Assalamualaikum wbt...bismillah..

Dah seminggu sebenarnya teringin nak makan nasi kerabu tapi rasa malas nak cari. Ingat nak tunggu beli kat pasar tani je. Tengahari tadi encik hubby ajak lunch sama-sama di Kompleks PKNS. Tengah cari parking tu, ternampak la sign board kedai tulis HOUSE OF NASI KERABU. Waahhhh, ada kedai baru ni. Wajib cuba.

Lepas siap parking je, terus menuju kedai House Of Nasi Kerabu tadi. Ini nampaknya macam menu Kelantan asli ni. Terus saya order nasi kerabu jumbo nara. Paling special kot sebab ada ikan goreng tepung, solok lada, ayam panggang, ikan panggang....wow!

Siap ada bawang jeruk tu ha. Untuk nasi kerabu jambo ni harganya RM11++


meh closed up sikit rupa dia.



Yang ni nasi kerabu ayam percik berharga RM9. Memang puas ati wooo.....sedap!!


Pamplet House Of Nasi Kerabu.


Harga menu di House Of Nasi Kerabu.


Interior House of Nasi Kerabu.

Saya bukanlah orang Kelantan. Jadi piaiwaian kelazatan tu mungkin tidak sama dengan orang Kelantan. Tapi bagi saya, nasi kerabu di sini sangat sedap. Tak percaya, cubalah sendiri.


Lokasinya mudah sahaja. Bekas tapak Tabung Haji di Kompleks PKNS. Alamat seperti di pamplet.