Assalamualaikum wbt...bismillah..
Seperti yang dijanjikan sebelum ni saya nak cerita pasal tempat penginapan kami di Kuala Perlis. Memang terbaik nak habaq. Selesa sangat. Mula-mula sampai ke Kuala Perlis, memang tak tahu lagi nak stay kat mana. Google-google jugalah tapi tak decide nak stay mana. Sampailah masa kami dah nak sampai ke Jeti Kuala Perlis - Langkawi yang ada tempat seafood tu, ternampak banner Hotel D'View di tiang lampu. Apalagi, terus call la. Nasib baik masih ada lagi kekosongan, book dulu lepas tu terus makan. Kiranya nanti dah masuk hotel, taknak keluar dah. Penat kot.
Hotel D'view ni ada dua bangunan. D'View 1 dan D'View2. Ada 32 buah bilik dan ada 11 rumah semi detached yang sangat-sangat selesa.
# D'View 2 bersebelahan D'View 1. Sama je design. Nak nampak ada connection dengan taman perumahan kat sebelah kot.
# dah la main redah je. Dapat pulak parking paling hampir dengan lobi. Memang rezeki. Alhamdulillah. Penat kot nak angkat beg kalau dapat parking jauh.
#Lobby Hotel D'View. Luas dan selesa. Tak nampak macam hotel bajet pun kan.
Kat sini saya membelek pamplet-pamplet Hotel D'View untuk dikongsi dengan u ols. Sila salin ye. hehe...
#Ok. Sila simpan nombor ni.
#inilah jenis-jenis bilik yang ditawarkan.
Lepas dah salin contact number, jom tengok kat area lobby yang super luas dan sangat santai. Ni lepak-lepak santai dengan kawan-kawan yang lama dah tak jumpa ni memang terbaik sangat le kan.
# ada banyak sofa...
#deco yang minimalis tapi cantik....
#hoho...memang sangat luas la nak habaq! Rasanya ini hotel bajet yang mempunyai lobi yang paling luas pernah kami menginap kot.
Dah ronda-ronda kejap di lobi, jom kita tengok bilik pulak. Saya memilih bilik delux yang berharga RM100. Deposit RM150. Masa nak check out, Hotel D'View memulangkan balik RM50 tu.
#inilah dia...
#bilik luas. Nak bentang toto pun boleh.
#toilet bersih dan selesa. Dilengkapi tuala, berus gigi dan ubat gigi, sikat rambut, cecair mandian dan syampu.
#selesa sangat nak bagitau...tu yang tayang gambo katil banyak kali. hahaha..
#itu pintu ke balkoni. Ade balkoni ok. Pastu tingkap memang luas. Cuma segan nak buka sebab belakang tu rumah orang. Terang benderang nampak kot. hehe..
#Kan? Muat kalau nak bentang toto. Sebelah kiri katil menghadap tv tu boleh solat berjemaah. Kemain luas nak habaq pada nilai RM100 sehari. Berbaloi-baloi.
#tv lcd, cermin, penyangkut baju, tempat letak beg, air mineral, kopi segera dan jug elektrik disediakan. Takde almari pun tak apa sebab lapang. Banyak ruang untuk letak barang.
Keseluruhannya, hotel D'View ni sangat selesa dan sesuai sangat untuk menjadi tempat persinggahan keluarga. Manalah tau kot-kot sampai Kuala Perlis tapi tak tahu nak menginap kat mana, Hotel D'Viewlah pilihan terbaik pada harga yang berpatutan. Kami sekeluarga sangat puas hati. Qisya pun kata, "hotel ni best la mama!"
Harap-harap membantu.
Terima kasih sudi baca.
Luv,
8 Comments
Cantik! Harganya pun tak mahal. Memang menarik :D
ReplyDeleteCantik.... Murah la kiranya...
ReplyDeletenampak selesa...
ReplyDeleteAssalam..hotel ni ada bilik di aras bawah tak? utk ke tingkat ats ada lift tak? Sbb mak sy guna wheelchair..hrp dpt membantu..
ReplyDeleteAda Ramp untuk tolak wheelchair ke lobby. Ada 8 bilik tingkat bawah, Rm80 net. Bilik besar, cantik lagi bersih. Bilik air pun luas dan oku friendly. banyak guest yg guna wheelchair bermalam kat Dview. Bilik bawah selalu penuh jadi book awal 04-9853022.
DeleteAda Ramp untuk tolak wheelchair ke lobby. Ada 8 bilik tingkat bawah, Rm80 net. Bilik besar, cantik lagi bersih. Bilik air pun luas dan oku friendly. banyak guest yg guna wheelchair bermalam kat Dview. Bilik bawah selalu penuh jadi book awal 04-9853022.
DeleteDiharap Mrs. Adeline Lau boleh la bagi penginapan 1 malam percuma kepada penulis entri ini. Terima kasih.
DeleteAssalam..hotel ni ada bilik di aras bawah tak? utk ke tingkat ats ada lift tak? Sbb mak sy guna wheelchair..hrp dpt membantu..
ReplyDelete