Tuesday, 11 October 2011

Amber Court Genting yang Menyeramkan

Saya tak pernah tahu pasal kewujudan Apartment bernama Amber Court di Genting. Hari tu, masa kelam kabut cari hotel nak menginap disebabkan First World Hotel penuh, adik ipar saya google review untuk Apartment Ria. Konon-konon nak stay situ la sebab family kami kan ramai, apartment la yang sesuai. Sekali tu dia kata Apartment Ria tu 'keras'. Orang yang stay kat situ selalu kena kacau. Dia pun suruh saya review2 jugak tempat-tempat lain.

Google sana sini, asyik jumpa Amber Court je. Wah, hebat betul aparment nie. Banyak giler story mory pasalnya kat forum-forum dan blog. Paling best, banyak cerita yang menyeramkan pasalnya. Apa lagi, jiwa saya pun meronta-ronta nak tengok sangat Amber Court nie. Creepy sangat ke? Sambil-sambil baca review nie, terbaca jugak la komen seorang yang pernah menginap kat First World Hotel. Teruk dia kena ganggu di tingkat 22. Bila adik ipar call cakap dah dapat book First World Hotel, saya syukur je. Takkan dalam 24 tingkat, saya nak kena tingkat 22 tu. Ceh. Konfiden wehh..

Sekali, masa kat lobby hotel, biras saya bagitau bilik saya kat tingkat 22. Rasa nak PITAM. Huh? 22? Nak tak nak terima jer la. Takkan nak ngada-ngada pulak, hotel dah full. Lagi pun yang uruskan tu biras saya. Adeh...sabo. Sabo. Harap-harap menghadap ke Theme Park. Ok. Redho sekali lagi. Nak kata apa lagi ye dak? 

Sampai-sampai je bilik. Terkesima lagi sebabnya bilik tak menghadap Theme Park macam diorang yang lain. Huhu. Dugaan apakah ini? Berdebar-debar je hati nie tak tahu kenapa. Ayatul Kursi peneman setia sungguh.

Pemandangan dari bilik saya. Nampak jalan bengkang bengkok kat bawah. Eh? Ke mana perginya jalan tu? Sebab berkabus, tak nampak la jalan tu menghala ke mana. Bila hilang kabus, saya pun pandang ke kiri sebab nak tahu jalan tu menuju ke arah mana.

Ooooo....ada bangunan rupanya. Sekali recall2 balik. Eh? Macam familiar jer tu. Amber Court? Huwaaaaa.......bilik saya menghadap Amber Court! Bertambah debar di hati saya. Apa malangnya ni? Dah la duduk kat tkt 22, menghadap Amber Court pulak tu. Sungguh tak bahagia. Malam tu saya tak boleh tidur. Qisya pun. Melalak jer dia sampai pukul 5 pagi. Macam-macam bunyi saya dengar tapi senyap bila pasang ayat2 al-Quran kat iPhone. Ish ish ish....Paginya, siap-siap check out. Tak nak naik dah kat bilik nie. Huhu

Petang sebelum turun dari Genting, kami buat lawatan ke Amber Court. Tinggi sungguh semangat ingin tahu kitorang. ekeke...
 Gambar yang nie saya ambil kat google. Sama je seperti yang kami lihat petang tu. Tak ingin nak snap guna kamera sendiri. Takut rosak. Sengal tak? Lantak. hahaha....

Main entrance Amber Court.

Closed up sikit. Ada beran? Memandang jer dah rasa seram. Dah la terletak kat hujung, jalan berliku-liku tak diselenggara, berkabus je memanjang kat situ, Giler spooky, okeh? Dapat offer free pun tak nak stay kat situ. huhu.  Kalau u olls google, parking dia paling tak boleh blah. Siap ada kereta tinggal kat situ. Tapi kepada mereka yang sukakan cabaran, staylah kat sini. Pastuh boleh la ce citer...ce citer..



37 comments:

  1. Tengok gambo pun dah scary, tengok live sure lagi geruns kan???

    ReplyDelete
  2. wow..ada keindahan di situ..hehe

    ReplyDelete
  3. waaaahh,seramnya! yang kat dinding bangunan tu apa? darah ka?

    ReplyDelete
  4. eeee seramnya, lagi2 yg ada ank kecil

    ReplyDelete
  5. syani....masa lalu nak ke situ, hanya kereta kami jer yg ada atas jalan. di sebalik kabus2....adeh...

    jahidih saili.....takde indahnya. huhu..

    rara....lumut merah kat dinding tu macam darah terpercik,kan? Amsyar bising kata nape bangunan tu berdarah. adeh laa....

    ReplyDelete
  6. err, masih digunakan ke? sgt menyeramkan .

    ReplyDelete
  7. embunrosaliza....sebab ada budak kecil la yang kami survey2 dulu sebab tak nak kena tempat keras. Sekali, terkena jugak. huhu. Kat first world, byk juga bilik jadi tempat bunuh diri atau kena bunuh. Jangan book last minute takut terkena bilik2 tu..

    ReplyDelete
  8. qyla....masih ada unit2 yang disewakan oleh owner2 private/ company. Ada yang interiornya cantik dan diselenggara dgn elok. Boleh google..

    ReplyDelete
  9. mcm darah plak.. xde duit ke nak cat. kedekut btol laaa

    ReplyDelete
  10. slm kenal yana...

    apesal tgk apartment tu jd seram ye.......huuh~

    ReplyDelete
  11. mahran....kalau building tu ok, tempat tu ok, rasanya mesti Genting dah take over. Tapi pelik, macam terbiar jer tempat tu. Padahal, ada pihak pengurusan.

    deena....sesuai nak shooting haunted movie, kan? Tapi maybe diorang pun tak berani nak shooting kat situ.

