Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera .. :)
Ramai tercari-cari pakej percutian ke Turki yang paling best. Lepas tu nak cari info pasal trip ke Turki paling best dan mudah faham. Haaa...ini ada promosi terbaik untuk anda yang nak sangat ke Turki tapi ada rasa was-was takut tersilap beli pakej atau kena tipu dengan ejen pelancongan sebab ada hidden kos. Maklumlah, biasanya orang tengok harga je tapi tak study apa yang dia dapat dengan pakej yang dibeli. Tak ke haru namanya tu. Tapi lepas ni jangan pening. Dah kata percutian ke Turki paling best, mestilah saya nak cerita detail sikit mengenai trip ke Turki ini. Harapnya baca sehingga habis, tau.
Memanglah di facebook atau instagram tu banyak iklan promosi menarik tapi anda belum kenal atau tahu tentang review perkhidmatan mereka. Kali ni sila buang perasaan risau tu jauh-jauh sebab entri ini saya nak rekomen pakej percutian ke Turki paling best pada tahun 2022 ini dan tahun-tahun seterusnya bersama Azza Travel & Tours Sdn Bhd.
Pakej Turkey Winter
9 Hari/ 7 Malam
Azza Travel & Tours Sdn Bhd
Tarikh penerbangan (Jan @ Feb 2022)
Harga Pakej :
Dewasa : RM 3980
Kanak2 :
✅ Katil : RM3480
❎ Katil : RM2980
Pakej ini termasuk :
🚩Tiket penerbangan pergi/balik (Emirates via DUBAI) atau setaraf
🚩Penginapan sepanjang berada di Turkey @ bilik ber2 atau ber3 (bertaraf 4*)
🚩Makan 3x sehari
🚩Pemandu pelancong
🚩Kenderaan sepanjang berada di Turkey
🚩Tiket lawatan
🚩Insuran perjalanan
🚩Bosphorus Cruise
🚩Cable Car di Pierre Hill
🚩PCR Test (di Turkey)
🚩Tour Guide/Driver Tipping
Pakej TIDAK Termasuk :
❌ PCR di Malaysia 48 jam sebelum terbang. Boleh dibuat di mana2 klinik yang ada menyediakannya (anggaran RM190++)
❌Hot Balloon
❌Duit ShoppingðŸ¤
❌Peralatan SKI
BAYARAN
⚠️ 1st payment @ Deposit : RM1000/person bersama details muka depan passport peserta.
⚠️ 2nd payment (baki bayaran terakhir) : Sebulan Sebelum tarikh berlepas.
_Last update : 18 Nov 2021
https://www.wasap.my/60178851019/turkimusimsejuk
#antara pilihan tarikh yang tersedia. Ok kan harga dia? Percutian ke Turki paling best mestilah pada harga yang berbaloi. Cukup je geng nak pergi, teruslah call Puan Aza 019 9545354. Saya ulang tayang jika masih ada yang bertanya atau tak perasan nombor di banner iklan. :)
Penerbangan ke Turki adalah menggunakan Mahan Air yang sangat selesa. Mahan Air ni dari negara mana ya? Kalau ada yang belum tahu, Mahan Air adalah dari Iran berpangkalan di Teheran. Takkan asyik naik AirAsia dan MAS je. Kita try naik flight lain pulak. Lain penerbangan, lainlah pengalaman. Gitu.
#antara menu yang disajikan di Mahan Air. Best tak?
Hari pertama
Seterusnya saya nak share itinerari ketika berada di sana mengikut kesesuaian musim. Wahh....banyak sangat destinasi nak pergi di Turki tu. Nampak gayanya stamina anda kena fit sebab banyak tempat nak berjalan ni. Rajin-rajinlah buat senaman sebulan sebelum berangkat ke Turki. Mula-mula sampai di Istanbul, kita akan melawat Masjid Sultan Eyyup di mana terdapatnya makam sahabat nabi iaitu Ayyub al Ansari. Sejarahnya sangat panjang, cukuplah anda kenal beliau sebagai seorang sahabat Rasulullah saw yang turut meriwayat hadis.
#fefeeling sangat ni. Best, kan? Takkan tengok je. Jom ajak pasangan masing-masing ke Turki.
