Assalamualaikum wbt...bismillah...
Hari terakhir di Jogja, kami check out awal pagi selepas sarapan. Macam-macam tempat juga sempat kami lawat pagi tu seperti Gedung Bank Indonesia, Kantor Pos Besar dan Benteng Vredeburg. Sebelah Benteng Vredeburg tu, terdapat pasar Beringharjo yang menjual batik murah dan batik pekalongan berkualiti tinggi. Di situlah kami shopping serba sedikit. Memang berbaloi nak beli kain batik halus buatan Indonesia di sana. Untuk kain batik lepas yang biasa digunakan untuk jenazah tu, harganya di antara RM15-RM25 sehelai. Tapi disebabkan tiada gambar, kita pendekkan cerita, ye.
#di perkarangan kedai-kedai yang menjual barangan perak yang cantik sangat buatannya. Tapi disebabkan gambar semua dah takde, gambar selfie je la yang boleh ditontonkan. hahaha.... (sila bertabah ye)
Di dalam kedai membuat barangan perak ni, kami ditunjukkan cara-cara membuat barangan hiasan perak dari awal sehingga siap. Masya Allah, sabarnya mereka. Teliti sungguh! Kalau harganya agak mahal, janganlah komplen banyak sangat. Memang azab nak buat. Saya yang menengoknya pun terasa siksanya nak menyiapkan satu-satu eksesori tu. huhu...
Kedai barangan perak ni sangat cantik, tau. Banyak sangat saya ambil gambar di kedai ni termasuk eksesori perak yang cantik-cantik tu. Rambang mata woo....nasib baik saya dah sengkek. Kalau tak, mau saya rembat rantai tangan satu.
Balik dari lawatan ke kedai barangan perak, singgah pulak ke lot-lot kedai yang menjual barangan kulit. Hari sebelumnya melawat kedai-kedai barangan seramik. Mak aii...sepanjang jalan yang berkilometer tu semuanya menjual seramik. Yang barangan perak dan kulit pun macam tu jugak. Dahsyatnya persaingan. Harga memang sangat menarik hati. Cuma terselamatnya kami bukan datang niat nak berniaga dan bershopping sakan. Tapi seperti yang diperkatakan orang tu memang benar belaka. Orang Indonesia memang berbakat dalam kerja-kerja pertukangan dan kraftangan. Naik melopong je tengok hasil kerjatangan mereka yang cantik-cantik tu.
Kami sempat juga melawat kilang pembuatan coklat berjenama Cokelat Monggo yang tak nampak macam kilang pun. Sangat santai dan kreatif deconya. Coklat jenama ini merupakan dark chocolate pertama keluaran Indonesia yang direka oleh sorang warga Belgium yang tinggal di Jogja. Dia ni mula-mula berniaga coklat ni dengan menggunakan Vespa tua yang berwarna pink.
#baru tau fungsi vespa pink ni masa entry ni ditaip. Masa kat sinun, posing je taunya. hahaha...
#Monggo bermaksud 'persilakan'. memang kami dipersilakan sangat-sangat. Ada je yang sudi nak jadi cameraman kitorang. Ini di hadapan pintu masuk ke kilang Cokelat Monggo.
Semua pekerja di sini adalah perempuan. Katanya, kaum perempuan buat kerja dengan coklat ni lebih teliti. Cun-cun pulak tu. Tapi saya setakat cerita je la sebab gambar dah takde. Sob sobs..
Perisa Cokelat Monggo ni pulak ada macam-macam. Sampai perisa cili api pun ada! Tapi tak sedap mana pun. hahaha... Jahat punya komen nih! Tapi betul pun. Takde la punya citarasa istimewa sangat yang sampai teringat-ingat macam bingka ubi kayu kat Vietnam nun! Tapi tak tau la pulak kat tekak peminat dark chocolate. Pada saya, memang kureng. Tapi disebabkan bungkusannya unik dan cantik, saya beli la juga dua ketul untuk encik hubby dan anak-anak rasa.
#ini la rupanya. Terpaksa google.
#suka betul lepak kat sini. Macam kat rumah sendiri je. hehe..
Tengahari tu kami lunch di kedai nasi padang. Dah 3 hari makan nasi jenis set ikan tempe sambal je. Hari ke 4 baru merasa nasi padang Jogja. Entah bila nak sampai ke Padang dan Bukit Tinggi nun. Mesti lebih syahdu terkenangkan watak-watak dalam novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck kot. Di Jogja, saya tak study dulu destinasi ni. Main ikut Wai je. Dah balik masa nak tulis entry baru fefeeling sengsorang mengenangkan kisah-kisah mereka yang terdahulu mencipta sejarah tanah Jogja. Bercampur baur perasaan tapi malangnya gagal ditaipkan sekali untuk sesama rasa. Kurang bakat menulis saya ni tapi rasa nak share tu ada. huhu....
#hambek...penuh satu meja.
#eksyen je lebih. Saya makan sotong masak rendang, sambal ijo dan sayur tu aje. Yang lain-lain tu penghias meja je kekdahnya. hehe...
Sebelum gerak ke airport, kami menyinggah beli buah salak dan kuih bakpia. Kuih bakpia ni dianggap oleh-oleh khas Jogja yang wajib dibawa balik. Kuih bakpia Jogja pun kemain femes sampai berkilometer jugalah lot-lot kedai dan kilang membuat bakpia. Tapi yang paling sedap dan paling femes ialah Bakpia Pathok Asli 25. 25 tu maksudnya nombor lot kilang bakpia tu. Memang sedap. Yang ni rasa nyesal juga la beli sikit.
#google.
Ok. Ini rupanya ye. Kalau ke Jogja, pastikan beli yang bakpia 25. Yang nombor-nombor lain tak payah beli. Kami ada rasa juga yang bakpia dari lot-lot lain, tapi tiada yang sedap dan lembut macam bakpia 25.
Rupa-rupanya di airport Indonesia ada cukai airport yang dikenakan sebanyak IDR 100k atau RM40 seorang. Asingkan siap-siap tau takut terguna duit tu untuk shopping. Saya pun tak cukup juga sebab terlebih beli batik. Nasib baik ada Wai. hahaha...
Tentang bajet pula, kos keseluruhan termasuk shopping dalam 1k je. Dah kata bajet trip namanya. Memang semuanya ikut bajet le kan. Dalam bajet-bajet tu, saya dapat beli handbag kait tangan, kasut kulit dan baju-bajan 2 helai seorang untuk kami sefamily. Qisya dapat lebih sbb baju set batik untuk pakai hariannya berharga hanya RM4 sepasang. Seluar batik perca yang kami pakai tu berharga RM10 sehelai. Untuk mak-mak saya, saya belikan kain batik lepas dan pekalongan. Jangan risau, 1k tu cukup InsyaAllah...
Akhirnya tamat juga cerita trip ke Jogja ni. Itupun cerita dah lari tune sikit sebab dah hilang gambar. Harap-harapnya membantu sedikit sebanyak para pembaca yang ingin bercuti ke Jogja. Jogja memang tak mengecewakan. Terima kasih Wai dan Lyn. Kalau korang tak busy, jom bajet untuk trip lain pulak. hahaha...
Terima kasih sudi baca.
Luv,
12 Comments
Ok lah memang murah dah tu :)
ReplyDeleteSetiap bulan wajib warded sebab Asma Kronik
Thank you Yana atas perkongsian cerita.. Very informative.. Suka saya baca..
ReplyDeletewelcome. :)
DeleteThank you Yana atas perkongsian cerita.. Very informative.. Suka saya baca..
ReplyDeletekalau bawa rm500 kesana cukup tak ? imean tak masuk tiket & hotel
ReplyDeleteCukup kalau tak shopping byk2. :)
DeleteAirport tax masa nk blk dari Adicipto Airport Yogyakarta tu kena byr lg ke skrg? bkn ke dlm skrg dh termasuk dlm harga tiket airasia sekali ke? sy dah booking flight to jogja 30hb 5 dan blk 3hb 6 2016.. nk kepastian utk standby bajet.. hehe.. tq
ReplyDeleteAirport tax masa nk blk dari Adicipto Airport Yogyakarta tu kena byr lg ke skrg? bkn ke dlm skrg dh termasuk dlm harga tiket airasia sekali ke? sy dah booking flight to jogja 30hb 5 dan blk 3hb 6 2016.. nk kepastian utk standby bajet.. hehe.. tq
ReplyDeleteskrg x perlu bayar dah. :)
DeleteGood info yana.....tq
ReplyDeleteJeep ke merapi tu bole naik brapa orang?
Hi.. saya nak tanya mengenai pembelian tiket Borobudur dikaunter.. boleh ke orang lain bantu belikan tiket? Atau sorang hanya boleh beli 1 tiket?
ReplyDeleteHi.. saya nak tanya mengenai pembelian tiket Borobudur dikaunter.. boleh ke orang lain bantu belikan tiket? Atau sorang hanya boleh beli 1 tiket?
ReplyDelete