Assalamualaikum wbt...bismillah...
Hari ke 3 di Kundasang. Sedih sayu rasa hati sebab nak tinggalkan Kundasang. Cuaca pun mendung dan sedikit gerimis lantas melindungkan keindahan Gunung Kinabalu. Gunung pun macam turut bersedih. *ok. saya perasan sendiri. haha..
Rasa bersyukur bila teringatkan sempat mengambil gambar Gunung Kinabalu sepuas hati pada hari kedua kami di Kundasang. Hari kami nak tinggalkan Kundasang, ingatkan nak pergi bergambar lagi buat kali terakhir tapi tiada rezeki. Makanya kami ke destinasi lain pula.
Dari kejauhan saya nampak banyak pokok pine di atas bukit berhampiran Masjid Kundasang. Terus saya ajak encik hubby ronda-ronda kat atas bukit tu sementara menunggu Kundasang War Memorial dibuka. Dah alang-alang ke Kundasang, masa jangan dibuang begitu saja. Haruslah merakamkan segala view cantik yang ada. Tak gitu?
#mak dan anak memang suka bergambo ye. Gedik sikit-sikit je. kang muntah pulak u ols tengok. hahaha...
#wah wah wah.....macam view kat India, kan? Alaaa...cerita Raaz tu. Banyak pokok pine. Atas bukit berhampiran Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa ni memang cantik sebab selain pokok pine, pokok eucalyptus yang batangnya bercorak dan licin tu pun memang banyak kat sini. Antara jenis-jenis pokok yang gojes di dunia. Ha? Ko ingat ko je gojes? Pokok pun gojes, tau. Jangan memain.
#mari bergambar beramai-ramai di sini. Uik! Sian Qisya. Tertutup dengan watermark pulak dia. hahaha....Mama bukan apa Qisya weh.....dah geram sangat ada orang cilok gambo2 dari blog mama ni, haruslah mama tepek watermark besor-besor!
#Riang-ria di Kundasang! Err...pepagi make up masih fresh lagi. Nampak le gebu bedak. hahaha....
#kereta sewa yang kami dapat ni usianya baru sebulan. Rezeki sungguh dapat kereta baru. Meh amik gambo kenang-kenangan dengan saga flx putih ni. Selesa perjalanan kami sekeluarga.
#pejalanan turun ke pekan Kundasang. Cuaca agak mendung dan seperti biasa, Gunung Kinabalu hanya sipi-sipi kelihatan.
Kami pengunjung pertama Kundasang War Memorial Park pada pagi tu. Gigih tunggu depan pintu pagar. Biasalah, nak masuk kena bayar. Tapi tak mahal pun. Rm 2 seorang. Dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Ada awek cun yang jaga kat kaunter pintu masuk ni. hehe...
#port wajib bergambar sekeluarga. Sila lihat di belakang. Sila menggagahkan diri memanjat bukit, ye.
Apa yang bestnya Kundasang War Memorial ni? Kat sini adalah taman untuk peringatan tentera-tentera 3 buah negara yang telah gugur semasa perang dunia kedua iaitu British, Australia dan new Zealand. Banyak sejarah perang di Sabah yang boleh kita tahu di sini.
Taman peringatan berbentuk di dalam kubu atas bukit ni dibina oleh rakyat New Zealand pada tahun 1962 tapi telah dibiarkan dan rosak teruk hinggalah pada tahun 2005, taman ini telah dibina dan pokok-pokok telah ditanam semula. Di Kundasng War Memorial ni terdapat 3 jenis taman iaitu taman Australia di mana landskapnya mengikut taman-taman di Australia, taman English dan Taman Borneo.
#banyak info dan bahan sejarah terdapat di kiosk Kundasang War Memorial ni. Kedai souvenir dan makanan ringan pun ada. Haruslah budak-budak tu minta ais krim. Hadoiiihhh.... saya suruh pegi ronda-ronda kat taman dulu. Nak balik nanti baru makan ais krim. Nampak tu, abah tu kalau dapat membaca, memang tak ingat kitorang la jawabnya. huhu...
#gambar-gambar taman sebelum dibaik pulih.
#di Australian Garden. Ala-ala padang yang selalu jumpa di taman-taman yang terdapat di Australia. Pssttt....sebenonya rumput ni dilarang pijak tapi saya pijak untuk beberapa saat, kira halal la ye. hahaha.... Jangan pelik tengok Qisya. Itu adalah geliat nak ais krim yang belum dapat. :D
#di English Garden. Pokok-pokok ros baru ditanam. Nanti kalau dah besar dan menjalar ke sana ke mari, lagi cantiklah taman ni.
#main cium-cium bunga kalau jumpa bunga ros.
#inilah ruang peringatan tu. Ada beribu senarai nama tentera-tentera yang meninggal dunia semasa perang dunia ke tertulis di dinding sebelah kiri. Muda-muda usia mereka semasa meninggal. Sedih pulak rasanya.
#mengambil gambar terakhir berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Alahai....menyorok la pulak dia.
Sebelum balik, kami rehat-rehat di kiosk sambil makan ais krim. Memang best la lepak kat Kundasang War Memorial ni. Ada banyak pokok cantik untuk diambil gambar. Tapi tak dapat la saya nak uplod semua di sini. Yang ada ni pun seksa tunggu loading. huhu...
#walkway yang kemas dengan pokok hutan yang cantik. Alangkah ruginya kalau tidak dipelihara keindahan ini. Menapak turun dengan rasa sayu menandakan detik-detik meninggalkan Kundasang semakin hampir.
Sebelum memulakan perjalanan, kami meronda pekan kecil Kundasang dan membeli kuih untuk bekalan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dan mengisi minyak kereta. Makcik penjual kuih menunjukkan sekolah yang tidak lagi digunakan lebih setahun lalu kerana bakal dirobohkan angkara struktur yang tidak kuat akibat tanah runtuh. Sudahnya, ramai anak-anak Kundasang yang tidak bersekolah kerana sekolah menengah yang terdekat pun terletak di Ranau. Sisi gelap Kundasang yang tidak diceritakan. Semoga sekolah menengah di Kundasang, dapat dibina semula. Kasihan mereka.
#babai Kundasang! Ada jodoh bertemu lagi.
Kami meninggalkan Kundasang menuju ke Kota Kinabalu dengan rasa yang agak sedih. Entah bila dapat bertemu lagi dengan Gunung Kinabalu yang cantik menawan. InsyaAllah....suatu masa nanti jika dipanjangkan umur. Aamiinnn...
Part - 6
Part - 8
Part - 6
Part - 8
*bersambung...
4 Comments
Fuhhh....tengok gambar percutian Yana nie terus rasa nak terbang ke Sabah...dah lama teringin ke Kundasang tapi keadaan belum mengizinkan... may be next time insya Allah :-)
ReplyDeleteBestnya.. Saya tak pernah jejak sabah lagi. hmm.
ReplyDeletegambar2 cantik lah
ReplyDeletesaya selalu sebut apocalyptus hahahaa.. suka bau dia menegangkan... eh menenangkan...fikiran.
ReplyDelete