Thursday, 20 October 2016

Mios Kitchen Bandar Kinrara

Assalamualaikum wbt... salam sejahtera..

Hari ni dinner annivesary di Mios Kitchen sebab encik hubby teringin sangat nak makan western food katanya. Lagi pun Mios Kitchen Bandar Kinrara ni paling dekat dengan rumah kami. Sempat la nak maghrib di rumah. Saya ni kalau dah naik ke rumah, memang bercinta sungguh nak keluar balik. Makanya jom dating lepas balik kerja.



Cawangan Mios Kitchen di Bandar Kinrara terletak di foodcourt BK4. Premis yang di hujung sekali. Menyediakan pelbagai jenis menu western. Harganya sangat berpatutan, tau. Korang pasti terkejut tengok harganya berbanding saiz hidangan. Saya pun dah terkejut pada hari kejadian. hahaha...


Selain menghidangkan menu-menu lazat western style tu, Mior Kitchen Bandar Kinrara turut membuat servis untuk event-event. Macam best, je kan? Sesiapa berminat, silalah hubungi nombor telefon yang tertera di dalam gambar di atas. Saya ambil dari page Mios Kitchen. Boleh cakap terus dengan brader-brader bernama Mior tu. Depa ni adik-beradik. Peramah pulak tu. 


U olls mesti nak tau apa yang saya order, kan? Ini diaaaa.....kombo lamb chop dan chicken chop bertingkek-tingkek dan kombo appertizer dalam pinggan sepanjang 2' (kaki)!! Giler besaarrr....bole habis?? hahaha...


Tu dia aaiihhhh.....



Korang bayangkan 4 hidangan dalam satu pinggan. Inilah dia....boleh kongsi beramai-ramai..



Yang ni closed up sikit rupa gandingan french fries ...nachos...salad ...whip potatoes and meatballs.....



Dating dengan anak-anak sekali. Takde makna nak dating berdua melainkan time kitorang cuti, depa berdua kat sekolah. kikiki...

Terima kasih En. Mior sudi bagi diskaun 50% sempena anniversary kami ni. Semoga bisnes makin maju jaya hendaknya.


Yana Halim. :)

5 comments:

  1. Terima kasih puan yana!!..sbb sudi memilih MIOS KITCHEN sebagai tempat meraikan ulangtahun perkahwinan..dan terima kasih juga kepada komen2 yg sgt positive...from MIOS KITCHEN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih en. Mior. Alhamdulillah....byk pageviews untuk entri ini. Harap membantu. 😊

      Delete
  2. Boleh bagi alamat penuh tak? Tak jumpa Kat waze atau Google.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Alamatnya no 1, medan selera Bandar Kinrara 4, puchong

      Delete
  3. woww macam sedap je heheh bolehla bwk family makan ni. menu yg akak makan ni berapa agak agak eh hihiii

    ReplyDelete