Assalamualaikum wbt...bismillah....
Lepas solat, bergegas ke destinasi seterusnya. Candi Borobudur di Kabupaten Magelang, Jawa Tengah. Apa yang bestnya candi ni? Satu, ia adalah tapak warisan dunia UNESCO. Dua, ia adalah lambang ketinggian rekacipta manusia di zaman silam di mana teknologi canggih belum ada. Tiga, ia adalah monumen Buddha yang terbesar di dunia tapi uniknya Borobudur tiada tempat pemujaan. Macam piramid tapi lebih detail dengan stupa dan pelbagai ukiran batu di dinding. Umpama tempat bercerita. Last but not least, Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana. Aiyyooo.....dah nak macam nama saya tu!
#pintu gerbang Jawa Tengah. Oh. i like honda jazz kaler pink tu. huhu...
Dulu-dulu masa zaman sekolah, cikgu bagitahu kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, tanahnya sangat subur untuk pertanian. Di sini, saya melihat kebesaran Allah ini. Di sebalik kepayahan dan kerisauan tinggal berdekatan dengan gunung berapi, Allah kurniakan rezeki yang luas buat mereka. Semua tanaman hidup subur di sini dan tiada tanah terbiar yang dibazirkan begitu saja. Mari tanam apa saja yang boleh, kekdahnya.
#macam-macam ada.
Sampai di Borobudur dah pukul 3 petang waktu Jogja. Maknanya kena cepat sebab di sini, belum pun pukul 6, dah masuk waktu maghrib.
#ada la pulak tulisan Jawa kat bawah tu yang ala-ala sanskrit. Teringat pulak cerita Puteri Gunung Ledang.
Mas Slamet (kami panggil dia mas, bukan pak) cadangkan tempoh kami di Borobudur hanya 2 jam. Tapi saya dengan penuh yakin memberitahu 1 jam pun dah cukup. Punya la eksyen macam saya pulak orang Jogja. hehe...
Maka di sinilah kisah sadis kami bermula. Laju-laju beratur kat kaunter tiket untuk rakyat Indonesia. Konon-konon kot-kot la dapat menyelit sekali beli harga tiket IDR30 000 tu. Sekali, penjaga kaunter tu minta kad pengenalan. Si Lyn dan Wai dah gigih speaking Indon dah. Yang saya pulak dia minta kartu means ic la. Tapi sebab takde, saya tunjuk la passport. Dah kantoi......
Apa punya sengal la kitorang ni, ingat diorang tu tak tau? Tengok tudung pun dah tau bukan orang Indonesia. Lagi mau gigih speaking Indon..kah kah kah.....
#kami bertiga diarahkan ke kaunter international. Rasa nak pitam tengok harga tiket masuk ke Borobudur.
Ya Allah, apesal kitorang careless sangat ni? Takde siapa yang google harga tiket masuk ke Borobudur. Duit udah la bawa ciput je. Katanya nak berjalan je kan. Bajet trip katanya. Tapi tak sangka pulak macam ni. IDR 240 000 koraanggg..huhu....
Kitorang dah berlegar-legar je kat kaunter tu. Nak masuk ke idak ni? Bincang punya bincang, wehh....kita bukan setakat dah sampai Jogja, dah sampai pintu masuk Borobudur ni pun. Takkan tak masuk pulak. Jauh beribu batu kot. Tapi membebel tak puas hati usah kira la. Di malaysia, kalau tiket masuk untuk orang Malaysia, harganya takde la jauh beza sangat. Ini IDR 30 000 berbanding IDR 240 000, mau tak hangen, kan? T_T
Gila mahal UNESCO ni charge. Angkara harga tiket yang macam ni, kami batalkan lawatan masuk ke Candi Prambanan yang turut di bawah UNESCO. Harga masuk pun lebih kurang sama. Oh tidaakkk....
Jenuh pujuk gadis sweet kat kaunter tu, tapi maaflah. Memang dia sangat kebal dengan segala alasan. hahaha...
Maka masuklah kami ke kawasan Borobudur dengan menaiki trem yang perlu bayar IDR 2000 dan diberikan air mineral. Sape kata bercuti di Indonesia murah, wehh??? Kitorang jenuh membayar segala mak nenek parking walaupun langsung takde rupa parking atau tak relevan langsung digelar parking.
Tak seperti candi-candi lain yang terletak berhampiran tempat tinggal penduduk, Borobudur agak terpencil. Berkeluasan 2.5km persegi, nak masuk berjalan kaki memang jenuh la.Landskap adalah agak menarik di persekitaran Borobudur. Banyak pokok buah.
Gajah pun ada.
Kena jauh menapak dari trem ke sini. Borobudur jauh lagi nun di belakang.
Akhirnya sampai juga. Dapat juga melihat dari dekat binaan Borobudur ini . Walau banyak kali tertimbus debu gunung berapi, tinggalan sejarah ini masih dapat dibaikpulih dan masih kukuh. Hebatnya manusia pada zaman dulu dapat membina Borobudur demi kepercayaan mereka. Tapi tu la. Fikir banyak kali juga nak panjat tangganya yang curam tu. Letih menapak tak hilang lagi.
Copy sikit dari Wiki :
Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.
Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades.
#pandangan dari udara. Bagi clear sikit rupanya.
-carian Google.
Carian Google. Saya terpaksa cari kat google sebab semasa kami di sana, kami langsung tak belek ukiran ni. Gigih bergambar sendiri je kekdahnya. Katanya banyak ukiran porno. Tak perasan pun. hahaha....
Tengok latarbelakang, boleh. Tengok orangnya pun boleh. hehe...
Nak menyebok juga.
Luv this pic so much. Memang aneh. Gigih menapak, Gigih mendaki demi ke puncak Borobudur. Tapi sampai di atas, ciptaan Ilahi juga yang dipandang dengan penuh asyik. Tiada di antara kami yang kagum dengan apa yang ada di atas sana. Tak teringin pun nak menyentuh patung-patung di dalam stupa yang dikatakan akan memanjang umur sesiapa yang menyentuhnya. Kami hanya sibuk memandang sekeliling Borobudur. Bukan pada Borobudur itu sendiri. Benarlah...berjalan jauh akan lebih mendekatkan diri kepada Allah jika kita ingin melihat kebesaranNya.
Perjalanan turun yang agak scary. huhu.. Tapi lega akhirnya selamat turun.
Tak aciii.....gambar Lyn cantik kat sini. Oh ye, skirt batik Borobudur tu diberikan pada geng international. Saja nak pujuk sebab bayar mahal la tu. :p
Jalan nak keluar ke pintu masuk utama, kena melalui banyak gerai jualan souvenir. Tersangkut-sangkut perjalanan kitorang sebab kena tarik. Tipsnya jangan layan. Tapi nak buat macam mana, tuan blog adalah berhati lembut tak tahan dengar rayuan. Makanya lebih IDR100 000 habis kat sini beli t-shirt dan keychain. Adehh.....kalau u ols pergi nanti, sila bertabah ya. Sebabnya yang kat kedai tu jauh lebih murah berbanding geng yang tarik-tarik dan merayu-rayu ni. T_T
Kisah sadis seterusnya, kami merayau-rayau kat parking mencari Mas Slamet supir. Sengal kitorang ni. Nombor telefon tak ambil, gambar plet avanza pun tak snap. Sudahnya, berjalan tak ketahuan la kitorang kat situ sampai kepenatan. Yang kelakar, dah la penat, yang tukang mengekor pun masih ada kat kawasan parking ni. "sariii rotiii.....sariiii rotiii...." lagu si penjual roti yang sibuk mengekor. hahaha.... Tapi masa tu memang rasa nak hempuk kot. Memekak je. Kitorang udah la tengah penat berjalan. :D Nampak je Mas Slamet yang senyum pandang kitorang dari kejauhan, rasa lega ya amat!
Inilah Avanzanya. Dah sampai candi Mendut baru nak snap gambo. Haru betul. ekeke...
Inilah rupa Candi Mendut. Dalamnya ada satu patung Buddha yang besar. Kami tak masuk pun. Snap-snap gambar dari luar je. Dah nak senja kot masa tu. Nak kena bayar lagi. Adehhh.....
Memang Jogja banyak candi macam ni. Kalau Gunung Merapi dan Gunung Sundoro tak meletup, entah berapa banyak lagi yang ada gamaknya.
*bersambung...
Thanx sudi baca.
Luv,
1 Comments
tak apa ah Yana..bayar mahal sikit utk tiket masuk tp pemandangan kat dalam tu sangat2 cantik...
ReplyDelete