Monday, 9 February 2015

Pakai tudung awning, macam bibik?

Assalamualaikum wbt....bismillah..

Lama tak citer pasal anak teruna sayangku yang bernama Amsyar tu. Dia sekarang dah makin tembam. Jadi bahan aunty2 dan uncle2 dia je kalau berjumpa. Dia ni memang macam2. Lepas hari raya aritu tertinggal dalam bas. Terpaksa la mama dengan abah jadi best fren polis siap macam masuk drama gerak khas lagi. Pengalaman yang sangat menakutkan buat kitorang. Rasa nak pecah dada mama ni risaukan Amsyar. Tau tak?

Sejak selera makan menjadi-jadi ni, time nak tido pun masih lapar lagi. Hadoiii.......mana tak besor? Saya siap jumpa doktor pakar lagi pasal selera makan dia ni. Tapi doktor cakap, ini normal. Dia nak makan, bagi je.  Adoyaiii...mama ni risau kot2 kecik lagi dah ditimpa macam2 penyakit. Tapi dia ni kategori aktif juga. Mama time balik keje tengok dia main bola, nampak yang gendut tengah berlari tu dia, rasa lega jugak la. Hehe...

Pastu dah makin beso ni, rajin pulak la komen2 cara pemakaian mama dia.  Dua hari lepas, tengah siap-siap nak pi keje, dia boleh komen macam ni. "Mama kalau pakai mekap dan shawl memang cantik. Tapi kalau pakai tudung awning, nampak macam bibik." Dengan nada rendah ye. Tapi mama punya sentap. Menyucuk jugak tuh! Hahaha.... amboiiii...kemain abang ye komen macam tu kat mama. Ini kes tak sempat le. Pegi keje je pun. Bukan cun pun baju korporat tu kalau nak melawa pun. Huhu...

Masa ambik gambo dengan Ashraff Muslim pun boleh pulak dia komen depan2. "Tak kenal le, tapi macam penah nampak kat dalam tv." Hahaha....bertabah je la Uncle Ashraff oiii....ini budak agak buta retis. :D

Yang Qisya punya drama pun boleh tahan juga. Tapi dah masuk minggu kedua kat Pasti, dah ok sikit la dia tu. Seronok tulis-tulis. Baca-baca pun ok juga. Tapi komen-komen dia pun sama naik jugak dengan drama dia kadang2. Hari tu masa kat ruang menunggu hospitak  KPJ, boleh pulak dia jerit kuat2, " Mama! Saye lapar! Tengok perut saya ni dah kempis!" Sambil zappp...angkat baju tayang perut!  Adoiii.....bab menjatuhkan reputasi mama, sangat la excellent wahai Qisya Audrra! Grrr......rasa nak cubit je perut tu.

Tapi bila nak tido, sembang2 dulu dengan dia. "Saye saayang mama sampai bile2. Nanti saye masakkan untuk mama bila mama dah tua. Mama nak makan apa bila dah tua nanti?" Alahai cinteee.... T_T

Jangan ditanya cinta mama padamu sampailah suatu hari, kamu pula yang menjadi seorang ibu....pasti kamu tahu.



7 comments:

  1. bertabahlah wahai mama bila dikata mcm bibik heehe

    ReplyDelete
  2. sy dulu masa mula2 pakai tudung awning pun rasa muka macam bibik.

    ReplyDelete
  3. Saya tag awak. Heee :)
    http://farishaadnan.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html

    ReplyDelete
  4. Hi, Nice site I enjoyed reading it. Thanks for sharing. Would it be possible if I contact you through your email? Please email me back. Thanks!

    Aaron Grey
    aarongrey112 at gmail.com

    ReplyDelete