Friday, 2 May 2014

Jalan-jalan ke Pulau Pangkor - Part 2

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Untungnya dapat menjejak kaki ke Pulau Pangkor dalam keadaan cuaca cerah.
Boleh lepak sepuas hati di tepi pantai-pantai yang indah.
Memang teruja sungguh.
Almaklumlah lama sangat dah tak ke sini.
Semuanya dirasakan macam baru je tengok. hehe...

Lagipun kali ni pergi dengan keluarga sendiri, sebelum-sebelum ni datang ke sini ketika masih single mingle gitu.
Mesti la jauh berbeza, suasananya ye tak?
Kami pusing Pulau Pangkor ni dua kali, tau.
Singgah kat semua pantai, ko.
Dulu-dulu tuju Teluk Nipah je.
Hari tu, tak lepas peluang lepak kat pantai-pantai lain pulak.


 #mula-mula ke pantai Pasir Bogak. 



#Banyak chalet dan kawasan perkhemahan di sini.



 #Poskad dari Teluk Dalam, Pulau Pangkor. Bersetemkan muka mocik yang agak poyo di situ. hahaha...

Pantai Teluk Dalam tiada pengunjung langsung.
makanya kami sekeluarga lepak agak lama di sini.
Rasa macam pantai ni kami yang punya. :D


 #inilah budak kecik yang sungguh teruja di pantai Teluk Dalam ni. Bising mulutnya bagitahu kitorang air tu Allah yang buat.



#memerhatikan insan-insan kesayangan dari kejauhan. Panas wehhhh......harus mocik lepak saja di bawah pokok. hehe...

Tapi saya paling jatuh cinta dengan Teluk Ketapang.
MasyaAllah....cantik sangat pantainya.
Pohon-pohon ketapang sangat cantik.
Macam dijaga sempurna pulak.
Tengok gambar-gambar kat bawah ni.


#ada menara tinjau dan padang rumput yang luas di pantai Teluk Ketapang, Pulau Pangkor.



#Amsyar dan encik hubby yang sangat enjoy di pantai Teluk Ketapang. Elok pulak ada bot lalu. Kalau guna dslr mesti lagi cantik kualiti gambar.



#kalaulah ada buaian kat pokok ketapang ni, mesti saya lepak kat sini sampai terbenam matahari kot. hehe...




#macam apek ni ha. Siap tido lagi. Jeles mocik tengok dia. huhu...




#yang ni pulak pantai perkampungan Melayu berhampiran Dutch Fort tu. Tak sesuai mandi di sini sebab pantainya berselut.



 #kami makan tengahari, solat dan berehat di  Teluk Nipah. Rezeki dapat makan di gerai beranjung. Dapat tengok pemandangan seluruh Teluk Nipah sepuas hati. Contohnya, dapat sekodeng mat-mat Arab ni mandi. ekeke....



 #Teluk Nipah semakin bersih. Pemandangan di sebelah kiri.




 #pemandangan Teluk Nipah di sebelah kanan saya. Banyak aktiviti kat sini. Banana boat dah macam-macam rupa. Tidak semata bentuk pisang, dah ada bentuk sofa dan landas meniarap. Boleh fefeeling terbang macam superman gitu. Macam best je. Lain kali nak try. Tapi yang tu kena menginap lama sikit di Pulau Pangkor ni.


Cantik, kan?
Tak sangka Pulau Pangkor lebih cantik berbanding dulu.
Lebih kurang sama je dengan pulau-pulau di Pantai Timur.
Tak percaya, u olls kena tengok sendiri. :)

Bersambung...



6 comments:

  1. cantik...cantik...ni baru pic kat pantai2 ja,kan..mesti byk lagi kat tempat2 menarik yg lain..

    ReplyDelete
  2. wahhhh best best best... jeles sangat dah bertahun kami tak memantai ok, especially si Papa JJ ni mmg tak naik ke darat la dia kalau dapat pantai macam ni.

    ReplyDelete
  3. salam kenal..

    cantik pemandangan kat cni ;)

    sila jenguk rumah saya ye http://idanas.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Tak pakai dslr pun dah cantik dah gambar2 akak ni..

    ReplyDelete
  5. Ya allah akak, rindunya sy kat Pulau pgkor. Dlu ad depan mte ase bosan. Skrang dah berjauhan bru trasa haha. btw, nice pic kak. :)

    ReplyDelete
  6. Jemput singgah ke blog saya....http://www.suemilie.blogspot.com/2015/06/pulau-pangkor-2.html?m=1

    ReplyDelete