Manfaat air mawar

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Ehem ehem.....
Ini adalah agak kelakar sebab saya tak pernah nak cerita ceriti pasal hal-hal kecantikan apatah lagi nak tulis tutorial mekap bagai.
Almaklum la, tuan blog adalah sangat simple dan list barang mekap memang tiada.
Cukup dengan pencuci muka, pelembap, bedak padat dan lip gloss.
Dahsyat punya simple, kan?
Saya memang tak pandai bab mekap-mekap ni.
Tak minat pun.
Saya rasa muka saya jadi tak selesa bila mekap-mekap ni.
Tapi sangat kagum bila baca tutorial mekap dari blogger-blogger lain.
Kalau tengok real orang tengah pakai  mekap lagi la.
Sampai ternganga mulut, kot.
Kagum punya pasal. hahaha..

Ok. Kalau perasan, ada satu yang tertinggal.
Ia adalah toner.
Saya memiliki kulit yang sangat berminyak.
Sampai sekarang pun, jerawat masih lagi menggatal nak tumbuh.
Tak faham betul.
Masih umur remaja lagi gamaknya. ekekeke...

Hari tu, saya ada terbaca beberapa kebaikan air mawar.
Macam-macam la.
Salah satunya untuk awet muda dan mencerahkan kulit.
Wah waaahhh......sangat best.
Menarik tu!
Kebetulan stok air mawar yang dihadiahkan oleh Dr. Mishal, Dr. Taufik dan Dr. Yazid semasa melawat Taif dulu masih ada, saya fikir elok sangatlah saya jadikan toner semulajadi untuk kulit muka saya yang suka sangat berminyak ni.



#air mawar buatan Taif, Arab Saudi.

Disebabkan botol air mawar ni macam botol sos tiram dan agak payah nak guna air mawar tu, saya kena cari botol spray yang kecik.
Senang sikit spray terus ke muka, lepas tu terus sapu.
Takde nak tenyeh-tenyeh dengan kapas bagai.
Risiko nak tumpah pun takde, kan?
Jimat sikit. hehe.



#hello kitty pun hello kitty la.

Saya jumpa botol spray kecik ni kedai RM5 Daiso.
Tapi ada gambar kartun Hello Kitty la pulak.
Jenuh pusing-pusing tak jumpa pulak yang nampak untuk kegunaan orang dewasa.
Bukan apa, saya ni ada si kecik Qisya.
Risau dia fikir barang dia pulak.
Tapi memandangkan dah takde, saya grab je la botol ni.
Balik tu terus tuangkan air mawar Taif tu ke dalam botol ni.
Hoih....memang senang sangat.
Sekarang ni lepas cuci muka boleh terus spray air mawar ni.

Meh saya kongsikan sedikit kebaikan air mawar ni. 
Di antara kebaikannya ialah :

*untuk mengatasi kulit kering dan sensitif

*untuk mengatasi kulit berminyak

*untuk menyegarkan kulit berjerawat

*untuk mencerahkan kulit wajah

*untuk melambatkan penuaan

*untuk menyegarkan mata

*untuk menyihatkan rambut

*untuk menyamarkan bekas garis pakaian pada kulit (especially bekas garis baju dalam dan seluar dalam)



#eceh eceh...pehni boleh la berselfie tanpa bantuan camera 360 kot. hahaha....

Ok u olls..
Ahkak dah ada cucu saudara baru nak pakai air mawar bagai.
Yang masih muda lagi tu boleh la mula dari sekarang.
Tua memang pasti.
Tapi mari kita lambatkan prosesnya ye dak?





28 Comments

  1. i heard..mawar memang ok tuk kulit sensitive..should i try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try je. dulu2 zaman sekolah, pernah gak le pakai air mawar mustika ratu. Murah je. Skrg x tau harga berapa.

      Delete
    2. Minta maaf ya kak Yana, nak tanya tu air mawar boleh beli dari mana di Kuala Lumpur Malaysia ya??

      Delete
    3. Kat Mydin ada jual. Katanya dijamin halal dan selamat. Macam-macam harga dan jenama. Paling mahal saya jumpa di Mydin ialah air mawar jenama Mustika Ratu, RM8.90 150ml. Paling murah pula jenama Pancha RM1.00 100ml.

      Delete
  2. yana..akak guna air mawar utk masak nasi ja..(bkn nasi putih) hehe..pasni nak spray kat muka la pulak..

    ReplyDelete
  3. Amboi berseri2 akak...

    ReplyDelete
  4. woww, idea yg menarik, nak try lah nanti. hehe. tp kena beli air mawar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. kena la beli dulu. Nak buat sendiri, dah tentu2 bunga ros tu mahal. huhu...

      Delete
  5. wah..mmg berkesan..kna cuba nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la dulu. Rasanya kos lebih murah berbanding toner branded.

      Delete
  6. kulit akk dah cntik tk perlu makeup pe semua.btw sye tak suka bau ros..lagi pon mcm seram je sebab air tu org slalu pakai time de org meninggal hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eceh...kamera tipu tu. Tak de la licin sgt sbb byk bekas jerawat. ngeee..
      seram? hahaha....x pernah bau pulak air mawar masa org meninggal. kapur barus tu ada la. :D

      Delete
  7. menarik..nur baru tahu air mawar ni ada khasiat dia tersendiri...
    ermm..nanti nak carilah.. :)

    ReplyDelete
  8. alaa...melambak kat kedai yg jual produk kecantikan.. :)

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang menarik..murah dan baik

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. kak nak tanya kalau mahu beli tu air mawar yang berkualiti dan dijamin halal serta produk orang islam dekat mana? Saya ni x tahu.. tolong rekomen apa2 produk air mawar yang macam akak guna tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok kat kedai jual jamu kot. kat mydin banyak. brand mustika ratu.

      Delete
  11. saya pundr dlu slalu spray air mawar kat muka.. mmg best.. berchya je muka x la brminyak

    ReplyDelete
  12. sy baru arini beli air mawar kat mydin mall, rm1 je sebotol kecik brand pancha. huhu.. saje suruh pakcik google cari manfaat dia. tq for sharing..huhu

    ReplyDelete
  13. air mawar yang hat botoi ni orang iran campuq dalam air teh...nanti air teh tu aroma mawar

    ReplyDelete
  14. Kalau air mawar yg beli dekat kedai india, nak buat renjis org kawin tu, boleh guna tak? Hehehe

    ReplyDelete
  15. kalau air mawar yg sy beli rm 1.50 dkt giant ke tesco tu bole ke pakai?

    ReplyDelete
  16. kalau air mawar yg sy beli rm 1.50 dkt giant ke tesco tu bole ke pakai?

    ReplyDelete
  17. Sye beli air mwar kat kedai mamak area sye. Alang2 boleh bt masak sekali. Rse nye x de beza kot air mawar. Maybe la dorang waktu bt tu bubuh lebih ros putih ke ros merah ke. As long xde chemical. RM1.50 jer.

    ReplyDelete