Assalamualaikum....bismillah...
Masya Allah..... baru berkenalan dengan suara Fatih Seferagic.
Kagum sungguh bukan kerana parasnya tapi kagum kerana beliau seorang tahfiz 30 juzuk al-Quran di usia 12 tahun!
Di usia 17 tahun, Fatih Seferagic juga merupakan seorang guru Al-Quran di Texas, USA.
Sila sebut Masya Allah lagi kerana... Texas setakat yang saya tahu di usia ini hanyalah tempat asal para cowboy Amerika.
Masya Allah.... ada seorang hafiz bersuara merdu di sana!
Tak sangka betul.
Fatih Seferagic ni berbangsa Bosnia, di lahirkan di Jerman dan kini menetap di Texas.
Yang buat saya kagum sangat tu, tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukanlah alasan untuk beliau tidak menghafal al-Quran.
Hebat, kan? rasa macam nak buat menantu. wah wah waahhh....
Jom dengar bacaan Fatih semasa menjadi imam.
Alangkah bagusnya kalau remaja Malaysia menjadikan Fatih Seferagic ni idola remaja.
Daripada sibuk hafal lagu Korea yang tak masuk SPM tu ok sikit la kalau pilih lagu Justin Bieber untuk belajar English.
Tapi daripada fanatik sangat kat Justin Bieber pulak, lebih baik la minat kat Fatih Seferagic ni.
Untung-untung je dapat pahala bila hafal al-Quran.
lagi bagus gitu.
#Ok. Yang manakah pilihan hati? Masihkah pada Justin Bieber? hehe...
10 Comments
Hensemnya >.<
ReplyDelete:) ...memang...
Deletetetiba sebak bila dgr suara fatih ni baca ayat suci... ;)
ReplyDeletebest, kan? :)
DeleteSedap bacaan dia..ralit nur dengar..
ReplyDeleteDi Malaysia ada kita ada Abdullah fahmi...juara AQ..
skarang ni sebelum magrib selalu astro oasis mainkan zikir2 dia.
Suka betul nur dengar...
akak pun ralit gak ni.. ;)
DeleteSebagai seorang Islam semestinya Fatih Seferagic, seorang hafiz. Apa yg ada pada justin bieber untuk dijadikan idol? :D
ReplyDeleteBetul Fikri. Sokong sangat. :)
DeleteMasya Allah.. nak buat menantu jugak la. Eh orang kampung JJ pun ni.
ReplyDeletetak minat la justin bieber...
ReplyDeleteSiggah Sini Ya - Terima Kasih |
Collagen Powder | ESP – Soy Protein Isolate Powder | GLA Complex | Omega Guard | Vita-E Complex | B-Complex | Vita-Lea | Alfalfa Complex | OsteMatrix | VIVIX | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C 100mg | Zinc Complex | Lecithin | Nutriferon | Meal Shakes | Herb-Lax | Cinch Shake Mix | DTX Complex | Sustained Released Vita-C 500mg | Performance Maximum (Pure Hydration Drink) | Garlic Complex | Advanced Joint Health Tablet | Peppermint Ginger Plus | Cinch Energy Tea Mix | Caratomax | Herbal Blend Multi-Purpose Cream |