Wednesday, 24 April 2013

Umrah 2013 - Part 7 (Ibadah Umrah Pertama)

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Hari keempat di Madinah merupakan hari Jumaat dan hari terakhir kami di Madinah.
Inilah buat pertama kali dalam hidup saya, saya bersolat Jumaat dan mendengar khutbah di dalam Bahasa Arab secara live di Masjid Nabawi.
Inilah juga solat terakhir sebelum meninggalkan Madinah.
Ya Allah.....tak tertahan rasanya menahan sedih kerana akan meninggalkan Masjid Nabawi ini.
Saya benar-benar berasa masih tidak cukup waktu di sini.
Terasa semuanya cepat berlalu dan terasa macam mimpi.


 #Memandang buat kali terakhir pintu Sayyidina Umar al-Khattab. Pintu feveret saya. Ayat menjemput yang sungguh mengharukan. 'Udkhuluuhaa bisalaamin aaminiin'.....



 #Solat Jumaat yang menambah kesesakan di Masjid Nabawi.



 #Selamat tinggal ya Rasulullah.....panjang umur, diberikan kelapangan rezeki....in sha Allah akan kembali berziarah....


Saya memang sangat sedih betul di waktu ini.
Terutamanya apabila mengenangkan perjuangan Rasulullah saw.
Masjid yang berbumbungkan pelepah tamar ketika di zaman Baginda, kini berubah menjadi sehebat ini.
Masya Allah....



 #Madinah sudah sayup-sayup ditinggalkan. Alahai.....semakin sedih rasanya.



 #Selepas hampir 20 minit perjalanan, ternampaklah Masjid Bir Ali tempat miqat berniat umrah sebelum memasuki Tanah Haram.







 #Di sinilah miqat ibadah umrah pertama saya. Semua jemaah berniat dan bersolat sunat ihram di sini. Cuaca sudah mula terasa panas.



 #memandangkan ini pengalaman pertama saya, sebolehnya saya menjaga sebaik mungkin cara-cara ibadah umrah saya. Semua larangan semasa ihram dijaga sungguh-sungguh.



 #maka bertalbiahlah saya sampai terlelap di dalam bas.


Kami sampai di Mekah dalam pukul 11 malam tapi hotel belum siap berkemas lagi.
Makan dan rehat dulu di hotel bersebelahan.
Dalam pukul 12 tgh malam macam tu, kami berempat pun bergerak ke Masjidil Haram untuk menunaikan rukun umrah seterusnya.



#selepas selesai solat sunat tawaf....



Kali pertama memandang Kaabah, rasa sungguh malu di hati.
Ok. saya tidak mahu lagi menulis seperti di Part 3.
Cukuplah dengan ayat Alhamdulillah kerana terpilih menjadi tetamu Allah.
Biarlah monolog2 dan doa-doa itu tersimpan di dalam hati.


#Menuju ke bukit Safa untuk memulakan rukun ketiga umrah iaitu saie. Ulang alik sejauh 3.5km di dalam saie sahaja. Bayangkan betapa hebatnya Siti Hajar sedangkan ketika itu yang ada hanyalah tanah yang berbatu dan bukit bukau yang gersang.



 #Sesudah bertahlul, penatnya hanya diri sendiri yang tahu. Jelas sangat terpancar di wajah.







#memandang Masjidilharam sepuas hati di dataran.


#berehat minum teh panas selepas umrah pertama sambil mendengar sirah Nabi daripada Abah. Memang sangat best masa ni sampai tak sedar masa berlalu pantas menghampiri subuh....


*maaf tidak dapat bercerita panjang bimbang ibadah yang dibuat, dinilai sebagi riak pula. Allah swt lebih Mengetahui. :)




6 comments: