Percutian paling best ke Sabah

Assalamualaikum readers! Hai-hai hai...kat mana ni?  Kat mana ni? Macam best je kan. Mesti ramai yang belum tahu dok tertanya-tanya. Nampak tajuk tu? Entri kali ni pasal percutian paling best ke Sabah. Makanya cerita kali ini mestilah berkenaan trip ke Sabah pengkhususan Kundasang, Ranau dan Kota Kinabalu. Memang paling bestlah nak bagitau sebab percutian kali ini dibawakan khas oleh AFS Car Rental and Tours.


Trip ke Sabah ni di musim virus Covid 19 sedang mula merebak. Agak risau juga sebab buat pertama kali rasa airport tu beraurakan hospital. Di mana-mana nampak orang pakai mask termasuklah kami. Tapi sesekali berkecuali masa nak bergambar. Sila jangan kecam ye. hahaha..


Tudung ni tudung rasmi ke Sabah ke macam mana tak tahulah. By the way, setiap tudung ada nostalgia dia. Tudung ni dihadiahkan oleh blogger Moh Kembara dari Turki. Ada nostalgia tentang travel di situ. Love sangat, so pakai ulang tayang pun tak apa. Trip ke Sabah ni difollow oleh Datin Tyka yang dah pencen jadi blogger, bonda beliau dan adik comey kami Ika. Dari Penang, turut difollow oleh family adik bongsu saya. Kebetulan pula flight mereka delay, maka dapatlah sampai di Kota Kinabalu pada waktu yang sama.

Di airport, pemilik AFS Car Rental dah siap menunggu ketibaan kami. Maka dapatlah jumpa Daus yang sebelum ni hanya dengar suara saja. Sampai pun dah malam, Daus bawa kami dinner di Sri Bongawan Cafe & Catering. Korang trylah sup tulang kat sini. Portionnya betul-betul buat kami terkejut. Besar betul dengan dagingnya pun masih ada berkeping-keping. Bukan tulang semata-mata, tau. Sedap pulak tu tapi kami tak mampu nak menghabiskannya. Untuk saiz M saja sebenarnya boleh makan untuk 4 orang. Tapi kami ni sebab tidak ketahuan, setiap 2 orang order saiz M. Penyudahnya kami bawa balik sup tulang tu ronda-ronda Kundasang, Ranau bagai...sampai patah balik ke Kota Kinabalu siap bawa ke Pulau Manukan, barulah habis sup tu. Siap bawak pergi jalan-jalan. hahaha..


 # ini haa saiz mangkuk sup tulang dengan pinggan nasi. Beso, tak? hahaha..


Lepas makan, terus bergerak ke Kundasang. Sampai homestay Kundasang dalam pukul 11 macam tu, memang penat sangat nak tido terus je. Kami menginap di Sulap Homestay. Memang sempoi homestaynya. Ada dua bilik di tingkat bawah dan satu tingkat di atas ada ruang luas memuatkan 2 tilam queen. Seronok anak-anak saudara saya sebab luas dan selesa.


Pagi esoknya, tak ada rezeki nak bergambar degan Gunung Kinabalu sebab hujan pagi tu. Kalau hujan-hujan ni, jangan haraplah nak nampak gunung kinabalu tu. Lepas je bersarapan, terus ke Ranau main  dengan ikan manja-manja dan besar-besar tu di tagal Marakau. Memang ralit kami di sini main dengan ikan-ikan tu. Tak gigit kaki langsung macam ikan di tagal Sungai Luanti.

 #gigih adikku ni ambil gambar macam ni. Terjatuh iphone tu dalam sungai tu baru tau. Hahaha..

Lepas main dengan ikan, pergi ke Ranau Rabbit Farm pula. Haa...tempat ni kalau bawa anak-anak memang diorang seronok. Yalah...bukan selalu dapat main dengan arnab ye tak? 

#anak-anak main dengan arnab, mokcik bergambar kejap dengan Gunung Kinabau yang malu-malu.

 #sila singgah ke sini jika ke Ranau.

#kasi can la sikit...hihi

Seterusnya bergerak ke Desa Dairy Farm. Destinasi wjib kalau ke Kundasang. Lembu-lembu kat situ mintak kita selalu lawat dia. hahaha..


