Saturday, 11 October 2014

Shah Alam Trees For Life (Program Tanam Pokok)

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Saya jarang nak kongsikan perihal kerja saya sebabnya nanti asyik bosan la pulak cerita pasal pokok je ye dak? Nak buat macam mana, dunia landskap memang macam ni. Kena deal dengan pokok-pokok. Kena banyak tahu tentang pokok. Errr.....kena bercakap dengan pokok pun ye juga. Kang merajuk pulak tak nak besor-besor, tak nak berbuah, tak nak berbunga. Haaa.... kan dah jadi masalah macam tu? Pokok-pokok ni pun ada perasaan juga walau pun dia tak bercakap atau kita yang tak dengar ia bercakap. Since, pokok-pokok pun makhluk Allah swt. We shud respect them (err...betoi ke English mocik ni? hehe...)

Ramai yang tak tahu, setiap manusia memerlukan 7 pokok untuk memberikan oksigen yang secukupnya. Nabi pun pernah berkata bahawa antara sedekah yang terbaik ialah menanam pokok. U ols bayangkan berapa banyakkah sedutan oksigen kita setiap hari? Itu belum dikira lagi yang menumpang teduh, yang beroleh rezeki dari pokok yang ditanam tu. Tak terkira banyak pahala tu. Senang-senang je dapat, wehhh.....

Amsyar kira bertuah jugalah sebab mama dia orang landskap yang bekerja di PBT, banyak program yang melibatkan aktiviti menanam pokok di Shah Alam saya suruh dia join. Biar dia tau pasal pokok-pokok ni, belajar dan menghargai kehijauan. Dan hari ni, untuk Program Shah Alam Trees for Life anjuran MBSA-UMW-LKSA di Sri Muda-Alam Impian interchange ini, saya berjaya memujuk Kella join. Kawan-kawan yang lain, busy bebeno belakanya puunn.... 


Cantik pulak banner kali ni. meh posing kat sini.



Kella tak tahu jalan ke tempat ni, makanya berkonvoilah kami pagi tadi.



Sukarelawan terdiri daripada student,  syarikat korporat, ngo dan individu yang berminat nak join. Nak datang terus je pun boleh.



Sementara menunggu majlis perasmian, macam-macam aksi dapat dilihat. Yang berposing, yang bersantai, yang bersarapan, yang join Eco Run...macam-macam adalah. Interesting, tak? Nampak tu, siap baring-baring macam berpiknik pulak family mat salleh ni.


Kali ini ada banyak plot penanaman di 3 bulatan dan susur masuk. Saya memilih plot bersebelahan Pejabat LKSA. Ramai juga yang berkerumun kat sini. Sudahnya, ada plot yang langsung tak bersentuh disebabkan tak cukup sukarelawan.


Meriah, kan?



Dah jadi jubah la pulak t-shirt ni. hahaha....
Kitorang tanam pokok cengkih. Moga membesarlah dengan sihat walafiat ye pokok.




With this sweet couple Dr Khadijah dan Dr Jean Joseph Weber yang menanam pokok Dryobalanops atau nama biasanya pokok kapur. Pokok kapur ni yang specialnya, Dr Jean telah menyemai pokok ini di Kedutaan Perancis. Banyak la pulak yang sihat walafiat. Jadinya, Dr Jean sedekahkan pokok ni untuk program Trees For Life kali ini. Antara lain yang special pasal pokok kapur ni, apabila besar nanti, silaranya tak mahu bersentuh dengan silara pokok kapur yang disebelahnya. U ols boleh tengok di FRIM pokok-pokok kapur ni. Kemungkinan mereka sudah ada komunikasi semasa pembesaran akar menurut Dr Khadijah.  Haa...nampak? Pokok pun berkomunikasi.

Apa lagi kepentingan pokok kapur? Tak lain tak bukan, setiap jenazah orang Islam memerlukan hasil dari pokok kapur ini iaitu kapur barus. Jadi, bila tengok pokok ni sila insaf, ye. :)

Lepas tanam pokok, saya serve makanan peserta la pulak. Tengok Kella sembang dengan Dr. Khadijah dari kejauhan. Jeles. hahaha..... Mau tak jeles, bersama dengan Dr Khadijah, banyak ilmu yang boleh dapat. Bukan setakat ilmu pokok, ilmu kehidupan pun boleh dapat. Beliau adalah antara orang yang paling cool yang saya pernah jumpa dalam hidup ni. Arborist yang sangat humble, dengan hanya Asplenium Nidus, beliau telah meneroka lebih 30 buah negara. Makanya boleh tahu seluas mana pengalaman beliau, kan? Sila besarkan biji mata u ols... ekeke...


Menu makan tengah hari ala-ala western. Ayam golek, mashed potato, coleslow , sup cendawan dan sos. 


Air jus epal. Menarik jugalah menu untuk program kali ini.


Ada la pulak persembahan akustik guna apa yang ada je. Menarik juga persembahan diorang.
Semangat masing-masing mengetuk tong air plastik.

Ada pertandingan post kat Instagram bagai. Kemain hadiah-hadiahnya. Cabutan bertuah pun menarik juga. Macam-macam ada.

Tapi tu la. Tak de ong gamaknya Kella hari ni. Dia balik awal tinggalkan kad cabutan bertuahnya pada saya kot-kot la menang.

So, ini la Kella. Khas untukmu. Lain kali join lagi ye Kella. 




8 comments:

  1. hehe..betul macam jubah dah baju tu dibuatnye

    ReplyDelete
  2. Suka part bercakap dengan pokok tu yana...pokok pun macam dengar jer bila kita bersembang dengan dia...bila rajin bercakap dengan pokok, pokok tu pun rajin berbuah tau...saya suka cakap dengan pokok cili kat kampung hihihh

    ReplyDelete
  3. Mat salleh memang obses sikit ngan rumput dan tanah, dorang appreciate it. Saya pun banyak tanam pokok dalam umah, pokok pisang pun ada hahahaa ni kalau boleh nak tambahkan bilangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole hidup ke pokok pisang tu kat German? huhu...

      Delete
  4. akak, gambar saya tak de pon.. ok sentap ngn akak..

    ReplyDelete
  5. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Alam Sentral, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    ReplyDelete