Monday, 27 October 2014

Resepi Mangga Asam Boi

Assalamualaikum wbt..
bismillah..

Hari ni tetiba rasa teringin nak buat mangga asam boi. Balik kerja je terus laju-laju pergi kedai runcit berdekatan rumah untuk mencari mangga muda. Kedai runcit aceh ni selalunya nak cari bahan-bahan masak ni boleh kata semua ada. So, memang jumpa la mangga muda kat situ. Saya beli mangga muda jenis isi putih yang rangup dan lemak tu.

Tapi malangnya takde la pulak asam boi. Menggigih cari sampai kedai runcit ke 5 baru jumpa asam boi! Hahaha...asam boi memang laris lately!

Sampai je rumah terus laju-laju masak dinner. Time tu la jiran hantar 5 biji mangga chokanan muda. Wah! Rezeki. Terus teruja nak potong-potong mangga untuk dibuat mangga asam boi. Gigih, ko!

Tada!

Inilah hasilnya. Sodap!

Resepi mangga asam boi versi Yana Halim ialah:

4 biji mangga lemak muda (kulit hijau pekat)
5 biji mangga chokanan muda
1 sudu kecil garam
3 sudu makan gula pasir
10 biji asam boi
5 biji cili padi merah

Cara-caranya:

Potong mangga muda bentuk kepingan dan hiris cili padi. Campurkan semua bahan dan gaul sebati di dalam besen. Masukkan dalam balang. Seterusnya simpan di dalam peti ais beberapa jam sebelum dimakan.

Masa makan tu jangan sampai tak sedar diri pulak. Kang sakit perut jangan salahkan saya, tau! 


4 comments:

  1. Fuhhh! sedapnya yana... tak berkesempatan lagi nak buat sendiri...nak sket boleh? hihihhh

    ReplyDelete
  2. Sedap.. baru lepas makan sehari dua nie... ofismate dan bos bawak hihi :)

    ReplyDelete
  3. kan ..memang fonomena tul.

    www.noramizaahmad.blogspot.com

    ReplyDelete