Ramai sangat dah bercerita tentang apa yang ada di sini dan apa yang patut dicuba. Saya pun dah tulis berkali-kali. Silalah klik Sabah di bahagian arkib blog ni. Berjela-jela sampai 13 part punyalah gigih menulis. hahaha..

 #tapi betullah. Walau berkali-kali pergi, tetap menjanjikan pengalaman dan perasaan yang berlainan.

Seterusnya Azri membawa kami ke destinasi baru yang wow untuk bergambar. Tempat ni rahsia. Kalau nak tahu, sila ambil servis AFS Car Rental & Tours.

#naik buai sambil berangan namanya ni.


 #gayat ni sebenarnya..hahaha..

#jambatan Tamparuli

Perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, wajiblah singgah ke Jambatan Tamparuli. Ambil gambar lagilah kita ni. Sambil-sambil tu sempatlah kami baca tentang sejarah Jambatan Tamparuli ni. Alkisahnya, seorang gadis terpaksa dikorbankan demi menjayakan proses pembinaan jambatan ini yang dikatakan sering terganggu akibat berlaku kerosakan berulangkali semasa pembinaannya. Seram juga sejarahnya. 


Seterusnya destinasi wajib singgah mestilah Rumah Terbalik. Sama je Rumah Terbalik ni. Konsep dia letak barang terbalik. Tapi oklah tu. sebagai antara daya tarikan ke Sabah, tetaplah tidak mengecewakan. Banyak port nak bergambar secara kreatif. Saya berkesempatan menempah fridge magnet bergambar di sini sebagai kenang-kenangan.



Sampai di Kota Kinabalu sudah lewat petang, sempatlah kami mengambil angin petang tepi laut sambil bergambar.  Lepas tu apalagi, ronda-ronda pilih gerai untuk makan seafood la kita. Event yang ditunggu-tunggu kekdahnya.

#harga lobster sekilo adalah di antara RM150-180.

#antara menu pilihan kami selain lobster, termasuklah scallop, ketam, sotong dan udang besar. Semoga tak kena gout. Adeh laa...kat sini je merasa makan macam ni tapi harga mampu bayar. Wajiblah cuba, ya tak?

Lepas dinner, kami ke homestay AFS Car & Rental di Kota Kinabalu. Memang selesa sangat homestaynya lengkap serba serbi. Nak masak, nak mendobi semua boleh. Paling best, ada kolam ya u ols.

#kos untuk parasailing ni RM80. Seronok masing-masing nampaknya.

Esok paginya kami ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Mashaa Allah best sangat di Pulau Mamutik. Bersih airnya untuk mandi manda. Memang rasa sekeap sangat kami mandi manda di Pulau ni.

#Pulau Mamutik.


Balik dari pulau, sambung mandi kolam di homestay pulak. Memang asyik la sebab hanya kami saja di sini. Lepas solat asar , keluar semula untuk shopping di Pasar Filipina. Biasalah, tak sah ke Sabah kalau tak bawa balik ikan bilis berkilo-kilo. Termasuklah penambahan semula koleksi kerongsang-kerongsang mutiara yang hilang entah ke mana.


Hari terakhir di Sabah, kami dibawa Azri jalan-jalan sekitar Kota Kinabalu. Kalau nak tahu tempat-tempat di mana saya bergambar ni, gunalah perkhidmatan AFS Car Rental & Tours. Pasti buat anda teruja.

#my niece, Adelia.

Image may contain: outdoor and nature
#wow...dekat sangat ni... hahaha..


#pemandangan bandaraya Kota Kinabalu.

#ahli rombongan trip kali ini ke Sabah.

#masjid Bandaraya


#destinasi terakhir sebelum ke airport, kami singgah di Pantai Tanjung Aru.


Terima kasih team AFS Car Rental & Tours telah memberikan servis yang terbaik untuk group kami. Sangat-sangat rekomen untuk anda yang nak pergi jalan-jalan ke Sabah. Sila hubungi AFS Car Rental & Tours di talian 011 1056 0026.

0 Comments