Tuesday, 26 June 2012

Makan-makan di Nyonya Kitchen

Saya memang suka masakan Chinese style.
teringat-ingat masa masih keje kat Intel, suka sangat order sar hor fan, bah tai bak dan lain-lain.
itu kat kantin dia, kalau kat luar suka makan Cantonese mee, sizzling mee dan seangkatan dengannya.
tapi taklah rasa teringin nak makan di Nyonya Kitchen.
walau selalu nampak restoran ni sebab banyak cawangannya di lembah Klang ni.
tak tau kenapa...
mungkin sebab dah set kat kepala ni masakan nyonya macam masakan Melayu jugak.
ada kari-kari, ada asam pedas.
so, rasa biasa.

tapi minggu lepas, saya dah merasalah makan di restoran ini.
hasil cadangan SIL saya untuk meraikan kepulangan lagi sorang SIL saya dari Mesir.
maka ramai-ramai kami ke Nyonya Kitchen di plaza Shah Alam seksyen 9.
mak aiii, punya banyaklah makanan yang diorder.
siap tapau bawa balik.
tak payah masak malamnya.
layan je lah gambar-gambar gegar saya ni. :)


#tomyam sampai dulu. Dah teruja dah SIL saya yang jenuh makan kebab je hari-hari. hehe..


 #Amsyar dan Ryann kalau dah dapat iPad. mcm tu la deme. 


 #amboi....kemain kaki naik atas kerusi. Langsung tak hirau makanan.


#susah betul nak ambil gambar budak berdua ni. Ini je yang elok sikit, yang lain semua gegar.


 #abang-abang tak kisah bab makanan, adik-adik memang teruja sungguh bila nampak makanan. Tak sabar-sabar si Qisya dan Ireen. Satu kerusi, duduk berdua.


 #menu utamanya Kari Kepala Ikan. Kari ni luar biasa sikit rasanya. Banyak santan kot. Tapi, dun worry. Masih rasa kari dan sedap jugaklah rasanya.


#ikan goreng berempah. Tak tau ikan apa. Dori kot. Rasanya rangup di luar, lembut di dalam. 


 #eksyen nak makan sendiri. Takpe. Biarkan. Kat sini nanti ada orang bersihkan. Kalau kat rumah, jangan harap.


 #lepas tu layan buah anggur Mesir. RM3 je sekilo weh.....


#semua lauk pauk dah sampai pun, budak berdua tu masih asyik dgn iPad. Adehhh...
Kerapu sweet sour tu antara lauk yang paling saya layan.


 #kenyang perut suka hati. lalalala...


#insan yang diraikan. Ucu Hana idola si Amsyar yang bercita-cita nak jadi doktor macam Ucu juga katanya.

Keseluruhannya makan di sini ok jugaklah.
layanan pun ok.
cubalah u olls rasa pulak.
lain orang, lain citarasanya.
tak gitu?




15 comments:

  1. nampak sungguh menyelerakan..erm budak² skg kalau ada ipad melekat je la hehe

    ReplyDelete
  2. ikan tu masak sedap :D
    ah.. meleleh air liurku

    ReplyDelete
  3. sedapnya rupa kari kepala ikan tuu!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Aduh kak.. Berorkestra dah perut sy ni tgk..

    ReplyDelete
  6. hamboih3.. sedapnya pergi makan tak ajak..hehehe..

    err.. kem salam kat ucu hana tu ye..hehehehe..tiba2 datang pulak gatal ni.hehehe

    ReplyDelete
  7. tengok makanan yang dihidang tu nampak sungguh berkualiti dan sedap...uncle berminat gak nak pergi makan kat sana...agaknya berapa jumlah RM yang dihabiskan?

    ReplyDelete
  8. Mrs Ledibet... nampak je. Rasanya, kalau tengah lapar memang amat menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  9. Nong Andy... kat Sabah lagi murah, kan? yg seafood2 ni...

    ReplyDelete
  10. kura.... mmg sedap ratah je kari tu.. :)

    ReplyDelete
  11. Liyana Zahim... time lapo tengok gambo makanan mmg berorkestra le jadinya. mana entri baru dinde?

    ReplyDelete
  12. Boni.... bila2 lain kali kita buat gedering. nak?

    ReplyDelete
  13. Uncle... alamak! tak tau pulak harganya berapa. Kalau amik set murah sikit kot. Sorry uncle....huhu...

    ReplyDelete