Assalamualaikum wbt...bismillah..
Minggu lepas saja-saja la lunch bersama unit tumpang saya di opis tu. Dinamakan unit umpang sebab tempat duduk saya tersesat di unit tu. Sedangkan saya bertugas di unit lain. Tapi untunglah, jadi rapat dengan lebih ramai orang. Kira saya ni macam ada dua unitlah. Satu unit kerja, satu lagi unit 5s.
Unit tumpang saya ni memang kuat jalan-jalan cari makan. Segala pelosok tempat makan best di Klang dan Shah Alam, memang petik jari je diorang ni. So, saya pun tumpang sekaki la. Tumpang sekaki join makan. Tapi tumpang sekaki bercerita adalah agak tidak berkesempatan. Gambar memang ada, tapi nak bercerita di blog tu belum tentu lagi kekdahnya. Makin lama makin teruk istiqomah saya dalam berblog. hehehe..
Kali ni rezeki saya nak bercerita tentang kambing bakar tersedap di Klang. Hahaha...rezeki tu. Tak menahan punya ayat. Seminggu sebelum ke Bandung, hari-hari saya makan menu Indonesia. Termasuklah menu di warung Kambing Bakar Ayam Penyek Sahara ni. Terletak di Jalan Kasim, Meru, Klang, tak susah pun mencari kedai ni. Masuk je ikut simpang sebelum Shell tu. Dari Jalan Khamis pun boleh jumpa kedai ni. Susah sangat, call je 012-9434664 tu ha. Pasti jumpa punya.
Clear tak?
Ini rupa kedainya. Dah naik becak ruang parking sebab tersangatlah mendapat sambutan hebat penggemar menu kambing.
Inilah rupa kambing bakar yang pedas tapi sedap ni. Besar kan portion dia?
Satu set dengan nasi hanyalah berharga RM8.30. Berbaloi-baloi. Sedap sangat.
pulak tu. Ini menu Indonesia. Pedas tu memang wajib. Sebelum ni tak tahu pun kambing bakar dimakan dengan nasi. Tau yang makan style western tu je. Ecewah.. riak pulak bunyinya. hahaha...
Nak tau sedap ke idak, tengok aksi mereka ni makan. Tak pandang kiri kanan dah! Memang betul la cerita saya ni, ye dak? hehehe..
Senarai harga. Boleh tahan, kan? Kedai ni ada wifi tau. Jangan memain. Tokey dia dalam sehari saja pun, masyuk kemain dengan perniagaan kambing bakar ni.
Pesanan penaja. Kaum lelaki pada waktu solat Jumaat, jangan menggatal nak melepak kat sini. Tu dia punya warning...
Elemen landskap yang digunakan, hanya rumpun buluh yang subur. Sejuk je mata memandang.
Ok. Itu je infonya. Kambing bakar sedap, harga berbaloi-baloi...memang antara destinasi jalan-jalan cari makan yang mesti dicuba. Harap tahan pedas la ye. :D
6 Comments
Tengok kedainya penuh orang. Kambing bakar memang menyelerakan :D
ReplyDeleteMacam sodap je tu kak. Kena cuba ni
ReplyDeleteni dekat area rumah saya..sedapppp..cuma set kambing bakar dah naik harga jadi rm9..tapi berbaloi dgn portion dan kualiti
ReplyDelete1 ke 2 jam saja2 tgu kmbeng siap..nk rse punye pasal..peace yo...
ReplyDeletesedap..and mmg murah..selalu pegi...tp bungkus jek..klu situ lambat sgt nak tggu..servis terok..patotnyee die da bole luaskan tempat and servis yg better sikit..so care mudah take away..order kat kaunter tggu jek dpn tu cpat siap..
ReplyDeleteDia buka hari2 ke..
ReplyDelete