    ReplyDelete
  12. salam
    saya pernah stay kat amber court
    tempat memang creepy
    malam-malam sunyi sangat

    ReplyDelete
  13. memang menyeramkan....banyak story seriau kat situ....

    ReplyDelete
  14. eqa... memang merancang stay kat situ ke?

    yanty... menimbulkan misteri, kan?

    ReplyDelete
  15. tgk bangunan pn menyeramkan..

    ReplyDelete
  16. awat yang depa x mau cat? kasi segak sikit... haishhh

    ReplyDelete
  17. Dulu,ada kawan satu tempat kerja dengan saya, Chinese, orang suka main jackpot kat Genting,dia kata dalam 100 kali main 2 kali aje menang, lastly dia kata apa, itu genting ada hantu ma!,Saya jawab u pun jadi hantu sama ma..main judi.hahaaaa,tapi entry akak nie memang menyeramkan..biasalah bangunan tak berpenghuni..

    ReplyDelete
  18. cikqila....sesuai shooting citer hantu... hehe

    nurul asyikin.....takde bajet kot.

    lovehijau....masih ada yang menginap kat situ sebab masih dibuka. ada pihak yang manage tapi tak terjaga sangat. pastuh banyak pulak unit yang kosong kena lelong. dah la bangunannya besar. 2 tower pulak tu. huhu

    ReplyDelete
  19. Aduhhh, takut nau baca..

    Meremang bulu roma...

    ReplyDelete
  20. tkut nye amber court tuh...tp 2 la...1st world htel kne book awl2..klo x memang memanjang full jela...

    ReplyDelete
  21. serius scary sis.. huhu.. dah la tgh baca malam2 ni.. berceracak ja bulu roma tengok..fuhhh

    ReplyDelete
  22. memang seram gila kot...pasni mest ada pengarah filem nak wat cerita antu kat situ...

    ReplyDelete
  23. myra jay.....yang tukang tulis nie pun seriau.....asik pandang keliling je...hahaha

    siti nuradzmeen....kitorang nie kalau merancang adik beradik, tak boleh lama2 nanti mesti ada yang x jadi pergi. tu yg suka last minute tu.

    ReplyDelete
  24. Den... nanti pi Genting feeling tengok sendiri pulak. hehe..

    Noh....akak rasa, diorang pun tak berani gamaknya nak shooting kat situ. Tapi kalau ada nanti, mmg ditunggu-tunggu la, ye dak?

    ReplyDelete
  25. seram kot kak tengok gambar ni..adeshh..malam ni malam jumaat..xtdo la ni jawabnyer -_-'

    ReplyDelete
  26. yana..Amber Court ni kalau org tempatan memang payah la sket nak stay situ..kisah scarynya dah byk di discus dlm forum2..dah la rupanya pun buruk ekh..huhu..seram sungguh...bukan semua bilik yg masih di gunakan..ada byk bilik yg terbiar tau..ishh..meremang nih...

    ReplyDelete
  27. yana..entry ember court nie asek memanggil2 kak sal datang n tgk gamba2 yg yana letak tu..ishhh...

    ReplyDelete
  28. ayah saya kerja di genting dah 25 tahun, dari hotel genting sampai ke awana kat bawah sekali, asrama ke apartment genting bagi dia duduk, kami selalu sgt duduk kat apartment papa, apartment 2 tahun lepas mmg mengadap amber court ni. tapi tak rasa apa pun. papa tak citer apa, ayah2 sedara kerja sana pun tak citer apa... orang je byk buat cerita. selagi tak nampak jgn rasa takut... syaitan ni kat sebelah kita pun ada kan..

    ReplyDelete
  29. dekat salah satu hotel siap ada tourist bunuh diri dalam toilet, tapi xde plak hantu KT TEMPAT BERKENAAN hehehe... (DARI sumber terpelihara)

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. @♥ qyla ♥ Kalau x Silap Saya da x gunakan lagi kot..

    ReplyDelete
  32. Saya baru saja menginap di Amber Court tu minggu lepas. Alhamdulillah takde apa yang ganggu pun. Itu semua hanya cerita yang direka orang saja. Jangan percaya selagi anda belum nampak dengan mata anda sendiri.

    ReplyDelete
  33. penah menginap kat sana 1 keluarga.....3malam.... ok sangat cuma sejuk.....

    ReplyDelete
  34. I dah nginap kat situ 4 kali ,,, ok je... cuma sejuk je ... tapi memang nampak seram ...

    ReplyDelete
  35. Seram gk,tp ckt aje la.. Biasa la.. Sape surh bunuh kt c tu,dh la tempat judi

    ReplyDelete
  36. Mase cuti tahun lepas saya n keluarga saya pergilah bercuti at genting dan menginap di amber court.saya x tahu la yang amber court tu berhantu sbb kali terakhir pegi genting mase umur 4 tahu..mase masuk tu kedai kosong x da penghuni..memule rase jangal pastu bile ade satu kedai yng bkk terus hilang rase janggal.lepas berehat kat sane terus pegi theme park.lepas penat bermain n have fun kitorang pun blk..dekat flat tu kitorang je yang tinggal..semua bilik berkunci..lepas mandi n mkn kitorang terus tido..tido pki selimut 3 lapis..dalam pukul 1.30 terdegar la suara cine mengaji dengan bahasanye..lepas tu diam sekejap.dalam 5 minit dengar suara orang menjerit..saya takut la lalu terus tido...esok pagi kitorang terus check out...sampai sekarang saya ingat benda tu...

    ReplyDelete