Selepas itu, kita akan ke Selat Bosphorus di mana selat inilah yang memisahkan negara Turki kepada dua bahagian iaitu di benua Asia dan di benua Eropah. Unik, kan? Kita akan menaiki Bosphorus Cruise untuk menikmati kecantikan selat ini. Semuanya dah termasuk sekali dalam pakej tak perlu pening nak bayar di kaunter lagi dah. Seterusnya perjalanan kita akan diteruskan ke Gunung Uludag di mana terletaknya pusat ski terawal di Turki. Jom nikmati salji di sana pula. Memang terbaik!
Credit : Carian Google
Selepas menikmati salji, kita akan meneruskan perjalanan ke Bursa yang mengambil masa 2.5 jam perjalanan. Check in hotel dan makan malam pun di hotel. Lepas tu boleh rehat untuk mengumpul tenaga di hari kedua.
#antara menu wajib mestilah sup labu yang dimakan bersama roti dan salad.
Hari kedua : Bursa - Kusadasi
Selepas menikmati sarapan di hotel, kita akan dibawa melawat bandaraya Bursa iaitu ibukota terawal kerajaan Ottoman termasuk Masjid Besar yang dianggap sebagai masjid kelima Islam paling besar. Kita juga akan kagum tak henti-henti kerana terpesona dengan Masjid Hijau (Green Mosque) atau Yesil Camii yang sungguh luar biasa. Sangat menarik, bukan?
Masha Allah...bandaraya yang sangat bersejarah mestilah bangunannya hebat-hebat. Kita juga akan melawat Bazaar Sutra di mana terdapatnya jualan produk bersejarah iaitu sutera. Sebagai negara ke 6 pengeluar terbesar minyak zaitun di dunia, haruslah kita melawat kedai Candy & Olive. Macam-macam produk berasaskan minyak zaitun ada di jual. Seterusnya kita akan bergerak dan bermalam di Kuşadası. (417 km-5.5 jam perjalanan)
Hari ketiga : Kusadasi - Pamukkale
Selepas bersarapan di hotel, kita akan melawat Ephesus Ancient City iaitu bandar purba yang terpelihara sehingga kini. Bandar ini dibina berdasarkan kepada struktur Rom dan terdiri daripada
bangunan parlor, agora, Kuil Domitian, Trajan Fountain, Kuil Hadrian, Perpustakaan Celsius, grand
teater, jalan-jalan, rumah-rumah dan banyak lagi. Satu lagi tempat yang akan kita kunjungi ialah Kuil Artemis yang merupakan satu daripada tujuh keajaiban dunia kuno. Banyak sangatlah nak tengok ceritanya ni. hahaha.. Selepas lawatan, kita akan menonton pertunjukan fesyen dan seterusnya melihat memulakan perjalanan ke Pamukkale.
Pamukkale sangat terkenal dengan teres putih yang cantik di mana ianya menjadi Tapak Warisan Unesco. Asalkan nama tapak Warisan Unesco wajiblah kita tengok sendiri tapak bersejarah ini. Jom baca sikit penerangan di wikipedia mengenai Pamukkale ni.
Pamukkale, yang bererti "benteng kapas" dalam bahasa Turki, adalah sebuah kawasan alam di Wilayah Denizli di barat daya Turki. Kota ini berisi air panas dan travertine, mineral karbonat yang ditinggalkan oleh air yang mengalir. Ini terletak di wilayah Turki Aegea dalam, di lembah Sungai Menderes, yang memiliki iklim sedang untuk sebagian tahun.
Yunani-Romawi kuno dan kota Bizantium dari Hierapolis dibangun di atas "benteng" putih yang secara keseluruhan panjangnya sekitar 2700 meter (8860 ft), lebar 600 m (1970 ft) dan tinggi 160 m (525 ft). Hal ini dapat dilihat dari bukit-bukit di sisi berlawanan dari lembah di kota Denizli, 20 km jauhnya.
#romantiknya menikmati sunset di Pamukkale.
Pamukkale juga merupakan pengeluar tekstil yang paling penting di Turki. Selepas melawat Bandar Purba Hierapolis, kita akan melawat pusat jualan tekstil. Boleh shopping di sini jika berminat. Jangan lupa bawa duit lebih, tau.
Hari ke 4: Pamukkale-Konya-Cappadocia
Selepas sarapan pagi di hotel kita akan ke Cappadocia melalui Konya yang merupakan salah satu
kota tertua lama yang masih dihuni di Turki. Ia dikenali sebagai Iconium semasa zaman Rom. Setibanya di bandar Konya, kita akan melawat Muzium Mevlana. Dalam tempoh pertumbuhan budaya, politik dan agama pada ketika itu, Mevlana
Celaleddin-i Rumi yang juga merupakan seorang scholar & mystic (ulamak dan seorang yang kefahaman tinggi keagamaan sehingga ingin bersatu dengan Tuhan melalui zikir dan sebagainya; begitulah lebih kurang maksudnya) telah mengasaskan Sufisme, yang dikenali di Barat sebagai Dervish Whirling.
