Monday, 21 November 2011

Resepi Sotong masak Paprik

Ewah ewaaahhh.......saya belum pernah tayang kuali buruk saya kat blog ni. Ini first time. Walau bukan berjenama Tefal, inilah kuali kesayangan saya semenjak belum bergelar isteri. Tak tau dah guna berapa ratus kali ke, ribu kali ke. Ahaks!


Tadaaaa! Sotong masak paprik masih di dalam kuali 

Jom tengok resepi simple nie ye. Terima kasih kepada mama tasnim yang sudi berkongsi resepi dengan akak yang tak berapa pandai masak nie. Ok. Bahan-bahannya:

3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 cm halia
1 sudu makan cili giling (ikut suka)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
400 gram sotong 
sebatang lobak merah
kacang panjang (dlm 5 btg)
bunga kobis (sebesar penumbuk)
2 helai daun limau purut dan sedikit air

Cara-caranya:

1. Tumbuk bawang dan halia
2. Tumiskan bahan tumbuk dgn cili giling
3. Masukkan sos tiram dan sos cili secukup rasa
4. Masukkan air secukupnya
5. Masukkan sayur
6. Masukkan sotong dan daun limau purut
7. Kacau sampai masak dan sesuaikan rasanya.

Boleh la makan dengan nasi yang panas-panas. (Walau pun hati wa nie sangat panas angkara memasak lauk nie, tak sempat tengok first half bola final sukan SEA. Dengar orang Indon jerit-jerit. Tensi. huhu...)




7 comments:

  1. haha ni la namanya lauk panas kak yana. belum sempat dihidang dlm pinggan dah dibawak masuk blog dulu haha

    ReplyDelete
  2. dina....ini kes lauk masak dulu sebelum nasi. hehe

    ReplyDelete
  3. Nyum nyum.. Cam sedap ni.. Akk tau sy mule2 wat paprik men hentam je.. Sy ambik paste nasi goreng tomyam tu.. Wakaka.. Sedap jugalk..

    ReplyDelete
  4. liyana.....kreatif tu. Nanti nak try2 jugak buat camtu kalau x dan nak kopek bawang. hehe

    ReplyDelete
  5. waaa...sedap nie paprik..tadi masak sotong gak..tapi goreng kunyit je la..

    ReplyDelete
  6. kak sal...resepi cucur kak sal tu mcm sedap je. Harus dicuba....

    ReplyDelete
  7. wahhh sedapnyer yana...terliur nikh ahahaaa

    ReplyDelete