Friday, 28 February 2014

Jangan menipu LINK

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya tak rasa nak membuang kotak jerit saya.
Saya tau, ramai kawan-kawan blogger yang nak blogwalking, tidak terhenti di blog saya andai tiada kotak jerit ini.
Jadi saya biarkan sebab kadang-kadang saya pun nak blogwalking juga.
Kadang-kadang kalau tak sempat letak komen, di kotak jerit ni la tempat letak jejak, tanda pernah singgah.
Masing-masing nak kejar masa.
Saya faham dan saya harap saya membantu memudahkan kerja blogwalking blogger lain.
Tak paksa mereka untuk letak komen di setiap entri saya.
Tak nak komen pun tak apa asal entri dibaca.
Saya harap ianya memudahkan.

Tapi ada di kalangan mereka menggunakan kotak jerit ini untuk spam iklan...spam says...spam segala mak nenek yang menyakitkan hati.
Nampak macam budak-budak tapi terpaksa buat....
tu yang jadi macam kat bawah ni.

#saya harap semua jujur. Kotak jerit di blog ini hanya untuk blogger yang memiliki blog sendiri.


Bukan apa, kemain letak nama dan macam ramah menegur.
Klik2 tengok iklan macam-macam.
Tak ke menipu namanya tu?
Seronok sangat ke makan duit hasil menipu link?
Sendiri fikir, ok?

Saya tahu, walaupun dah tulis entri macam ni, pasti akan ada yang buat lagi.
Tapi saya harap ada sedikit pembaikan.
Nak letak link2 tu, silalah letak dalam entri blog sendiri.
Bukan dengan cara menipu di kotak jerit orang lain.
Boleh?


12 comments:

  1. akak dah lama remove sbb jadi tempat tempek iklan...

    ReplyDelete
  2. tak tau pon pasal kotak jejak ni..tapi kalau blogger tu komen kat entri sy akan singgah kesana semula tanda kunjung balas..hehhe

    ReplyDelete
  3. dah lama buang kotak jerit ni, ada jugak dulu masa memula bukak blog
    semak kot, macam2 iklan kat situ

    ReplyDelete
  4. Tu yg aku mala nak layan sgt org yg singgah kat chatbox saja... mcm2 jenis org ada

    ReplyDelete
  5. Pernah alami. Last-last aku delete komen iklan yang pakai nama manusia kat chatbox. Huuu

    ReplyDelete
  6. Sama ler....salah satu sebab aku buang chat box.
    Lagi pun chat box ini...banyak buruknya...

    Baik komen kat tempat sepatutnya...

    ReplyDelete
  7. Eh nama saya kat atas tu... :) Saya tak tergolong dalam golongan tu, coz saya memang letak blog yang saya uruskan. blog sekolah saya....

    ReplyDelete
  8. selalu jugak kena macam tu. sebelum klik kena check dulu link tersebut. hihi. memang angin je kalau tegur baik giler lepas tu check link iklan pulak. memang takkan klik la. huhuhu.

    ReplyDelete
  9. farah pun kadang-kadang kena jugak

    ReplyDelete
  10. cliche. tak paham dengan diorang ni TT__TT selalunya ee check dulu link tu baru click. so takdalah rasa sakit hati sangat. ehehe.

    ReplyDelete
  11. anis pon byk kali terkena sis.. nak marah nt kate kite xsporting plak.. tp sendiri pikir la.. klau nk suruh klik2 iklan dye, anis xkisah..suruh je..boleh je buat..haishh mcm2 hal..

    ReplyDelete