Monday, 17 December 2012

Restoran Murni

Dah lama nak cerita pasal Restoran Murni yang jadi feveret kitorang adik-beradik sebelah encik hubby.
Bila rasa nak makan menu macam-macam, kat sinilah tempat pilihan kami selain Restoran Rishadh.
Memang terbaiklah.

#cawangan berhampiran Mentari Court.

Semua style makanan ada di sini.
Namakan saja nak makan ala-ala western, mamak, Thai, Chinese, Melayu semua ada.
Big portion pulak tu.
Siapa-siapa yang tank kecik, bolehlah share saja makanan u olls tu.
Air pun gempak-gempak jugak tau pada harga yang berpatutan.
Memang sesuai sangatlah nak ajak keluarga dan rakan-rakan makan beramai-ramai.
Citarasa masing-masing tak sama, kan?
Makanya di Restoran Murni ni suka hatilah nak makan apa.

#Makanan cepat sampai. Makanya adik-adik yang bawa kereta berdesup dah sampai dulu. Setibanya kami di sini, ada yang dah nak habis makan.


#tak sempat nak ambil gambar makanan diorang, makanya ambil muka je la.... :p Hoho...comel giler si kecik Ariq. Happy je dia sepanjang masa kat sini.

Mari lihat menu yang diorder oleh family anak sulung yang sampai lambat ni.

 #Pilihan saya. Spagetti meatballs. Harga RM13. Memang sedaplah meatballs tu.



 #Chicken chop pilihan Amsyar. Harganya RM8. Licin Amsyar makan.



 #Haha...elok-elok je muka si Ryann di antara batang straw dan sudu tu. Btw...air ni namanya Pink Panther. Harga RM5.00 untuk saiz medium. Dalamnya ada buah laici dan tembikai. Nata de Coco pun ada. memang sedap melampaulah air ni. Feveret kitorang semua. Tengok le tu. Atas meja je lebih 5 gelas air jenis ni yang biasanya share sebab besar gelasnya.


 #Yang ni pula pilihan saya pada malam tu. Sour sop blended. Memang terbaik jugalah.


#Ini pula Mee Raja pilihan encik hubby. Antara menu unik yang ada di Restoran Murni ini.

Banyak lagi menu-menu best di Restoran Murni ni.
U olls boleh la try antara menu-menu yang saya ambil gambarnya dari FB Restoran Murni.


#Roti Hawai.


#Spagetti seafood. RM10.00.

#Nak makan nasi berlauk pun ada.


#Mee Karachi.

Ehh...
banyak melampaulah menu-menu best di Restoran Murni ni.
U olls boleh la datang sini dan cuba sendiri.

Kat sini saya tepek sikit info pasal Restoran Murni.

#Google map

A) 53 Jalan SS 2/75
     Petaling Jaya, Taman Sea

B) 39-41, Ground Floor,
     Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Subang Jaya
     012-339 2599

C) 13 Jalan Kerai 8/12
     Seksyen 8, Petaling Jaya
     012-339 2599

D) 2 Jalan PJU 1/3d
    Sunway Mas Commercial Center, Petaling Jaya
    012-339 2599


Haaa...
saya dah cerita pasal Restoran Murni dengan jayanya.
So apa lagi?
Pi ajak adik-beradik kaum kerabat sahabat handai u olls makan-makan kat sini.
Pasti tidak mengecewakan.


p/s: Tokeh Restoran Murni kena bagi saya diskaun ni. kikiki...



37 comments:

  1. Tgk gambar pun dah terasa sedap...apa lagi kalau dapat makan kan...!

    ReplyDelete
  2. Murni ni mmg caya' la menu2 dia.. btw - penah tak gi restoran abg pada owner Murni ni - William corner? lebih kurang je menu dorang ni.. hehe

    salam singgah :)

    http://aizatbest.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. tengok makanan terus jadi lapar....hbis diet mcm ni.....hehe

    ReplyDelete
  4. wah, sedapnya pink panther tu. kebanyakkan menu lom pernah jumpa lagi. bolehla try pas nih.

    ReplyDelete
  5. @Sally
    try le kak sally....best semua makanan2 dia.. :)

    ReplyDelete
  6. @A.I.Z.A.T
    William Corner belum pernah lagi. Kat area mana pulak kedai dia ye?

    ReplyDelete
  7. @noornazuha
    alaaa....order la menu2 sihat...hehe..

    ReplyDelete
  8. meleleh air liur tgk makanan kat restoran nih

    ReplyDelete
  9. bkn sng nk cri restoran melayu yg ada semua mcm ni kecuali mamak..akn dtrjah!

    ReplyDelete
  10. Wah, bestnya menu kat sini..
    Petutpun ada pengunjung setia. Siap promote lagi.. hehe

    ReplyDelete
  11. @Mimie
    kalau meleleh, silap lap! hahaha...
    Jom pakat try menu2 kat sini.. :)

    ReplyDelete
  12. @shu
    Tak menyesal makan kat sini. Harga patut dgn portion dan rasanya.

    ReplyDelete
  13. @Nor Salmi
    Mesti la promote sebab best dan jadi tempat feveret. hehe..

    ReplyDelete
  14. terliur... rasa mcm nak pergi la.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. telan air liur jap ni.. adehhh.. menggoda..

    ReplyDelete
  16. best2 menunya...
    mmg terliur nih......

    ReplyDelete
  17. @Qhaifa Nur
    ajak le encik hubby ke si tu dgn anak2...mmg terbaik tau.

    ReplyDelete
  18. yana lapar la phat tgk pic pic nya hehe

    ReplyDelete
  19. sya pernh mkn kat sini..sya p bulan puasa hari tu..menu air kat sini unik2 kan hihi

    ReplyDelete
  20. sedapnye sume mknn tu..terliur ina tgk...

    ReplyDelete
  21. @Phat
    nak buat camne phat...nmpk gambar makanan best2, perut x lapar pun boleh jadi lapar. hehe..

    ReplyDelete
  22. @inche hlovate
    lama jugak x nmpk inche hlovate. :)
    mmg unik sikit menu dia dari restoran biasa yg lain..

    ReplyDelete
  23. air pink panther...nama pun unik...

    ReplyDelete
  24. yumm...yumm...terasa lapo plak tgk lame2

    ReplyDelete
  25. sedapnya nampak semua makanan niii..!
    teringin lak rasa..hihihi

    ReplyDelete
  26. yana, mentari court yg dekat ngn bgnn kurnia insurans a.k.a leisure commerce square tu ker..?

    ReplyDelete
  27. harap2 tauke kedai baca blog ni, untung2 leh dapat diskaun kan, sebab tolong promote kedai dia... Huhu

    ReplyDelete
  28. wah..macam puas hati je makan kat sini..

    ReplyDelete