Tuesday, 24 May 2011

menghadapi sebuah kehilangan

Saya mencari kekuatan untuk menulis entry ini. Setelah beberapa hari dikejutkan dgn berita tanah runtuh di Hulu Langat yg turut mengorbankan anak kesayangan teman sepejabat saya. Wajahnya terpapar di pelbagai media dgn keadaan yg tak pernah saya lihat sbg seorang yg ceria di pejabat. Luluh hati saya dgn berita itu kerana tak sangka akan melibatkan insan yg saya kenali. 

Saya tidak ingin meletakkan gambar2 tragedi itu di entry ini. Sgt meruntun jiwa saya yg juga seorang ibu. Saya juga pernah kehilangan kandungan saya yg jantungnya tiba2 berhenti berdenyut. Itu sudah cukup membuat saya berduka lara berhari2 lamanya. Apatah lagi anak yg sudah berada di depan mata bertahun2 lamanya.

Bersabarlah ibu kpd Allahyarham Dzahir Haziq Muin. Allah lebih menyayangi. Perginya arwah di tempat dia menuntut ilmu & berbuat kebaikan. Esok akan diadakan majlis tahlil untuknya. Semoga arwah tenang di sana....al-Fatihah.                  

9 comments:

  1. inalillah... al-fatihah. takziah kepada keluarga arwah.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah...semoga arwah2 tersebut ditempatkan dalam golongan orang beriman...amin...

    ReplyDelete
  3. inalillahi...turut berduka cita..yana..semoga keluarga yg ditinggalkan tabah menghadapi cobaan dari Allah..SWT..amin

    ReplyDelete
  4. alfatiah kpda keluarga jenazah..moga beliau berada di klgn org yg beriman!

    ReplyDelete
  5. sy pun sgt tersentuh bila melihat gmbr2 kejadian ..terbayangkan anak2 sy....semoga arwah aman di sana, Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  6. baru balik dari majlis tahlil untuk arwah. sebelum tu sempat mendengar tazkirah tanda2 kematian. semoga arwah di tempatkan di kalangan mereka yg beriman. al-Fatihah..

    ReplyDelete
  7. Al fatihah.. sesungguhnya tiap2 yg hidup pasti akan merasai mati.. semoga roh Allahyarham Dzahir Haziq Muin & mereka yg lain berada di sisiNya. Amin..

    ReplyDelete
  8. salam takziah jugak untuk arwak anak kawan awak.harapnya yang masih hidup terus tabah menghadapinya dan doakan agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..insyaAllah

    ReplyDelete
  9. salam takziah untuk Allahyarham Dzahir Haziq Muin.. moga ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman... amin... moga ahli keluarga yang tinggal tenang menghadapinya...

    ReplyDelete