What is a Whirling Dervish? Whirling dervishes are followers of the Mevlevi order and the teachings of Sufi mystic Rumi. The whirling dervish ceremony—also known as a sema ceremony—is a spiritual practice that dates back to the 10th century. The whirling dance serves as a dhikr, a prayer or meditation carried out in devotion and worship of God. The ancient rituals are so integral to Turkey’s spiritual history that they’ve been inscribed on UNESCO’s Intangible Heritage of Humanity list.
Credit : Google
Dalam perjalanan ke Cappadocia
kita akan singgah di Sultan Han Caravanserai. Caravanserai adalah berbentuk 'central courtyard' merupakan tempat persinggahan rasmi untuk peniaga di sepanjang jalan sutera. Di situ mereka akan menginap dan berehat selepas melalui perjalanan yang panjang serta merupakan pusat maklumat. Sultan Han Caravanserai ini adalah paling besar dan terbaik di zaman dinasti Seljuk.
Credit : Carian Google
#sedikit info carian Google
Sesampainya kita di Cappadocia, kita akan mendaftar masuk ke hotel dan bermalam di sana.
( Pamukkale-Konya: 397 km-5.5 jam )
( Konya-Cappadocia;: 226 km-3.5 jam )
Hari ke 5: Cappadocia
Pagi di Cappadocia kita akan berpeluang untuk melakukan lawatan belon udara panas secara pilihan. Kalau rasa nak naik boleh naik tapi ramai orang dan harganya adalah lebih mahal berbanding belon panas di Pamukkale. Ada dua pilihan di situ nanti kita boleh pilih nak yang mana satu nak naik yang di Pamukkale atau Cappadocia.
#bestnya dapat tengok matahari terbit dari dalam belon panas. Harganya adalah di antara Euro 95- Euro 170.
Pulang dari lawatan belon panas, kita akan bersarapan dan meneruskan lawatan sehari di Cappadocia. Cappadocia sebenarnya terdiri daripada 9 wilayah yang besar iaitu :
i) Nevsehir - merupakan bandar utama bagi wilayah Cappadocia
ii) Urgup -bandar terbesar di Cappadocia di mana banyak aktiviti perniagaan dijalankan di sini.
iii) Goreme - lokasi terletaknya banayak rumah gua kerana bentuk mukabuminya.
iv) Uchisar - bandar tertinggi di daerah ini. Pernah menjadi lokasi kediaman dan pertahanan tertinggi bagi daerah ini.
v) Avanos - bandar yang terkenal dengan industri membuat periuk tembikar (pottery).
vi) Ortahisar - satu lagi daerah lebih kecil yang memiliki istana batu di puncak bukit, sama seperti Uchisar.
vii) Mustafapasa - merupakan perkampungan lama Greek
viii) Guzelyurt - juga merupakan perkampungan lama Greek di Cappadocia. Di sini juga terdapat kota bawah tanah (underground cities), gereja St. Gregorius, gereja Red Church dan lembah Monestary (Monestary Valley).
Letupan gunung Erciyes dan gunung Hasan menyebabkan bentuk mukabumi di Cappadocia ini menjadi amat unik seolah-olah berada di dunia asing kerana landskap yang dihasilkan menjadi amat menakjubkan. Aktiviti hakisan angin, air dan gempa bumi terhadap batuan vulkanik ini membentuk pelbagai bentuk seperti menara, kon, lembah, dan gua.
Terlalu banyak sejarah di Cappadocia ini antara salah satunya ialah pertukaran penduduk beragama Kristian ortodoks seramai 1.3 juta orang di Turki dengan 350000 penganut agama Islam di Greece kerana pertumpahan darah. Nak tahu lebih detail kena ajak sayalah sebab saya ni google bergerak. Jimat dah tu kos tourist guide. hahaha...
Terlalu banyak sejarah di Cappadocia ini antara salah satunya ialah pertukaran penduduk beragama Kristian ortodoks seramai 1.3 juta orang di Turki dengan 350000 penganut agama Islam di Greece kerana pertumpahan darah. Nak tahu lebih detail kena ajak sayalah sebab saya ni google bergerak. Jimat dah tu kos tourist guide. hahaha...
