Saturday, 16 June 2012

Nak menunjuk atau nak semua merasa?

Assalam..

beberapa bulan dulu, saya pernah menghadiri sebuah majlis kenduri kahwin.
anak seorang artis dan majlis itu diadakan di Taman Tasik Shah Alam.
majlis perkahwinan dalam taman, kekdahnya.
ya, semuanya nampak indah dari kejauhan.
ada laluan bunga-bungaan sampai ke pelamin.
canopy pun cantik. tapiiiii.....  ini yang nak cerita ni.

selalunya kalau ada jemputan kenduri, saya tak masak tengah hari.
memang niat nak makan kat kenduri buat apa susah-susah masak, ye tak?
mula-mula kami sampai, kedatangan tak disambut seperti sepatutnya.
hanya bapa pengantin yang menyambut tetamu.
tak kisahlah tu.
terus pergi ke tempat mengambil makanan.
ramai yang beratur tapi tak bergerak dan masing-masing bercakap sesama sendiri.
saya jenguk-jenguk kat tray makanan,
yang ada cumalah nasi putih, kuah dalca dan papadom yang keping kecik-kecik tu.
lauk semua dah habis.
ramai yang tunggu kat situ.
saya pun bertanya kat budak katering tu, 'adik, memang tak ada lauk ke?"
"ha'ah kak. Memang dah habis langsung."
terus hilang mood saya.

selepas pesan pada encik hubby suruh ambilkan nasi Amsyar,
saya terus mencari tempat duduk sebab lenguh dukung Qisya.
dan di meja tempat saya duduk tu,
ada seorang makcik yang bergaya ala-ala Datin dan anak perempuannya.
di meja yang besar itu hanya kami bertiga + Qisya.
sikit pun tak senyum pada saya apatah lagi nak bertegur sapa macam kenduri kahwin lain yang biasa saya pergi.
tak kisah pun.
kenduri orang kaya memang macam ini kot.
diorang nak sembang dengan geng yang setaraf je.

tak lama kemudian,
datanglah si tuan rumah merangkap ibu si pengantin perempuan.
terus berpeluk cium dan bersembang dengan makcik ala datin di meja saya duduk tu.
dia tengok selamba kat saya.
saya senyum kat dia.
dah dia duduk depan saya, cakap pun kuat-kuat macam nak saya dengar,
memang saya tadah telinga la apa yang dia cakap

salah satu cerita makcik tuan rumah tadi,
"souvenir songket tu semua i buat sendiri.....bla bla bla.."
sambil bercerita tentang hebatnya majlis yang diatur oleh beliau itu ini.
saya betul-betul panas hati masa tu.

"WEI MOKCIK! KO SEMBANG KEMAS PASAL MAJLIS ANAK KO, YANG BERATUR PANJANG TUNGGU LAUK TU SIAPA PULAK? NAK ORANG PUJI MAJLIS, MAKANAN TAK CUKUP BOLEH BUAT MUKA SELAMBA TAK TAHU MALU! TAKDE USAHA LANGSUNG NAK BAGI TETAMU MAKAN TAPI SEBOK NAK SEMBANG PASAL SOUVENIR KAHWIN YANG CANTIK ITU INI. WHO CARES?" ha hambek.... itu hanya hati saya yang berkata pada masa tu.

memang geram betul.
belum pernah saya jumpa tuan rumah yang begitu selamba macam tu.
saya yang depan biji mata dia pun langsung tak bertanya dah makan ke belum.
apa punya tuan rumah daa...

terus saya bangun mendapatkan encik hubby dan Amsyar yang sedang beratur.
ajak balik lepas jumpa pengantin.
bukan bengang pasal takde lauk, tapi bengang dengan orang buat majlis sebab nak menunjuk.
sombong pulak tu!

maka berangkatlah kami lunch di kompleks PKNS.
begitulah ceritanya.

moral of the story,
jangan assume semua tetamu datang tak kisah bab makan atau on diet belakanya.
makanan hendaklah cukup untuk jumlah yang dijemput.
biar lebih jangan kurang.
bukan bab majlis cantik yang diingat orang.
tapi kalau makanan kenduri tak cukup,
sampai bercucu pun diingat. tak malu ke?

kita yang hidup sederhana tak perlulah ikut trend di tv dan majalah tu.
itu semua majlis orang kaya.
sudahlah berhutang PTPTN, kahwin pun berhutang, jenuh la.
anak dah tiga orang tak settle lagi hutang kahwin camno?
belum lagi hutang kereta dan rumah yang harganya makin semput nak boleh beli.

memang la majlis kenduri kahwin ni sekali je seumur hidup.
kalau boleh nak buat yang hebat-hebat demi hari bersejarah ni.
tapi kena ukurlah kemampuan diri.
carilah cara yang sederhana tapi kemeriahannya dapat dikongsi bersama.
majlis lebih berkat, hidup lebih selamat dari hutang.
tak gitu?

