Jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera. :)

Jika datang ke Terengganu, jangan lupa buat sesi jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu. Saya berkesempatan mencuba beberapa menu dan tempat makan yang best di Kuala Terengganu. Alhamdulillah, di sini saya kongsikan tempat-tempat makan dan menu yang best untuk dimasukkan ke dalam senarai jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu.  Jom tengok!

Nasi dagang adalah merupakan menu paling wajib. Antara yang popular di Kuala Terengganu ialah Nasi Dagang Atas Tol, Kak Pah dan Kak Jah. Masing-masing memiliki beberapa cawangan. Saya mencuba Nasi Dagang Atas Tol cawangan ketiga terletak di Losong. 



Nasi dagang atas tol cawangan ke 3 berharga RM4. Sayur acarnya fresh rangup krup krap. Cili padi dalam gulai tabur kemudian. Fresh masa gigit. Lauk ikan tongkol pun cukup rasa. Wajib try wehhh... begitulah caption saya di fb dan instagram yang buat ramai orang mengences. hahaha..


Alamat:

Nasi Dagang Atas Tol
Jalan Atas Tol
Kuala TerengganuTerengganu

Nasi Dagang Kak Pah
Gerai nombor 30
Jalan Pantai Batu Burok

Nasi Dagang Kak Jah
1139, Jalan Pasir Panjang
Kampung Pasir Panjang
21080 Kuala Terengganu

Nasi Dagang Warisan Batu Buruk
Sebelah Stesen Shell
Jalan Budiman, Batu Burok


Seterusnya menu nasi kerabu. Fauzi Nasi Kerabu adalah sarapan yang juga wajib dicuba. Daging bakarnya lembut, kerabunya sangat fresh menjadikan Fauzi Nasi Kerabu antara nasi kerabu yang pasti diingati selalu.




#pilihan untuk nasi kerabu

Alamat:

Fauzi Nasi Kerabu
Jalan Sultan Sulaiman
Kuala Terengganu


Nasi Kerabu Losong
Losong (Depan Setor Kayu ECO)
Kuala Terengganu

#credit : carian Google

Keropok lekor adalah menu wajib dari Terengganu yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelbagai jenama keluaran tempatan tumbuh macam cendawan. Kalau dulu dengar keropok losong saja, sekarang ada macam-macam jenama yang mesti dibeli dan diangkut pulang. Ada terdapat banyak pilihan. Pilih saja kesukaan masing-masing.


Alamat:

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209
Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu



Keropok Lekor 008 Kelulut
Pantai Kelulut
MarangTerengganu


Keropok Lekor Panas 77
2019 Kampung Padang Midin (Depan Kem Askar)
21400 Kuala TerengganuTerengganu














Syrup vs Soda sangat sesuai pilihan dinner anda jika berada di Kuala Terengganu. Pelbagai western food ada di sini. Sangat popular nampaknya sebab tak sempat habiskan makanan, dah ramai yang menunggu.

Alamat:

Syrup vs Soda
Lot 3373 Jalan Batas Baru
20050 Kuala Terengganu


#Air Batu Campur di foodcourt Pasar Payang




#RM 30 sahaja untuk semua ini dan yang tak termasuk dalam gambar seperti ikan celup tepung dan keropok lekor. Murah, kan?

Kalau pergi Terengganu tapi tak makan makanan laut celup tepung memang tak sah , kan? Selalu pergi Warung Pok Nong dan Warung Aziz Satar, kali ni jom cuba Firdausy Seafood pulak. Ya Allah... harganya sangat menarik. Lokasi pun best. Servis pula terbaik. Wajib cuba ni.

Alamat:

Firdausy Seafood
Lot 30467, Jalan Pantai,
Kampung Tok Jembal,
21300 Kuala Terengganu


#kek berharga RM10.00 di dalam Mydin Mall Kuala Nerus.





Masakan kampung popular Terengganu seperti lauk singgang wajib kita cuba kalau ke Terengganu. Tak dapat jemputan makan tengaha hari dari orang Ganu? Jangan pening-pening. Jom cuba nasi lauk singgang di Restoran Singgang Budu.


Restoran sangat luas dan selesa. Pilihan lauk singgang pun pelbagai.




Berlaukkan ikan bakar, ayam goreng, singgang daging, singgang ikan dan ulam-ulaman makan bertiga, jumlahnya RM27. Ok tak?

Alamat:

Restoran Singgang Budu
Jalan Abdul Rahman Limbong
20400 Kuala TerengganuTerengganu



Bersebelahan Restoran Singgang Budu, terdapat kiosk Pizza Lizza. Wajib cuba pizza Kuala Terengganu ni.

#antara pilihan pizza yang ada.

#not bad rasa pizzanya. Memang tak kedekut cheese. RM17 untuk saiz regular.

Jangan dilupakan peniaga kecil-kecilan ya. Tak semestinya hanya kedai popular saja yang sedap menu-menunya. Saya berjumpa penjaja cendol yang bernama Fuad di depan Pasar Payang. Lemok Manih Original nama cendol dia. Memang terbaik nak bagitahu. Lepas penat shopping di Pasar Payang, sila cari cendol beliau, tau. Memang sedap.





Saya akan update lagi entri ini jika ke Terengganu lagi. Banyak sangat tempat makan nak  dicuba di Terengganu katanya. 


Terima kasih sudi baca. :)

0 Comments