Sila jangan percaya tajuk entri yang melampo kemain tu.
saya nak cerita pasal Ais Krim Goyang Malaysia.
takde kena mengena langsung dengan goyang gerudi Inul si penyanyi dangdut tu.
ais krim mana boleh bergoyang dangdut, wehh...
LOL...
hari tu, masa saya khusyuk menunggu burger bakar Kaw Kaw saya siap,
saya ternampak satu booth ni.
ada banner tulis ais krim goyang kat situ.
saya pun pergi dekat booth tu terus usha-usha kerana kejakunan.
mende apakah di atas meja itu.
kata jual ais krim, tapi tak nampak pulak peti ais krim yang 4 segi tu.
yang saya nampak dari jauh, macam periuk kukus jual pau je.
haishhh....ini sesuatu yang baru.
harus temuramah ni.
maka saya pun terus la bertanyakan itu ini kepada penjual.
seperti biasa, ala2 orang yang macam nak buka bisnes ais krim le jugak, kan? :p
#Encik Azhar yang ditemuramah malam itu.
Dah datang dekat, baru dia buka penutup bekas tu.
terus terkagum dengan penerangan dia tentang cara macam mana bekas ini berfungsi.
hoh. excited melampau mokcik weh...
selama hari nie, tahu peti ais je yang boleh buat ais krim.
ada teknologi lain rupanya. huhu..
#acuan ais krim yang sudah dicucukkan lidi.
bekas ini saya rasa sungguh magik.
letak air 2 botol mineral , 7 kilo garam dan ais batu.
lepas tu, masukkan air yang nak dijadikan ais krim dalam ke kelongsong2 besi tu.
tutup, lepas tu goyang-goyangkan bekas tu sampai airnya dah beku separuh.
lepas tu cucuk lidi dalam ais krim tadi.
tutup balik dan goyang-goyang sikit lagi bekas tu.
tak sampai 10 minit, ais krim pun siap!
sempoi betul...teruja betul saya.
#inilah rupa aiskrim goyang tu.
Orang sebelah utara dah biasa tengok kot.
menurut Encik Azhar, bekas buat ais krim nie beliau beli di Thailand.
tapi ini betul-betul kali pertama saya nampak di Lembah Klang.
sebatang harga RM1 ye kenkawan.
ok tak?
bila diberitahu kos modalnya.....
hoh....masyuuukkkk..
ini yang buat saya pun nak bukak booth jual ais krim nih...
(mokcik sorang nih tengah gile nak berniaga. abaikan dia ye...kikiki)
Encik Azhar telah bagi saya dan anak-anak mencuba ais krimnya.
saya nak bayar tapi dia taknak terima.
bukan sebab mengendeng, ye u olls.
sebab jakun terlampau le tu. hahaha....
33 Comments
sedapnya ! hee. baru 1st time dgr ada aiskrim goyang. errkk =,="
ReplyDeletetapi eskem ni kena makan cepat2.. kalau tak cair.. tak sama dengan eskem lain.. hehe
ReplyDeleteaskrom goyang. femess wo. tp sy pun tak pernah rasa lg. heheh
ReplyDeletekira xpernah berkesmepatan ag nk rs..ermm
ReplyDeletesehengget....?
ReplyDeletekat sekoalh adik nur diorg jual 50sen satu.. nur de tgk kat youtube pasal aiskrim goyang ni..hihi..
syok juga tgk cara buat tu.mcm senang.. :)
kak jom belanjan makan aiskream gorengg jommmm aaaaaaaaaaaa joommm aaaaa kaaaaaaaaaakk ^^
ReplyDeleteCik Fiza....ais krimnya air botol biasa je. x de la special mana. cuma cara buat tu yg special sbb x pernah tengok. :)
ReplyDeleteNafisah....ha'ah.... x boleh taruh2 sgt ais krim nie sebab lagi nipis dari aiskrim Malaysia tu.
ReplyDeletekura....namanya tu yg penting. hehe
ReplyDeleteNyue...alaa.....air botol biasa je. Takde resepi istimewa pun ais krim nie. Ini saje kes jakun...hehe
ReplyDeleteCik Nur....ha'ah, kan? hasben akak kata mahal gile. jual 50 sen pun masih untung byk lagi sebab ais krim tu kecik sgt. Lagi sikit drpd aiskrim Malaysia mak akak yg dia jual 10 sen je tu.
ReplyDeletecik pha...haaa....ais krim goreng akak suke. mmg sedap bangett... jom!
ReplyDeletezyra da slalu tgk n mkn...
ReplyDeletekat cameron highland byk jual...
of course flavor strawberry y byk hehehe
sedap la gak...dorg pkai pure jus strawberry
kat pasar malam selalu ada gak nampak.. ais krim goyang ni..
ReplyDeleteezyra....hah? kat Cameron Highland dah ada ye? bulan 3 hari tu pegi tak nmpak pon.. huhu..
ReplyDeleteAdamHawa.....huwaaaa....akak rasa ketinggalan zaman sungguh nie. Maknanya apa ye? Dah lama tak pi jenjalan le tu. harus kena bercuti lagi nih..
ReplyDeletewah..fes time tgk aiskrim cenggini!! comel lak tu..hehehe
ReplyDeleteAlah mak!Buat terliur je!
ReplyDeletea.. aku pernah nampak ice cream ni kat Megalong :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteencik Azhar tu happy. ice cream dia dpt iklan percuma dlm blog kamu Yana :)
ReplyDeleteNong Andy.... Saya x bgtau dia sy ni blogger. :)
ReplyDeleteSalam Yana,
ReplyDeleteElok makan ais krim pd ari-ari panas nih...seswai!
eh..sy pn x prnh jumpa lagi ais krim mcam ni...
ReplyDeleteMOH KEMBARA... W'salam kak. Sekarang ni selang sehari beli ais krim Malaysia. Buat stok dlm peti ais. rm1 dpt 6 batang. Lagi puas hati. :)
ReplyDeleteSyaidahtul Aziz...hehe. samalah kita.
ReplyDeleteaiskrim ni dah lama wujud. zaman saya sekolah rendah lagi dah ada. ingat lagi, makan ngan "makwe". haha . *tak matured betol ! hewheww
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteye..kat utara nie banyak ade kat pasar2 malam...hehee
ReplyDeletekak yana, penah jmp org buat aiskrim macam ni di kenduri kawin anak 2 pupu aj. hehe tgk diorang buat mmg sempoi....
ReplyDeleteHai...aiskrim nie mmg kecik n kata mahal..tp bahan2 dia tu byk nk guna 10kg garm,2beg aisbatu plastik bsr,gula,susu dan perisa!!sy jual area besut jerteh..jom view blog sy..http://besutaiskrimgoyang.com(0.70sen 1 btg n amik katering untuk majlis2)
ReplyDeleteTak pernah nampak dkat sabah ni.
ReplyDeleteTak pernah nampak dkat sabah ni.
ReplyDelete