Percutian ke Lombok - Part 1

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Nikmat yang satu ni melebihi keseronokan membeli harta benda berjenama bagi saya. Kisah percutian ke Lombok ini akan agak panjang kerana destinasi kali ini benar-benar memberikan pengalaman yang super awesome! Harap-harap saya boleh bercerita seperti turut membawa u ols ke sana. Bermula dengan saranan daripada Taufik yang saya dan Kella kenali semasa berada di Vietnam, akhirnya membawa kami ke Lombok, Indonesia. Kata Taufik, Lombok sangat cantik. Semuanya masih dalam keadaan semulajadi. Wahhh menarik. Tambah-tambah lepas tengok swing cantik dalam laut tu. Rasa macam unik pulak.


#Ombak Sunset swing yang femes sangat tu. Ihsan google.


#kedudukan Lombok bersebelahan Bali. Dari Lombok ke Bali tak sampai 2 jam perjalanan jika menaiki speedboat.

Itu cerita tahun lepas. Saya pun mengajak kawan-kawan lain untuk turut serta bercuti ke Lombok, tapi masing-masing tak nak. Pendek kata, takut kena ngorat le tu. hahaha.. Tu yang kami ke Jogja dulu tu. Tapi jodoh dengan Kella panjang, akhirnya dapat juga kami bersama-sama ke Lombok yang turut disertai Mila.

Sejak membeli tiket flight, saya dah start study mengenai Lombok. Lombok = WET. Makanya haruslah menyediakan keperluan yang mengelak kebasahan seperti beg water proof dan sarung handphone. Paling mustahak, mestilah memakai kasut getah. Tak mampu beli kasut jenama Crocs, beli je yang tiruan. Yang penting, material getah. Kella nak ketawakan saya kalau saya pakai kasut tu naik flight, tapi saya ignore je sebab malas nak angkut banyak kasut. Lagi pun bawak cabin beg je. Tak check in luggage. 20kg pun dah RM58 kau. Mahal betul. So, pandai-pandai la susun dalam beg untuk keperluan 5 hari.


#water proof bag (boleh sandang belakang) berharga RM60. Sarung handphone bertali (RM35) dan kasut jelly ala2 Crocs (RM30). Semua ni wajib ada. Kasut tu terlebih saiz pulak. Saiz 9. Sape nak, bole pm saya ya.


#ini beg orang yang takde style bila travel. Kepada yang ada style tu, mesti la nak angkut topi, cardigan atau dress2 pantai yang cantik tu. Rugi wooo kalau tak photoshoot kat Lombok. Pemandangan adalah sangat cantik. Selfie banyak2. Kalau pergi dengan orang yang ada kamera canggih atau pandai mengambil gambar, jangan lepaskan peluang. Gunakan habis-habisan. hehehe...


#Hanya Airasia je yang menawarkan penerbangan terus ke Lombok. Tiket yang kami beli adalah berharga RM400 untuk pergi dan balik. Terlepas yang murah. Tak mengapalah. Lagi dua next trip dapat harga murah.  :D

Cuaca berjerebu ketika di KLIA. Risau juga kalau kena delay flight. Tak kuasa nak menunggu. huhu.. Tapi nasib baiklah tak delay. Elok je melepasi Sumatera, cuaca terang benderang tiada jerebu.


#happynya bila ternampak Gili Terawangan ( pulau yang paling besar) ketika hampir mendarat. Di situlah kami akan tinggal selama 2 malam di Lombok.


#Bumi Lombok adalah agak kering berbanding Bali. 


#perkampungan pun kecil-kecil beserta rumah yang kecil-kecil juga.


#Selepas berada di dalam flight selama 3 jam lebih, hello Lombok! Airport Lombok lebih besar dan selesa berbanding airport-airport lain di Indonesia, hokeyyy... Banyak kedai untuk shopping last minute.



#Alhamdulillah....akhirnya sampai juga ke Lombok. Destinasi percutian yang diidamkan hampir dua tahun lalu...


*bersambung..




10 Comments

  1. Lombok banyak permandangan yg cantik2..sy pun ada impian nak ke sana suatu hari nanti..doakan tercapai! :)

    ReplyDelete
  2. lombok terkenal dengan kisah larikan anak gadis atau wanita..

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  3. cantik betul pemandangan di sana

    ReplyDelete
  4. Salam singgah dari (wanita garam dan gula) best2 suka baca pasal cuti2....selalu dengo cerita anak dara kite di larikan lelaki lombok je sebelom ni...kikiki....cecepat up n3 sambungan ye dah tak sabo....hahaha

    ReplyDelete
  5. pandangan dari atas indonesia memang lawa

    ReplyDelete
  6. wah entry tentang lombok yg paling latest...
    suka2~ tgh blog walking since out trip to lombok is this coming December!

    ReplyDelete
  7. Nak ke lombok minggu depan.tengah cari info..terterjah kesini..

    ReplyDelete
  8. best sngt2 lombok ni,setiap kli pg bali otak slalu fikir nk pg lombok!

    ReplyDelete
  9. salam, u ada amik supir kan? blh share contact dia tak?

    ReplyDelete