#kek kahwin 10 tingkat sepupu saya 2 minggu lepas. 

kek 10 tingkat sepupu saya dibuat ikhlas oleh abangnya.
dari tingkat bawah sampai ke 10 semuanya boleh dimakan.
takde tipu-tipu.
takde maknanya tengok pengantin je makan sesuap sorang.
nampak cantik tapi kek polistrin.
yang ini semua tetamu dapat makan.
tak perlu cheese cake ke, red velvet ke atau kek2 lain yang berperisa mahal.
butter cake pun jadi.
semua merasa dan semua tumpang happy.
bukan dapat tengok je. tak gitu?




19 comments:

  1. sangat kurang kesopannya tuan rumah itu...

    kaya tapi xberapa cerdik..lebih baik papa kedana... bukankan dalam islam itu.. sangat menitikberatkan adat melayan tetamu...

    sedih dengar citer mcm tu..

    ReplyDelete
  2. tak mesra alam langsung tuan rumah tu.
    baik tak payah jemput.

    ReplyDelete
  3. eee...cendol pn rase geram bace cite ni..menyampah gile!!!! belagak nye tuan rumah tu..buat kenduri sebab nak menunjuk le tu..apesal dia tak jemput TV3 ke, Nona ke, Mahligai Cinta ke dtg buat rakamn bagi masuk TV??

    ReplyDelete
  4. eee...cendol pn rase geram bace cite ni..menyampah gile!!!! belagak nye tuan rumah tu..buat kenduri sebab nak menunjuk le tu..apesal dia tak jemput TV3 ke, Nona ke, Mahligai Cinta ke dtg buat rakamn bagi masuk TV??

    ReplyDelete
  5. Abih tu camana dia leh jemput k.yana??...takper la...pegi jer tunaikan fardu kifayah...salam2 pastu balik...

    tp noh teruja tengok kek kawen tu...tak penah lagi tengok kek 10 tingkat...maw kena ada lif kalo nak makan...ngeh3..

    ReplyDelete
  6. noh...eh? lupa nak bagitahu. Yang kawen tu kawan encik hubby zaman U. Akak pun tak kenal kawannya tu. huhu..

    ReplyDelete
  7. Tingginya kek kahwin tu. hehe :D

    ReplyDelete
  8. kain songket boleh buat kenyang ke? haha!

    ReplyDelete
  9. haha.. aku teringat. baru2 ada gak gi majlis kawin.. bawa angpau banyak-banyak, tapi bila kena hidang sisa sisa makanan (lauknya telor masin okey!) maunya aku rasa tak iklas bagi angpau tu hehehehe... cis! balik jer terus cari makanan.. tak kenyang beb!

    ReplyDelete
  10. wahhhh tak acik la 10 tingkat kot... jeles nya dia ada sponsor. baguih la.. semua boleh makan. tapi bukan apa kalau saya maybe pakai yang polistrin sbb ayah saya cakap (manager hotel) sbb nak nampak berseri gambar, kek untuk tetamu depa dah siap siap potong kat dapur untuk diagihkan. sbb nak bagi majlis jalan lancar.

    tapi ada gak yang tetamu tak rasa lgsung kek kot? hehe. rezeki..

    Allah takutnya kalau saya punya majlis nanti tak berkat tak cukup makanan, mintak dijauhkan..

    ReplyDelete
  11. bukan apa kak, kita ni spend byk tau nak pergi umah orang kawen, kengkadang duit minyak tol semua cecah ratusan. kecewa la gak, bukan nak mewah mewah cuma kalau dapat alas perut sampai kita balik rumah pun dah memadai.

    ReplyDelete
  12. kalau kenduri x cukup mkn mmg malu,tp makcik yg ala ala datin tu sepatutnya kena lah say sorry.bukan belagak.adoooiii.wahhh 10 tingkat.xmampooo edennn

    ReplyDelete
  13. wow...beshnya ..tak yah susah payah menempah kan yana...sume merase...

    ReplyDelete
  14. mak aii...xcukup mkn boleh buat selambar badak...? nmpak sgt nak menunjuk2..!

    ReplyDelete
  15. org attend kenduri nak rasa makanan sedap ke x,bukan semata mata nk tgk hiasan kan....mcm mcm perangai org ni....nk pandang status jeh..pakai ala ala mak datin jeh, trus dpt layanan istimewa

    ReplyDelete
  16. Ada juga tuan rumah rupa gitu... sabar jelah

    ReplyDelete
  17. perut yg lapar jgn cuba diduga haha :D

    ReplyDelete
  18. Dapat dibayangkan betapa benggangnya melihat karenah manusia yang ala-ala kaya berlagak...hehehhee
    Macam-macam jenis manusis kat dunia ini yek

    ReplyDelete
  19. tingginye kek die. betul2. xperlu yg tiptop2. jnji semua dpt merasa. xde la yg dok kempunan nnti. hee :D

    ReplyDelete