Wednesday, 4 May 2016

Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 4

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Sepanjang perjalanan memang tak mengantuk melihat pemandangan sekeliling. Gabungan gunung, tasik, sawah padi dan pokok kelapa memang mengasyikkan. Tapi disebabkan jalan yang sempit, tiada ruang untuk menghentikan kenderaan dan mengambil gambar.


Inilah hasil kualiti gambar dari handphone yang berada dalam kenderaan bergerak. Bergegar. Agak gelap sebab cermin tinted tapi masih nampak keindahan itu, kan? hehe...


Nampak tak sempit jalan tu macam mana? Nak berselisih memang agak mencabar. Tapi tak perlu risau, supir memang penduduk tempatan. Sudah biasa kekdahnya.


Dari kejauhan sayup-sayup kelihatan Puncak Lawang. Memang teruja sangat nak pergi tempat ni.


Di Puncak Lawang yang indah. Sayup di bawah, kelihatan Tasik Maninjau yang indah bak lukisan. Saya ada mengambil banyak video di Puncak Lawang ni. Boleh follow instagram saya di yanahalim99 kalau nak tengok. Wah...sempat promote. kikiki...


Hutan pine adalah jenis hutan tercantik. Memang feeling sangat la tempat-tempat tinggi macam ni. Rasa macam kat negara yang ada 4 musim je. Ye laa...nak pergi ke India ke, Switzerland ke...macam entah bila je kan. So, perasan2 je la dulu kat sini.  hehe...


Puncak Lawang ni memang tempat ramai anak muda berkumpul melakukan pelbagai aktiviti. Antaranya paragliding, panjat-panjat dan lain-lain. Memang seronok nampaknya. Tapi paling banyak aktiviti di sini, aktiviti bergambarlah. Rugi kot tak ambil gambar banyak-banyak kat sini. Kat atas Puncak Lawang ni pun ramai orang berniaga. Harganya pun agak menarik. Beg telekung sulam yang cantik tu berharga RM15 sahaja.


Turun dari Puncak Lawang, kami membeli jagung rebus cheese ni. Manis berkrim. Orang Indonesia memang kreatif dalam mencipta menu baru.


Saya suka pemandangan cantik macam ni. Sesiapa yang suka kutuk kata pergi Indonesia tak best, tak cantik....silap besarlah. Pergi dulu, baru nilai...ok?



Perjalanan pulang ke kota Bukittinggi disajikan lagi pemandangan indah sawah padi di kiri kanan jalan.


Dedek ajak ke kedai jajan dulu untuk ole-ole. Kedai ole-ole yang dipilih ialah Ummi Aufa Hakim. 


Macam-macam ada sampai pening nak pilih. Terlalu banyak pilihan. Semua nampak macam sedap. Saya ni sudah la hantu kerepek.


Antara hasil belian. Saya beli susu coklat tu sebab nak rasa adakah rasanya sama sedap seperti susu coklat Dutch Lady yang ada di Malaysia. Rasanya? Tak lemak. Manis melenting nak habaq. Orang sana suka citarasa begitu kot.


Dinner malam kedua di Bukittinggi. Sedap sangat nak bagitahu. Lapar kot. hahaha...


Happening sungguh malam minggu di Bukittinggi. Siap ada mainan pusing2 kecik ni. Cute je tengok. Kat Malaysia tak pernah tengok, nampak benda alah ni kat sini menjakun la kejap. Ralit je tengok budak-budak tu bergumbira. Kalau Qisya ada ni, mau dia buat ragam nak naik jugak. hehe..




* bersambung...


4 comments:

  1. Akhirnya baru berani nak tinggal jejak kat sini.. Salam kenalan dari rakan baru... Cantik gambar2 akak ambil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy! baru le ada bukti maha dtg blog akak ni. hahaha...
      Tq Maha. Gambo x edit apa2 pun. x sempat. :D

      Delete