Friday, 20 December 2013

Birthday Amsyar yang ke-9

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Lama dah tak cerita pasal Amsyar.
Minggu lepas celebrate birthday dia kat kampung bersama sepupu-sepupu dia.
Beli kek Secret Recipe je pun.
Tak de la buat parti ke apa memandangkan memang duduk bercuti di kampung tu, 24 jam adalah masa berparti dengan sepupu sepapat.
Dah meronda keliling rumah, bermandi sungai sakan...tak berparti tu? hehe...
Adik saya dan kakak ipar saya pulak rajin sangat masak macam-macam untuk budak-budak tu.
Kemain happy la si Amsyar.
Setahun sekali dapat berkumpul bercuti panjang di rumah Opah.

Dah 9 tahun rupanya anak mama sorang ni.
Dari rupa comel overload macam korea bak kata ucu dia, sampai la dah makin gelap dan bertambah lemak sampai jeans usia tak sampai setahun pun dah tak muat.....Amsyar adalah anak mama yang menyenangkan hati.
In shaa Allah... mama doakan selalu.

Walau pun lambat dapat adik, dan adik tu pulak selalu mengundang rasa annoying di hati dia.... Amsyar masih menjadi abang yang bertanggungjawab.
In shaa Allah....mama doakan selalu.

Makanya macam ni sajalah sambutan birthday dia tahun ni.
Tidak pernah meminta-minta setiap kali birthday dia, sebiji kek sudah cukup buat dia happy.


 #Qisya memang selalu buat Amsyar rasa annoying. Untuk pengetahuan, lilin yang ini ditiup Qisya terlebih dulu. Adeh laaa......mama faham perasaan mu nak. hahaha....



 #kasi can pulak Amsyar tiup. Ini la kali pertama main tiup2 lilin ni. Sebelum ni tak pernah pun. Saje je suka-suka bagi nampak meriah dan bercahaya sikit gambo tu. hehe...








#ok. jom makan kek. Eh, tingat pulak kek sedap ni. huhu....


Happy birthday anak mama sayang.
Semoga berjaya di dunia dan akhirat hendaknya.
Aamiiinn....




2 comments: