Percutian ke Yogyakarta / Jogja - Part 3 ( Jejamuran dan Taman Pelangi)

Assalamualaikm wbt...bismillah...

Di sebalik kedai makan yang asyik jual menu yang sama, terdapat sebuah restoran di Jogja yang wajib singgah dan cuba menu di situ. Paling femes untuk pencinta makanan kot. Namanya ialah Jejamuran. Diambil dari perkataan jamur yang bermaksud cendawan.

Jejamuran menawarkan pelbagai masakan tradisional khas Indonesia yang berasaskan cendawan. Memang unik dan terbaik. Antaranya ialah sate jamur, tongseng jamur, rendang jamur, asam manis jamur dan pepes jamur. Waahhhh.... itu baru sikit tu. Tapi sebenarnya ada banyak lagi. Air minuman berasaskan cendawan pun ada, tau. Sangatlah kreatif diorang ni. Kami memilih untuk dinner di sini. Sampai di sini hari dah gelap, maka terpaksalah ambil gambar dari internet untuk versi siang.

Credit : Carian Google.


#ini muka-muka happy tunggu makanan sampai.


#romantik sangat la pencahayaan Jejamuran ni. Habis semua gambar jadi malap dan tak berapa menarik.



Ini la menu bajet kitorang. Dah nama pun percutian bajet. Tapi walau nampak sedikit, semuanya cukup. Berkat le tu gamaknya. Kami order sate jamur, tumis jamur, asam manis jamur dan sup jamur. Masya Allah......sangat sedap! Kosnya tak sampai RM30 makan berempat.

Dah habis dinner, kami pun meronda restoran Jejamuran ni. Tak sangka restoran ni besar dan memanjang ke belakang. Kami ingat bahagian depan area kami makan tu je. Explore ke belakang, macam-macam ada kat Jejamuran ni.



#bahagian depan restoran. Moden dan tradisional bergabung.



Siap ada kedai yang menjual souvenir Jejamuran. Memang femes sangat rupanya restoran ni. Hasil lain dari jamur turut dijual di sini. Saya beli kerepek jamur sebungkus. Jadi la buat rasa-rasa sikit sorang.



Inilah rupa pemandangan restoran bahagian belakang. Kemain besar rupa-rupanya. Banyak sangat bahagian untuk ruang makan untuk menghidupkan suasana yang lebih privacy buat pengunjung kot.



Ruang pameran jamu pun turut ada kat sini. Macam-macam jenis jamur ditunjukkan di sini. Bagus untuk menambah ilmu pengetahuan.



Jenis-jenis jamur yang boleh dimakan.

Jejamuran memang sangat menarik. Malaysia patut ada restoran sebegini memandangkan ramai orang suka makan cendawan. Teringat mak saya yang suka masak rendang pedas menggunakan cendawan busut yang besar tu. Rasanya sama macam ayam! Siyes. Amacam? Boleh kot ambil idea ni.

Selepas dinner, kami bergerak ke Taman Pelangi iaitu turut terletaknya Monumen Yogya Kembali. Taman ini dibuat khas untuk aktiviti kekeluargaan. Terdapat hiburan dan permainan untuk anak-anak, ada beca berhias dan pelbagai bentuk lantern. Dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 10 malam, ianya memang khas untuk layan cahaya dari lantern pada waktu malam.


Credit : Carian google



Amboii...seronok budak tu.


Macam ni la gambar malam yang dapat disnap. Nak DSLR jugak la baru ok. huhu...



Ini namanya sebuah kegigihan. Tak nampak pun tapi beria-ia dok posing. hahaha...



Yang ni cantik.


Sekuntum bunga lantern. Cantik dop?

Nak masuk ke sini, seperti biasa kena bayar parking bertingkat-tingkat. Entah apa punya sistem tak tau la. Bayaran masuk pulak IDR 15 000 seorang. Ini baru hari pertama. huhu....



*bersambung..

Terima kasih, sudi baca.
Luv,



1 Comments

  1. perghh cendawan... kalo ayie mmg suka cendawan goreng lps tu mkn dgn nasi panas2.. mmg terbaik.. hehe

    ReplyDelete