#jika anda peminat alam semulajadi dan sejarah jangan lepaskan melawat Cappadocia ini dengan kawan-kawan. Hubungi Puan Aza 019 9545354 laju-laju jika sudah membaca hingga ke sini. Takkan tengok je kan?
Memang ternyata banyak sangat tempat untuk dilawati di Cappadocia ini. Pigeon Valley dan Love Valley semuanya tempat cantik, wajib kita tengok. Pasar taninya pun best sebab hasil tanaman yang dijual semuanya adalah organik. Haihh...banyaknya tempat best di Turki sampai rasa penat nak bercerita di sini. hahaha..
Selain demonstrasi pottery, kita juga akan melawat kilang permaidani dan melihat cara pembuatannya. Keluaran mereka memang terbaik dan yang pasti adalah tulen. Harganya yang pasti adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga kedai karpet Turki di Malaysia.
Tak cukup lagi? Kita juga akan dibawa melawat kilang batu permata dan hasil seni Turki yang cantik-cantik di Cappadocia. Harga pun lebih murah di sini jika kita ingin membeli oleh-oleh Turki untuk keluarga dan kawan-kawan.
Malamnya kita akan menonton pertunjukan Whirling Dervish dan bermalam di Cappadocia.
Hari ke 6 : Cappadocia - Bolu
Selepas bersarapan kita akan ke Salt Lake / Tuz Golu/ Tasik Garam yang terletak 105km di timur laut Konya dan 150 km di selatan-tenggara Ankara. Tuz Golu adalah tasik kedua terbesar di Turki dan antara tasik garam yang terbesar di dunia. Ini menjadikan tasik ini adalah sumber utama garam bagi penduduk Turki.
#credit : carian Google
Seterusnya kita akan ke Ankara dan dan dalam perjalanan, kita akan singgah di Anitkabir di mana terletaknya makam Mustafa Kemal Ataturk. Macam tak sah pula tak sebut nama beliau jika tulis entri berkenaan Turki. hihi.. Dan selepas itu kita akan bergerak ke Bolu dan bermalam di sana. Cappadocia ke Ankara adalah sejauh 295 km dan memakan masa 3.5 jam perjalanan. Ankara ke Bolu pula adalah sejauh 195km dan perjalanannya adalah dalam 2.15 jam. Fuh...ternyata anda adalah traveller tegar.
Hari ke 7 : Bolu - Istanbul
Selepas sarapan pagi di hotel, kita akan ke Istanbul. Yeayy! Tak sabarnyaaaa...Setibanya di Istanbul kita akan melawat Semenanjung Istanbul di mana terletaknya Istana Topkapi, Hagia Sophia dan Masjid Biru yang sangat-sangat cantik. Umpama tidak jejak ke Turki jika tidak ke sini. Hippodrome Square juga termasuk dalam program lawatan di mana ianya merupakan kawasan hiburan di zaman Byzantium. Selepas lawatan, kita akan ke Grand Bazaar yang sangat terkenal itu.
Ia dikenali sebagai pasaran tertutup tertua di dunia yang mempunyai hampir 4,000
kedai di dalamnya. Destinasi beli-belah paling menarik sampai tak sedar entah berapa kilometer kaki menapak. hahaha... Perjalanan dari Bolu ke Istanbul adalah 263 km dan mengambil masa 3 jam perjalanan.
Hari ke 8 - Istanbul
Selepas bersarapan, kita akan menuju ke airport dan meninggalkan Turki dengan begitu banyak kenangan manis. Perjalanan menarik ini lebih mudah difahami melalui peta.
#macam mana? Dah faham, kan? Pengembaraan percutian ke Turki paling best ni memang jauh jaraknya tapi amatlah berbaloi dan anda pasti puas hati dengan memilih pakej dari Azza Travel & Tours. Tiada kos tersembunyi kerana apa yang anda dapat adalah amat berbaloi dengan harganya.
Jangan tunggu lagi, sertai kami bercuti bersama-sama Azza Travel & Tours. Kualiti perkhidmatan terbaik pada harga berbaloi in shaa Allah menjadi kembara seorang mukmin sejati yang akan kekal di lipatan memori. Hubungi Puan Aza di talian 019 9545354 laju-laju untuk promosi terkini. Jangan lupa bagitahu dapat info dari blog Yana Halim.
Terima kasih sudi baca.
0 Comments