Friday, 8 July 2011

kenapa susah sangat nak FOLLOW?

Ya. Soalan saya kenapa susah sangat nak follow? Mesti ada yang dok fikir pasal follow blog la tu . ekeke.... Bukan saya tak puas hati orang tak follow blog saya tauuu. Jangan salah faham pulak. Tak nak kawan tak apa, datang sudi baca pun Alhamdulillah.  :)

*sekadar hiasan dari google

Kali nie saya nak kongsi mengenai forum fatwa berkenaan wanita yang saya hadiri Isnin lalu anjuran Puspanita. Banyak la perkara2 yang disampaikan kepada kami mengenai hukum ASB yang belum HALAL lagi, pemakaian botox, makanan halal dan thoyyibah, ajaran2 sesat yang wujud dan paling best mengenai hukum2 berkenaan anak-anak tidak saf taraf (anak yang lahir luar nikah).

Yang saya nak sentuh di sini, berkenaan anak tidak saf taraf. Terkejut saya bila diberitahu secara purata 83 bayi tidak saf tarah dilahirkan dalam sehari. Bersamaan setiap 17 minit, lahirlah seorang anak tidak saf taraf di Malaysia ini. Darab la setahun jadi berapa. Scary betul. Apa nak jadi dengan negara Islam yang satu nie tak tahulah.

Sebagai seorang ibu, saya juga bimbang dengan gejala ini dan saya sangat tidak faham dengan ibu bapa yang tak kisah tentang kehidupan sosial anak mereka. Konon2 nak jadi ibubapa sporting (saya jumpa banyak blog remaja yang bercerita tidur & lepak kat rumah bf atau gf diorang. Termasuk la yang mengaku dah takde dara tu sebagai contoh). Kalau tak sporting, tak moden. Tak urban. Bila dah terlanjur, mulalah salahkan pihak lain. Malah salahkan Tuhan. Astaghfirullaahal a'zim...

Jadi, susah sangat ke nak follow? Follow arah hidup yang sepatutnya kita lalui. Follow apa yang telah ditetapkan oleh undang2 dan syariah. Kalau bersungguh, InsyaAllah, tidak ada ada gejala lahirkan anak saf taraf sampai beratus ribu setahun ini. Itu yang direkodkan. Belum campur lagi yang dibuang, digugurkan atau dirahsiakan. Dahsyat,kan?
 
Ok. Tak nak tulis panjang-panjang nanti merapu meraban saya sorang2.hehe.. Entah ada orang baca ke tak nie tak tahulah. Main point saya, nak bagitahulah ASB tu belum halal lagi dan awasilah kehidupan sosial anak-anak dan adik-adik kita supaya tidak menyumbang ke arah peningkatan statistik gejala sosial negara kita ini. Lagi sekali, susah ke nak jadi seorang yang mengikut peraturan? Susah ke?



21 comments:

  1. banyak nyer... sangat menakutkan... :(

    ReplyDelete
  2. akak..hehe..emmm mmg bnyk kak..kdg2 ble dipikirkan mmg takut..payahkan kalau mak bapak nk spoting sgt..skrg ni kte x mampu nk menasihati org len..anway akak slmt mlm...amboy tdo lwt ye..hehhe

    ReplyDelete
  3. bagi sy internet ni la punca utama..sbb mcm2 info yg budak ni boleh cari..yg bezanya ialah baik atau buruk info itu..ibu bapa perlu kawal..

    ReplyDelete
  4. ismiladyjaja...itulah ralitinya. :(

    haikal...dah masing2 besar panjang dan lagi penuh ilmu di dada, mestilah sudah maklum. kalau kat sekolah skrg nie pun, budak2 x kisah sgt kalau buat perangai. mak bapak mesti datang backing punya. so camne nasihat?

    malam2 baru dapat nak tengok2 blog..huhu

    ReplyDelete
  5. jasman...betul tu. tu sebab saya pastikan anak saya main kat luar berbanding menghadap internet. hehe

    ReplyDelete
  6. orang skrg,kalau jd pape dah x reti nk tgk diri sendiri dulu,tahu nk kate salah org lain je..

    and mak ayah kalau sporting sangat ,x best jugak.. anak2 tetap kena kawal juga..kan kan hihi..

    ReplyDelete
  7. salam
    ya..nak selesaikan masalah...bkn menyalahkan masalah tp cari punca masalah tu...
    manusia sekarang dah makin hilang kemanusiaannya...

    ReplyDelete
  8. vampire lovex.... betul tu.

    hazaikazulkafli.... :)

    ReplyDelete
  9. kak kamsiah... betul tu kak. ramai menganggap masalah boleh diselesai dgn duit. nilai2 kemanusiaan dah makin kurang.

    shalina....yang simpanan. pinjam pun utk menyimpan, kan? sama la tu. ustaz dari MAIS beritahu, kalau nak keluarkan, ambil yang nilai kita simpan je.

    ReplyDelete
  10. malas kot, tu pnyakit manusia.

    ReplyDelete
  11. ASBni dari dulu dah tak sah taraf halal lagi. Cuma jatuh hukum harus. Bebaru ni je MAIS kuarkan surat cakap ASB tu haram..

    ReplyDelete
  12. encik marzuki....malas pun ya. sikap suka melawan arus pun ya jugak gamaknya.

    syani... ramai yg tak tau lagi pasal ASB haram ni. Ada yg tau pun mungkin buat2 x tau sbb dividen dah banyak. hehe..
    akak harap sangat kat TV selalu announcekan pasal produk/makanan yg haram2 nie.(biar bisnes depa lingkup. Apesal nak tipu pengguna ye tak?) Produk yg dah diserbu kata ada babi la, bahaya la tp takmoe bgtau brand apa tu mmg betul2 buat rasa menyampah. Orang nak berhimpun aman yg sibuk diharam2kan siap war2 kat tv sampai berbulan2, tapi bab2 ramai rakyatnya berstatus anak luar nikah sampai beratus ribu setahun taknak war2/kecoh2kan pulak. Tak risaukah? ...

    ReplyDelete
  13. Subhanallah.. sgt menakutkan.. puncanya mmg nyata(terang lg jelas) yg mak bapak sekarang TERLALU sporting

    ReplyDelete
  14. Sy risau ingin mnjadi ibu ni.. Eh... Heheheheh~ Ank2 kne btul didik.. Ajrn agama plg pnting akk.. =)

    ReplyDelete
  15. yang patut follow, tak follow, yang tak patut follow, di follow pulak.. manusia2..


    www.iefwatsahaja.com

    ReplyDelete
  16. syiela....kadang2 mak bapak masa kawen tu ada yg tak tau mandi wajib malah tak tau baca al-fatihah pun ada. (ustaz yg bgtau) jadi, bila dapat anak, faham2 sendiri la,kan?

    liyana....tersangat la betulnya. :)

    ifwat.... yg dilarang tu la yg best nak dibuat. mencabar katakan... :)

    ReplyDelete
  17. lumrah alam kan, manusia sendiri susah nak sedar dan insaf.

    ReplyDelete
  18. aizat....kalau tersedar pun sekejap je insafnya kadang2... :)

    ReplyDelete
  19. emmm. bersyukur sangat mak abah saya tak se sporting mak ayah zaman skang nih.

    ReplyDelete