Assalamualaikum wbt...bismillah..
Sampai di Kota Kinabalu menghampiri pukul dua petang. Guna google maps je mencari Marina Court Resort Condominium, tempat penginapan pilihan kami semasa di Kota Kinabalu. Tersesat juga sebab tersalah masuk simpang, tapi takpelah. Kekdahnya nak bagi mudah ingat jalan le kot. *fikir positif.
Tapi tak susah pun nak mencari Marina Court ni sebab ia terletak sebaris dengan Promenade Hotel. Belakang Apartment Api-api je pun. Memang dekat dengan Pasar Kraftangan atau lebih dikenali dengan Pasar Filipina. Nama jalannya, Jalan Tun Fuad Stephen. Stylo betul nama jalan. I like. Rasanya, inilah jalan yang paling femes kat Kota Kinabalu. Tempat tumpuan pelancong pun kat area sini jugalah. Almaklumlah, tepi laut. Macam-macam ada.
Sebelum ke Sabah, saya tak dapat nak imagine kedudukan Marina Court Resort Condominium ni sebelah mana. Dengar orang cerita je. So, kat sini saya tunjuk bagi semua orang tak perlu blur lagi kalau memilih Marina Court Resort Condominium sebagai tempat penginapan semasa bercuti di Kota Kinabalu.
Terletak di Jalan Tun Fuat Stephen, Marina Court Resort Condominium mengadap Oceanus iaitu shopping complex yang akan dibuka tidak lama lagi. Jarak ke Pasar Filipina adalah lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Ok. Jom tengok interior Marina Court Resort Condominium ni.
View dari masterbedroom Blok A2.
Master Bedroom
Master Bedroom.
Bilik tidur ketiga.
Unit ini mengandungi 3 bilik tidur dan dua bilik air yang luas dan selesa.
Ruang tamu.
Teruja tengok dapur yang ada kelengkapan memasak.
Selesa, kan?
Bagus si Don tolong check semua perkakas.
Duduk kat sini 3 hari, siap ada mesin basuh automatik tu guna je la. Bukan kena ngangkut kain baju kotor basuh kat tepi sungai nun. hahaha....
Lepas selesai je urusan check in, kami keluar semula untuk lunch. Makan di restoran yang telah dicadangkan oleh Don. Cari yang dekat-dekat je. Balik tu, anak-anak dah bising nak mandi kolam renang. Bapak-bapak jadi tukang tengokkan anak-anak. Mak-mak nak menyongket jalan-jalan kat Pasar Filipina. Tak sabo sangat dah tu. hahaha..
Pemandangan dari balkoni.
Serba-serbi dekat.
Ronda-ronda dengan Mila di tepi laut tengok sunset on the way ke Pasar Filipina.
Pasar Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina ni terbahagi dua bahagian iaitu barangan kering dan basah. Petang tu ronda-ronda dan survey dulu harga. Memang rasa tak cukup masa rasanya nak meronda Pasar Filipina ni. Makanya kami meronda ke pasar basah dulu. MasyaAllah....tengok harga ikan yang jauh beza dengan di semenanjung buat saya rasa nak angkut segala macam jenis ikan balik! hahaha...
Macam-macam hasil dari laut dijual di sini.
Kerang-kerangan yang cantik pun turut dijual.
Kat sini ramai budak-budak minta sedekah. Berhati-hati je la ye.
Tengok segala macam ikan memang rasa tak keruan. Ingat nak call ajak diorang datang makan kat sini je. Tapi menurut kawan-kawan saya, masakan di Sabah tak berapa kena dengan tekak orang semenanjung, makanya saya beli je ikan bawa balik masak di apartment. Tapi tak dapat angkut banyak la sebab berat dengan bahan-bahan masakan yang lain.
Beli ikan sardin yang murah sangat ni. Rm3 saja.
Masak simple untuk dinner. Ikan sardin goreng garing, ikan kembung masak lemak cili api dan sayur campur. Sendiri bikin puas hati. Jimat pun jimat untuk dua family.
Dinner malam pertama kami di Marina Court Resort Condominium. Sedapnya dapat makan lauk dari ikan yang segar.
Banyak juga ikan yang kami beli sebab dah merancang untuk bawa bekal ke Pulau Manukan keesokkan harinya. Jenuh wooo kalau asik nak makan luar je tambah-tambah pergi beramai-ramai dengan family. Baiklah masak yang simple-simple untuk penjimatan. Kang ada yang komen pasal apa saya susah-susah masak dan basuh kain masa kat Sabah ni pulak. Semuanya sebab dah ada kelengkapan, guna jelah. Masing-masing punya trip, masing-masing punya caralah. Tak gitu?
Part - 8
Part - 10 (Pulau Manukan)
Part - 8
Part - 10 (Pulau Manukan)
*bersambung..
8 Comments
wow..bestnya..:)
ReplyDeleteya Allah kak...ini betul2 mengimbau kenangan saya ni, hahaha situ la saya tinggal dulu masa kat Sabah, tak la lama mana pun, setahun ada. Ada tak lagi satu apartment yang ngadap jalan boleh nampak kat balkoni dia penuh pokok? that was my neighbour, architect owner dia umah dia macam taman. oh nostalgia.
ReplyDeleteBestnye.... Last ke sana dekat 10tahun lepas...
ReplyDeletehi ;) saya stay sabah 4 years as a student. mmg best kat sana . tenang. seronok. tp dalam banyak banyak pulau . maksud sy pulau yg ada dekat kota kinabalu . pulau sapi paling manang. :) paling cantik. kalau berkesempatan , pergi la pulau sapi. kalau snorkel kat sana , ada satu coral besar. boleh berdiri atas coral tu :)
ReplyDeletesiap ada mesin basuh tu.. senang la nk bercuti. ringan je baju nanti..
ReplyDeletenak no contact owner homestay bleh tak.. tq
ReplyDeleteKak, pinggan mangkuk ngn rice cooker bagai mmg dh disediakan ke?
ReplyDeleteye ada.
Delete