Saturday, 7 July 2012

Mokcik tumpang bangga!

Walaupun semasa entri ini ditulis, Perak kena belasah dengan Kelantan 6-0 dalam liga Malaysia....
i don't care sbb i olls tak minat bola. hihi...
semangat tengok bola ni hanya pada Harimau Malaya yang lawan dengan negara lain.
Patriotik, gitu.
kalau setakat negeri, lantak le.
(errr....boleh cenggini?)

Ada cerita yang lagi best dan membanggakan sejak semalam.
semalam terbaca pasal ni kat metro, pastu masuk TV3 pulak malam tadi.
wah....tumpang bangga mokcik dibuatnya.

IPOH: Pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah menerima anugerah pingat emas pada Pameran Antarabangsa Pereka Muda 2012 di Bangkok pada 28 hingga 30 Jun lalu untuk ciptaan inovasi 'Nutty-Notty' iaitu set membuka dan menukar tayar kereta mudah alih. FOTO Muhaizan Yahya (6/07/2012)


Walahhh.....hebatnya junior-junior mokcik ni.
Teringat zaman mokcik dulu yang menang pertandingan kawad peringkat negeri.
Walaupun bertudung dan berbaju kurung, tetap menang kawad.
Walaupun masa lawan netball dengan sekolah yang playernya berskirt pendek belaka, tudung mengerbang pulak tu, apadehal dengan bab menutup aurat?
masih menang jugak.
(FIFA pun dengar khabarnya dah luluskan negara yang menghantar player yang bertudung)
baguslah tu.

teruskan kecemerlangan!

Ustaz kesayangan yang masih mengajar di SERATA. Guru subjek Arab Komunikasi merangkap Guru kelas masa Form 5.  

p/s: sikit2 udah la ye mokcik....



17 comments:

  1. memang bangga....!

    tahniah buat mereka..teruskan usaha menuju kejayaan..

    mokcik bekas senior kat SERATA la ye. :)

    ReplyDelete
  2. saya sedang menaggis, Perak di belasah teru.. :(

    ReplyDelete
  3. cik nur... iyolah cik nur...hihi..

    ReplyDelete
  4. Akmal Hadi.... takpe. Hero memang suka kalah awal2.. :)

    ReplyDelete
  5. siapa cakap wanita menutup aurat tak boleh berjaya di dalam apa2 bidang pun?? dah terbukti..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. walaupun saya tak sekolah ni, cuma sekolah saya nama lebih kurang sama dengan sekolah ni , saya tumpang bangga. Woah, teringin tau nak sekolah ni. Hebot bebeno!

    ReplyDelete
  8. salam......
    Singgah pagi.....
    Salam kenal dari tirana..
    maaf kehadiran tanpa diundang....
    selaku blogger baru di alam maya ini..
    ronda pagi mencari informasi

    salam kenal sekali lagi...

    ReplyDelete
  9. sejuk mata memandang adik2 bertudung labuh tu...

    ReplyDelete
  10. kalau gitu aku pun tumpang bangga juga :D

    ReplyDelete
  11. Faiqah Umaira.... Alhamdulillah akak pernah jadi warganya. Agama, akademik dan gaya hidup adalah seiring... :)

    ReplyDelete
  12. Tirana Aduka.....terima kasih sudi singgah. Salam kenal juga... :)

    ReplyDelete
  13. kak Kamsiah..... semasa saya belajar di sini, saya pakai tudung sekolah yg biasa je. Ustaz ustazah x pernah paksa pakai tudung labuh cuma pastikan menutup dada. Tapi sekarang ni, junior2 kelihatannya dah ramai yg bertudung labuh. Diwajibkan atau kesedaran sendiri, x tahulah. Mungkin sebab aliran kelas kot.

    ReplyDelete
  14. Salam...
    ex-Taayah lah... baru tahu... hehe
    batch berapa?

    ReplyDelete
  15. Diyana....batch 90-an...hehe.
    (psstt....ramai blogger budak Taayah le...)

    ReplyDelete
  16. slm ziarah

    betul3, sangat bangge lawan netball ngan skola yg pkai skirt :D

    saye salah seorang player netball taayah ;)

    ReplyDelete