Percutian ke Yogyakarta / Jogja - Part 1

Assalamualaikum wbt...
Bismillah...

Tahun 2014 tahun pelancongan buat saya kot. Alhamdulillah diberikan rezeki berjalan merata tahun ni. Tapi seperti biasalah, ada yang berhapdet dan ada yang tidak. Ikut rajin, kekdahnya. Dua minggu sebelum ke Jogja, saya ke Langkawi selama empat hari bersama seluruh ahli keluarga sebelah encik hubby. Cukup korum. Tiada siapa tertinggal. Biasalah cuti beramai-ramai dengan ahli keluarga ni. Tak dapat explore tempat-tempat yang agak ekstreme. Nampaknya macam nak kena repeat la Langkawi tu. hehe...

Untuk trip ke Jogja ni insyaAllah saya akan tulis ikut part seperti biasa ye. Tapi mungkin tak buat entri khas pasal makan sebab pada saya, makanan yang saya makan di sana adalah biasa-biasa saja. Nak cerita pun agak sedey.  :D

Lagi satu nak bagitahu, sejak ada editor blog ni, kemain memekak kalau blog tak berhapdet. Katanya takut basi. Tak pe. Layan je la. Bagus juga ada editor ni. hahaha...Jom layan jom. Kisah Jogja yang menawan hati. Saya pun tak sangka Jogja amat menarik.

Kami merancang trip ke Jogja atau Yogyakarta, Indonesia ni lebih 4 bulan yang lalu. Pergi bertiga sahaja. Sebenarnya nak ke destinasi lain yang lebih jauh, tapi disebabkan ada isu-isu yang agak berbahaya di negara tu, kami tukar ke Jogja saja atas cadangan kawan saya. Apa yang ada di Jogja? Orang Malaysia ni kalau ke Indonesia, tak ke Bandung....Bali la destinasi yang paling popular. Lombok sekarang ni pun dah popular juga. Tapi kisah di Lombok, kakak cantik saya Kella akan cerita, insyaAllah...

Flight Airasia pukul 9.40pagi dan kami sampai di Jogja pada pukul 11.10 pagi waktu Jogja. Lambat sejam. Airportnya kecil lagi dari airport Langkawi. Pintu nak masuk pun saiz pintu rumah saja. Bayangkan ye sebab saya tak sempat ambil gambar. Jenuh beratur dan menyempit kami kat pintu masuk airport Adisucipto tu. Tapi disebabkan tak luas mana, tak perlu jauh menapak.  Pak Slamet supir yang kami tempah, dah sedia menunggu di tempat ketibaan bersama Avanza. Transport kami selama 4 hari di Jogja.



Pintu gerbang yang melambangkan kota Jogja ini adalah kota budaya. Sekali tengok pun dah faham. Macam tu.


#kereta di sana, bukan jenis yang cikai-cikai ye. Jalan pun bersih dan kemas walaupun agak sempit.

Destinasi pertama kami sesampainya di Jogja ialah mencari kedai makan. Kena makan tengah hari dulu sebelum check-in. Dah kelaparan sebab tak tempah makanan masa dalam flight.


Ini rupanya kedai makan bernama Lombok Idjo. Besar kemain dan sangat bersih.


Tu dia nombor telefonnya kalau sampai di sana teringin nak mencuba menu-menu di restoran ni.


#menu-menu yang sama macam kita tengok di Wong Solo atau kedai-kedai ayam penyet yang ada kat Malaysia. Tapi ejaan sila jangan confuse ya. Huruf Y ditukar J. Itu sebab Yogya jadi Jogja. Ayam jadi ajam. hehehe... Tapi diorang sebut ayam juga. Idak le sebut ajam ye u ols...


#yang kami order? Sebijik sama dengan kat Malaysia jugak. Kangkung goreng belacan, ikan goreng/bakar, tauhu dan tempe goreng, sayur asam dan sambal yang super pedas. Rasa nak menggelupur kepedasan kitorang dibuatnya. hahaha....

Tapi nasi di sana memang terbaik. Sedapnya lain macam. Semua tempat, rasa nasinya sama. Sayur asam tu super fresh rasanya. Manis masam dan pedas seiringan. Kiranya masakan diorang ni, manis dan pedas. Semua tempat adalah sama. Pedas belaka.

Lepas makan, kami bergerak ke hotel Grage Ramayana di jalan Malioboro yang sangat popular di Jogja. Sepanjang perjalanan adalah agak macet. Jammed kata orang putih. Tengah hari kot. Orang keluar rehat makan tengah hari.


#kalau di Vietnam, kita boleh nampak penduduknya yang sangat concern dengan habuk dan cahaya matahari sampai bertutup semua bagai. Di Indonesia, pemandangan macam ni pulak yang boleh dilihat. Jalan-jalan utama pun berani naik motorsikal gaya duduk macam ni. Ngeri saya tengok. Dah macam bersiar-siar di tepi pantai pulak gayanya.


#Matahari ialah shopping complex yang agak femes di Indonesia. Tak sempat kami nak menjengah ke sini.


#ini imej Malioboro. Kawasan pelancongan di mana terdapat banyak beca yang menawarkan hanya 5000 rupiah untuk satu perjalanan. Andong sejenis kereta kuda pun banyak. 


Ini la rupa Hotel Grage Ramayana tu. Credit carian Google.


#saya uruskan pasal flight, Lyn uruskan pasal hotel. Tu dia tengah sibuk berurusan untuk check-in di kaunter.


#yang ni pulak pengurus tentatif dan supir. Settle semua, jom check-in.


Ini la rupa bilik kami di Hotel Grage Ramayana di Yogyakarta / Jogja. Luas dan selesa.



Bilik air pun kemain luas dan selesa. Nak menari zumba dalam ni pun boleh.



Ini katil kami bertiga. Katil saiz king. Saiz queen jangan dibuat tido bertiga. Kang ada pulak yang terjun katil. hahaha...

Jogja - Part 2
Jogja - Part 10 (last part)


*bersambung...


0 Comments