Resepi Ayam Grill dan Puding Roti

Hoho....mood masak-masak untuk menjamu sudah mari.
Sebenarnya nak buat minggu lepas ayam grill tu sempena warming house adik ipar.
tapi disebabkan ada agenda majlis yang kami terlepas pandang, terpaksalah cancel.
adalah kelakar pulak time orang baca Yassin saya sorang-sorang menggrill di dapur. hehe.
So, tunda minggu ini.

Nak masak cara grill, kenalah beli grill pan.
dalam pan biasa, ia bukanlah grill namanya. tak gitu?

#Grill pan kesayangan saya. Mudah betul kerja memasak dan tak melekat. Tapi sila bersihkan dengan hanya menggunakan span lembut.


#ayam grill, brown sauce dan coleslow beserta puding roti.

Resepi ayam grill ikut dan je, dan tiada sukatan:

marinate je ayam dengan garam, butter dan mixed herb secukup rasa.
grill sampai masak. (masa ni saya grill 2 ekor ayam)
kalau suka, grill la beberapa biji kentang dan tomato ceri.

Coleslow:
setengah biji kobis dan sebiji karot (potong halus)
tambah mayonis dan garam secukup rasa pada sayur tadi
tabur sedikit lada sulah jika suka.
nak tambah lemak pada rasa, letak sedikit susu sejat.

Brown/black pepper sauce:
ikut suka korang le. Dah banyak yang segera. hehe..


#puding roti dibakar pada suhu 160darjah selama 30 minit. Panaskan dulu oven selama 10 minit.


Resepi Puding Roti:

10 keping roti (ikut suka nak guna roti jenis apa)
6 biji telur
1 liter susu segar (nak sedap guna full cream dan ganti sebahagian susu dgn whipping cream)
1 sudu esen vanilla
secawan gula
butter secukupnya untuk sapu dasar kaserol
kismis dan serbuk kayu manis secukupnya

Cara-cara:
Sapu dasar kaserol dengan butter.
Susun roti dalam kaserol.
Tuang bancuhan telur, esen vanila, gula dan susu yg telah diblend ke dalam kaserol tadi.
Biarkan kembang, lepas tu taburlah kismis dan serbuk kayu manis.
Bakar.

Cara membuat kuah puding roti:
Didihkan seliter susu full krim dan masukkan tepung jagung/kastad mengikut likat.
Tambah gula secukup rasa dan sesudu teh esen vanilla atau emulco coklat.
Sejukkan.

#agak kurang seni deko di situ. LOL...


#okehhh.....jemput makan semua......

Rasa macam berkat pula jamuan kali ini sebab semua ahli keluarga berkumpul. 
Siap ada tetamu datang tu. 
Alhamdulillah adik-adik suka makan. 
Abah pun suggest suruh buat lagi.
*huahuahua...




25 Comments

  1. Nampak sedap~ mesti sedap kan? :DD

    Kak yana ! Pos cnie ckit ^^

    ReplyDelete
  2. Yup nampak sedap..sajian sekeluarga pasti si kecil sukanya..

    ReplyDelete
  3. Alahai...wajib cuba nie..meleleh air lior tau..dah la tengah lapar nie...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Cik Fiza...aiyyooo....belum sampai dah tak boleh dimakan.hehe.
    Senang je resepinya. Boleh buat sendiri time free2 tu... :)

    ReplyDelete
  5. etuza....mak bapak budak pun suke jugak...hihi.

    ReplyDelete
  6. Kak Sal...mmg wajib try. Pastu mesti kak sal kena buat lagi. LOL..

    ReplyDelete
  7. pernah jugak try buat puding roti tp tak brapa sedap hahaha :D

    ReplyDelete
  8. dah terliur ni kak macam mana ni??

    ReplyDelete
  9. sis92....yg nih dijamin sedap sehingga menjilat jari. wakaka....matikla perasan... LOL..

    ReplyDelete
  10. HaniAsyira...macam mana nak buat? Sila ikut resepi...hihi.

    ReplyDelete
  11. Looks so yummy!!! visiting here again..
    Accountant Melbourne

    ReplyDelete
  12. saya org bujang, tgk jela...huhu

    ReplyDelete
  13. Faryan... boleh mintak mak buatkan.. :)

    ReplyDelete
  14. daimpressive....eh..anak bujang pun boleh buat nie. simple je... :)

    ReplyDelete
  15. alamak lom pernah wat pudiang tu...kecoh air luir yanty ni...ehehehe leh cube laaa siap ader resepi...

    ReplyDelete
  16. yanty....boleh aje nak buat bila2. Senang naw nak buat.... :)

    ReplyDelete
  17. tirgoda tengok puding roti ...maverlous.....!!!

    ReplyDelete
  18. serius nmpk sedap puding tu..

    ermmm ngah lapar ni. :)

    ReplyDelete
  19. POSH76....cubalah resepi tu. Mmg marvelous rasanya. Thanx to chef2 yg sudi mengajar. :)

    ReplyDelete
  20. misz uzmy...kalau time tengah lapar mmg nampak gambar makanan semua sedap. :)

    ReplyDelete
  21. wahh..bestnya dpt mkn ramai2 kn...nmpk sedap je...

    ReplyDelete
  22. perghhhhh...sejujurnya membuka selera saya lah..haha

    ReplyDelete
  23. puding roti tu akak selalu buat,sedap,kan...

    ReplyDelete