Assalamualaikum wbt...
bismillah..
Apa yang menarik sangat Kundasang, ya? Ni saya nak bagitahu ni. Walau ramai yang nak pergi Kundasang kerana drama Dejavu di Kinabalu, saya sebenarnya nak ke Kundasang disebabkan Desa Dairyfarm tu. Nampak macam kat New Zealand wehhhh..... Nak tunggu ke New Zealand entah bila, makanya dalam Malaysia saja sudaahh. Lagi pun saya memang suka bercuti ke tempat-tempat sejuk ni. Tu pasal la tiap tahun naik ke Cameron Highlands.
Paling penting, Sabah menawarkan banyak tempat cantik. Tempat tanah tinggi, pulau-pulau berpantai cantik, semuaaa ado. I tell u. Feeling dia macam ni, tau. Jalan satu meter, amik gambo. Jalan satu meter, amik gambo lagi. Tak pun, melekat kat satu tempat...amik gambo banyak kali. Macam sawan berselfie gitu. hahaha... Nasib baik tak pakai filem kodak macam dulu-dulu. Kalau tak, mau parah asyik beli filem kodak tu gamaknya, ye dak?
Ini pemandangan Kundasang dari jalan raya menuju ke Ranau. Breathtaking view kata orang putih. Siap ada dua roundabout lagi di Kundasang ni. Kecik la tapi. Kedai makan pun dah semakin banyak. Idak le nak hadap KFC je bila duduk kat Kundasang ni. Jangan risau, ye.
Di Kundasang, kami menginap di Kundasang Inn. Alhamdulillah, penginapan 2 malam di sini adalah percuma kerana ditaja tuan empunya hotel bajet yang merupakan kawan encik hubby. Semoga makin berjaya bisnes beliau hendaknya. Biliknya biasa-biasa saja. Ada katil queen size, meja tulis, tv, penyangkut baju, dua mug (air panas kena ambil di lobi), bilik air lengkap dengan pemanas dan pada saya ia adalah ok sebab dekat dengan Dairy Farm dan Pekan Kundasang. Buka tingkap je terus nampak Gunung Kinabalu. Lagi pun free! Hahaha....kalau komplen, haruslah nak kena debik sebab macam tak bersyukur pulak. :D
Lepas je check in, solat dan rehat sekejap sebelum keluar semula ronda-ronda Kundasang. Rugi la kalau duduk kat bilik je, kan? Lagi pun masa sangat terhad sebab terlalu banyak tempat nak pergi, nak jejakkan kaki, nak selfie. hehehe...
Mula-mula kami terjah Kinabalu Pine Resort. Kenapa? Sebabnya semua info trip ke Sabah yang saya cari di internet, para bloggernya menginap kat Kinabalu Pine Resort ni. Macam dah takde tempat lain kekdahnya. Harga biasalah. Memang agak mahal sebab view mengadap Gunung Kinabalu adalah sangat cantik. Tapi macam takde koje la pulak ngadap Gunung Kinabalu je. Lagi pun bukan nampak clear 12 jam gunungnya pun. Makanya, siapa yang bajet lebih, bolehlah menginap di sini. Tapi jika percutian korang adalah percutian bajet macam saya, carilah tempat penginapan yang lebih murah. Gitu.
Ini wakaf di Kinabalu Pine Resort yang glemer tu. Rasanya banyak blog ada gambar wakaf ni. Haruslah blog ini pun masuk dalam list. wakaka...
Selfie selpot sefamily di Kinabalu Pine Resort.
Ini pulak kerusi wajib duduk kalau u ols datang ke Kinabalu Pine Resort. Belakang kami ialah Gunung Kinabalu yang cantik menawan tu tapi malangnya petang kami sampai, malu-malu la pulak. Berselubung awan macam orang baru nak belajar pakai shawl. Kih kih kih....
Rasa segar mata tengok bunga-bungaan yang hidup subur di tanah tinggi.
Dua beranak yang excited posing sana sini.
Resort ni banyak pokok pine. Subur dan besar-besar pulak tu. Feeling kat Switzerland kejap. Ada pokok pine. Ada gunung ganang. Haruslah snap sana sini. Tapi memang patut pun saya snap banyak gambar. Rupanya kali itu sajalah saya ke sini.
Abang dan adik yang suka sangat bergaduh. Pening kadang-kadang. Dah masing-masing kuat menyakat.
Masa nak balik, tetiba nampak sipi-sipi puncak gunung Kinabalu. Terus duduk balik snap gambo. Gigih betul. hahaha...
Dekat pukul 6 petang, suasana dah nak gelap.
Turun dari Kinabalu Pine Resort, kami terus pusing-pusing pekan Kundasang tu. Tengok jualan tepi jalan dan cari tempat makan best yang direkomen oleh kawan saya. Bukan untuk dinner malam itu tapi dinner malam esoknya. Untuk malam itu, kami makan nasi Ibrahim's yang sedia dimakan selepas direndam air panas. Lauk tambahan, kami beli KFC sekotak. Satu beg memang khas untuk makanan dibawa dari semenanjung angkara terlalu risau apabila dengar family dan kawan-kawan cakap makanan Sabah tak sedap.
Jangan kecik ati ye orang Sabah. Bukan makanan di Sabah yang tak sedap, tapi tekak mereka yang tak dapat terima terutamanya orang Melayu yang suka makan masakan pedas. Saya ni bila kawan-kawan cakap begitu, takkan nak pasrah je. Tu yang angkut satu beg, ko. hehe...
*bersambung...
10 Comments
haritu pegi sabah,xsempat nk naik kundasang.nt nk g jugak lg skali.huaaa.rindu seafood sana.
ReplyDeletebole pi repeat lg rara...
Deleteseronok tengok orang melancong... hihi eija habis kan dalam semenanjung dulu laa :)
ReplyDeletebole je eija... :)
Deletecantiklah view dia...sejuk mata memandang..
ReplyDeletemmg sejuk pun kat kundasang ni cik viva. :)
DeleteAssalamualaikum..plan nk ke kundasang bln 2 ni..x sabo nk selfie selpot....dgn lembu2 ala new zealand susu Fernleaf...hihi
ReplyDeleteRamai komen tu kak mknn sabah xmasuk tekak semenanjung.tp jgn risau skrg byk restoren semenanjung kt sabahhehehe
ReplyDeleteakak bila lapo, semua sedap je. hahaha...
DeleteRamai komen tu kak mknn sabah xmasuk tekak semenanjung.tp jgn risau skrg byk restoren semenanjung kt sabahhehehe
ReplyDelete