Wednesday, 9 September 2015

Ratu selfie yang kalah

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Semalam pegi bawa anak-anak buat passport kat Putrajaya. Ambil peluang sementara Amsyar cuti sebab exam UPSR kat sekolah. Memang aman damai la sebab tidak terlalu ramai orang yang pegi buat passport waktu-waktu macam ni, belum lagi hujung tahun kekdahnya kan?

Memang ok la. Dua-dua happy sebab tau buat passport ni maknanya nak pergi airport. Nak naik kapal terbang. Yang si Qisya siap suruh bawak beg besor tu. Adoi laaa.....lambat lagi la anak oiiittt...
Masa kat imigresen tu, kemain banyak snap gambar selfie. Kejap pakai spek, kejap x pakai spek. Macam-macam gaya dibuatnya. Ratu selfie katakan...


Macam-macam diangkutnya dalam beg dia tu. Termasuklah lipstik mama.  Patut lama tak nampak. Huhu...

Masa Amsyar ambik gambar kat kaunter tu, Qisya ok lagi. Tapi bila tiba giliran dia pulak yang nak ambik gambar, boleh menangis buat ragam sebab takutkan kamera yang boleh gerak ke atas ke bawah kat kaunter tu. Terperasan jugak orang-orang yang menunggu tu dah start gelak-gelak tengok karenah Qisya. Adehhh....malu la mama Qisya oiii...buat ragam depan-depan orang ramai macam tu.

Mana boleh tahan nak tunggu dia ok balik. Tak makan saman dah budak kecik ni sekarang ni. Pegawai kat kaunter tu suruh pegi ambik gambar kat kedai lepas tu datang balik bawa sekeping je gambar. Makanya jenuh la kitorang menapak balik ke bangunan sebelah untuk cari kedai yang guna kamera biasa. 

Masa kat kedai gambar tu, rajuk belum habis lagi. Jenuh pujuk tapi muka usah kata la. Ketat ya amat! Masa tunggu passport lebih kurang sejam tu dia ok dah sebab dapat gula-gula dari abah yang rajin sangat melayan ragam dia tu.



Sekali dah siap, inilah hasilnya.  Tetibe dia melalak balik sebab tengok gambar dia yang camtu. Dia mana boleh tahan tengok gambar buruk-buruk ni. Hahaha.. Hadap la muka kat passport yang ketat sendat ni selama 5 tahun ye adik. Penat mama melayan ragam adik tu. Lain kali jangan buat hal lagi. Macam mana la ratu selfie boleh kalah dengan kamera? Mama pun pelik..hahaha....





3 comments: