Monday, 18 January 2016

Fesyen Terkini untuk Remaja Perempuan


Fesyen Terkini untuk Remaja Perempuan

Saya ada beberapa orang anak saudara perempuan yang kini meningkat remaja. Kemain sakan suka bergaya masing-masing sebab sejak sekolah rendah lagi mereka sudah tahu memilih fesyen yang diminati dan terkini.
Tidak dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan yang paling berani bereksperimen dan mencuba gaya fesyen yang terbaru. Oleh yang demikian, kita boleh lihat koleksi pakaian remaja biasanya boleh ditemui dalam aneka pilihan yang unik dan menarik perhatian ramai. Zaman remaja lah zaman yang terbaik untuk mencuba pelbagai perkara baru. Setuju? Begitu juga dengan citarasa berfesyen dan oleh itu juga, mari kita lihat apakah fesyen terkini untuk remaja perempuan yang kini sedang trending di kalangan para penggemar fesyen;


1.      Sweatshirts

Perasan tak trend pemakaian sweatshirt sememangnya digemari ramai remaja baik mereka yang bertudung mahupun tidak. Cuaca negara kita yang panas tidak sama sekali menghalang para remaja untuk tampil bergaya dengan koleksi sweatshirt yang amat selesa dipakai dan ringkas.



2.      Maxi Skirts

Fesyen kedua yang turut menjadi pilihan ramai remaja adalah dengan pemakaian koleksi maxi skirts. Antara jenis-jenis maxi skirts yang boleh anda temui di pasaran adalah seperti flared maxi skirts, pleated maxi skirts, peplum maxi skirts dan banyak lagi.



3.      Long Cardigans

Begitu juga dengan trend pemakaian outerwear seperti cardigans dan yang menjadi pilihan favourite pastinya koleksi long cardigans. Ia amat selesa digayakan untuk bersantai.



4.      Maxi Dress

Seterusnya pula adalah pemakaian koleksi maxi dress yang sesuai digayakan ke mana sahaja. Ia boleh digayakan sebagai pakaian formal mahupun dipakai ketika ingin menghadiri majlis yang istimewa.



2.      Harem Pants

Dan trend fesyen yang terakhir adalah pemakaian koleksi harem pants yang sememangnya selesa dipakai sepanjang hari!



9 comments:

  1. semua fashion kat atas tu opi suka pakai :)

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wbt..nk tny telekung lace kat muka masih jual ke? Klu masih berminat nak beli

    ReplyDelete