Monday, 16 June 2014

Tempat makan best di Kuala Gula - Taiping

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Selalu dengar cerita kat Kuala Gula ada ketam lembut.
Macam best je kan?
Almaklumlah orang yang tak terel makan ketam macam saya ni adalah menyedihkan.
Mesti banyak tertinggal isi kat kulit sebab tak pandai nak makan ketam sampai licin isinya.
Kan dah membazir begitu?
Saya tak tahu siapa yang memulakan inovasi ketam lembut ni.
Ia sangat bagus sebab tak perlu lagi menguis-nguis isi ketam.
Potong-potong, terus ngap. Senang.

Berbalik kepada cerita di Kuala Gula tadi.
Encik Mior dari Majlis Perbandaran Taiping berbesar hati belanja kitorang makan ketam lembut dan kari sembilang di JS Muara Restoran di Kuala Gula.
Mak aiiii, kecik tapak tangan, nyiru kitorang tadahkan. hahaha....
Memang thorrrbaekk...

Jom tengok tempat ni....


#memang menu terbaik dia ketam lembut dan kari sembilang. Wajib promosi.





Restoran ni restoran terapung, tau.
Kalau ada bot lalu, memang agak terasa olengannya tapi tak la sampai menumpahkan air dan lauk.
Rasa agak  luar biasa la di situ. Unik, kan?


#haaa.....macam ni la rupa restoran JS Mutiara..


#disebabkan kami makan tengah hari, kiranya jadual hari tu adalah kami yang merasmikan.


#misi mencari tempat di hujung sekali. Sambil makan nasi, sambil sedut angin laut puas-puas.....


#terdapat resort juga di Kuala Gula ni rupa-rupanya. Bagus betul. Kalau menginap di sini, dekat sangat dengan restoran terapung JS Mutiara Restoran ni. Tak payah pening-pening nak mencari tempat makan.


#layan bot-bot yang lalu-lalang. Memang asyik sambil disapa angin laut yg sempoiii...


#sila hubungi pihak restoran untuk pertanyaan tempahan. Nanti kot-kot takde stok ketam lembut, mau kecewa dibuatnya.


#ini menunya.


#yeayy!! ketam lembut celup tepung. Sedap bak ang!! Ni dok mengalir air mata sebab teringat-ingat nih! Adoiii....


#ini yang buat meleleh air liur ni. Kari sembilang. Memang kari sembilang yang tersedap pernah saya makan! Tak percaya u olls try.


Memang menarik sungguh trip kami ke Pulau Pinang dan Taiping.
Dapat makan best-best.
Ini citer sikit-sikit je ni.
Kang tunjuk gambo ada yang menjilat siku, huduh sangat la pulak ye dak? :D
Hingga entri lain, terima kasih sudi baca ye.
Luv,

9 comments:

  1. saya pun pernah makan kat sini sekali..
    tapi tak pernah rasa ketam tuh sbb x minat ketam..
    mmg rasa trumbang ambing kalo bot lalu..

    menarik conceptnya..

    ReplyDelete
  2. sy 2 kali dah sampai wahhh memang sedap,,,,rasa teringin nak p lagi

    ReplyDelete
  3. akak pernah sekali sampa sana...tp dek awal pagi..restoren tu tak buka lagi...

    ReplyDelete
  4. Tv Alhijrah ada buat liputan dalam rancangan menu alam kot pasal ketam lembut ni... ketam yg tgh bersalin kulit dorang masak

    ReplyDelete
  5. HI!! 안녕하세요~ we are twinscraftlife! pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요~~!!^^ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sebab sudi share info makan di restoran terapung taiping. Memang menarik :)
    CeritaMama

    ReplyDelete
  7. akaakkkk.. rindu plak yang ni..
    nak makan kt sini lagi... sedapppp

    ReplyDelete
  8. Bagi saya..biasa-biasa saja..😄..selera masing-masing..kan...first & last..

    ReplyDelete