adalah kerana tiket masuk ke Kinabalu Park boleh digunakan untuk masuk ke Kolam Air Panas Poring. Jimat gitu. 

Info-info dalaman macam ni kadang-kadang tak diceritakan sangat. Itu pentingnya kita bergaul dengan penduduk tempatan. Tak susah pun. Bertegur sapa je la. Banyak tips dan pengetahuan yang kita dapat insya Allah.





Pagi tu kami bersarapan bekal yang dibawa dari semenanjung. Satu beg, ko. Inilah angkara risau sangat takde makanan yang boleh diterima tekak di Kundasang. hahaha....trauma tak menahan betul. :p
Tapi memang bagus pun. Jimat masa nak keluar-keluar cari tempat makan. Lepas je sarapan kat bilik, boleh laju-laju terus ke destinasi impian. Ecewahh...

#bekalan satu beg.


#Jalan Kundasang Kauluan. Di mana Kundasang Inn terletak dan ianya berhampiran dengan Desa Dairyfarm. Banyak homestay dan hotel bajet kat sini.

Destinasi pertama dituju pada 1 September 2014. Mestilah ke Desa Dairyfarm. Tujuannya nak ambil gambar Gunung Kinabalu yang tidak berawan. Kami dinasihatkan supaya mengambil gambar di awal pagi di sini dan datang balik pukul 3 petang macam tu. Barulah jelas dan terang tak malu-malu macam selalu. hehe...


#syukur Alhamdulillah. Dapat juga bergambar sekeluarga di sini. Lama dah berangan ambil gambar background macam ni, habaq ang. 

Dah puas ambil gambar Gunung Kinabalu, terus gerak ke Kinabalu Park. Memang bajet masa betul-betul sebab banyak destinasi nak pergi. Jarak pulak jauh dari satu tempat ke satu tempat. Tapi dah alang-alang sampai, haruslah pergi ke semua tempat tu, kan? Bukan selalu boleh sampai Sabah ni.



#Entrance di Kinabalu Park. Banyak pokok cantik-cantik kat sini.



#ini golongan pendaki yang baru sampai.

Saya tak pernah bercadang pun nak panjat Gunung Kinabalu walau pun adik saya selalu kasi panass je sebab dia dah pernah sampai atas gunung Kinabalu tu.. Makanya, apabila sampai di kaki gunung tempat permulaan mendaki tu dah kira ok bagi saya. Tengok-tengok je keberangkatan mereka pergi mendaki. Jadi laaa.. Lambai-lambai je la kat diorang. hehe...


#sedikit info Kinabalu Park.


#ni dah pasang angan-angan nak panjat Gunung Kinabalu jugak ni besar nanti.


Apa yang seronok sangat  Gunung Kinabalu ni untuk didaki? Gunung ini adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Merupakan kebanggaan dan semangat juang rakyat Sabah. Bagi kaum Kadazan,  Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia. Lepas tu, Gunung Kinabalu ini banyak lagenda dan mitosnya selain menghidangkan pemandangan cantik pelbagai jenis hutan tanah tinggi sepanjang pendakian. Ecewah...macam karangan dokumentari pulak. hahaha...


#starting point atau permulaan laluan Timpohon di Kinabalu Park.


#saya pun turut menyebok macam la saya pun nak mendaki Gunung Kinaalu. hehe...


Untuk mendaki ke Gunung Kinabalu, ada 2 laluan yang boleh dipilih iaitu laluan Timpohon yang menjadi kebiasaan pilihan para pendaki dan laluan Mesilau yang agak mencabar tapi menjanjikan pemandangan indah. Saya hanya sampai di  Timpohon. Seronok juga tengok gelagat pendaki-pendaki seluruh dunia. Excited sangat nampaknya masing-masing.


#kami hanya lepak-lepak di sini saja....


sambil menikmati pemandangan hutan gunung dan puncak Gunung Kinabalu yang sayup-sayup kelihatan.


#port wajib bergambar. Pondok Timpohon.


#cantiknya flora dan fauna di pergunungan...


#subhanallah.... lovely backdrop. Rasa rindu Sabah tiba-tiba.


#pintu masuk Kinabalu Park.


#tiba-tiba nampak lebah menghisap madu bunga. Comel!

Dalam pukul 9.30 pagi kami bergerak tinggalkan Kinabalu Park menuju kolam air panas Poring di Ranau. Jarak dalam 45km ye. 


#melalui semula pekan kecil Kundasang. Ini la roundabout yang comel di Kundasang. Ada dua roundabout comel kat sini. Terus, ke Ranau. Kiri, ke Dairyfarm. Kanan, ke Mount Kinabalu Resort.



#dan meneruskan snap sini sinun sampai beribu gambar untuk album Sabah sahaja. perghhh.....kagum sorang-sorang dibuatnya. hahaha.....


*bersambung...

0 Comments