Jalan-jalan di Perth - Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers... :)

Setengah hari di Caversham Wildlife Park rasanya dah berkilo-kilo meter kami menapak pusing-pusing dalam tu. Nama entri pun jalan-jalan di Perth, sesungguhnya kami memang betul-betul menggunakan tenaga untuk berjalan sejauh yang mungkin. Ecewaahh...

Kami sempat solat di Masjid Perth di William Street ni. Aman damai je masjid ni masa kami di sini rupa-rupanya setahun sebelumnya pernah ada serangan bom petrol di pintu masjid ini. Alhamdulillah bangunan masjid tidak mengalami sebarang kerosakan.


Usai solat, kami meneruskan perjalanan di bandar Perth. Cuaca sejuk tidak membuatkan kami lapar. Kenapa kalau di negara sendiri, pantang hujan je perut berkeroncong lapar biskut kering cicah kopi o pun jadi sedap sangat. Hairan betul. Di sini, semangat nak melihat tempat orang sampai tak rasa nak makan. Perjalanan dari William Street ke Hay Street  di mana terletaknya London Court, kami menapak selaju mungkin untuk menjimatkan masa. 



# Winter di Perth menyebabkan pokok pinggiran jalan menjadi gondol.

Google sikit info tentang London Court dan Hay Street.

Hay street & Murray Street is one of the famous shopping streets in Perth.  It is located in the heart of the city with easy access. The malls are close to the central Perth train station. The street is common place for locals and tourist to shop. There are also many attractions around the mall like state library, museum and art galleries. Here you will find high end department stores like Myers and David Jones. You also can find many brands from high end brands to normal ones. You will find apparels, accessories, gemstones, jewellery, shoes, leather, bakery, bookstores, souvenirs, home decorations, aborigin arts, and et. There are no known Halal restaurants around, however there are many cafe's and coffee shops along the street  where you can relax after your shopping spree and watch the world go by as you sip your espresso. 


# Hay Street. Banyak butik yang menjual baju musim panas murah-murah di sini. Blouse cantik-cantik hanya AUD9.90 saja tau. Jangan ingat butik macam mahal, kita pun tak berani masuk. Banyak je pilihan sebenarnya. Tapi tiada niat shopping dalam senarai, masuk jenguk-jenguk saja.



#mana boleh lupa negara asal usul. Orang London yang homesick bolehlah melepaskan rindu di sini. Ala-ala di London jugak tu.

London Court historical tudor England themed arcade in Perth CBD, built 1937 and one of Perth’s best loved heritage listed shopping destinations, only 120m long in the centre of town, although several stories the main attraction is the architecture and the themed medieval clocks at each end



#buat macam negara sendiri berphotoshoot. :D



Perjalanan diteruskan ke Elizabeth Quay tapi di tengah perjalanan, tiba-tiba hujan lebat menyebabkan kami menumpang teduh sebentar di tepi stesen train. 



Hujan dan kesejukan ini bukan calang-calang. 



Kegigihan kami menapak dalam bandar Perth ini juga pun bukan calang-calang. Jauh betul.



Satu petua untuk elak keletihan ialah memandang ke tempat kita menapak. Tempat  dituju yang jauh tidak rasa terlalu jauh. Sila praktikkan.



#banyak elemen landscape di Elizabeth Quay ini. Sangat sesuai untuk photo shoot.



Kami rehat dulu sambil makan bekal yang dibawa. Tiba-tiba ada burung jinak yang nak berkongsi rezeki dengan kami. Comel je beliau. 



Nasi goreng breakfast, lunch dan dinner. hahaha....jimat sangat we all... :D



Menjelang maghrib, suhu turun mendadak dengan ekstrim. Makan sambil menggigil tapi dalam keadaan macam tu pun depa berdua ni buat challenge hafazan 20 surah. Kita pulak kena jadi pengadil. Layankan je la adik2 berdua ni. Kalau tiap bulan kami travel gaya begini, mahu jadi hafizah dah belaka. Khatam 30 juzuk al quran terus. :D



#challenge ni kena undi dulu tau. Baru adil gitu. Lepas habis challenge hafazan, moh la bergambar lagi. Sesi photo shoot kali ini paling panjang di Perth ni. Bukan senang kita nak dapat posing di Spanda ni. Tempat wajib katanya.



Inilah Spanda tu. Memang cantik design dia. Dari jauh pun dah nampak.

The sculpture is located on the landing of Elizabeth Quay. It is meant to represent the links between the river, the land and the sky. The ripples of water are embodied in the design of the pavement and the elliptical bands, which also show its connection to the sky and the universe. Spanda is a Sanskrit word that means 'divine vibration'. 

Gitu dia punya description yang saya cedok dari google.



#dia punya senyum macam takdak apa-apa. Hakikatnya rasa nak berselubung dalam toto. Sejuk bediii...


#suasana malam pun wajib disimpan ya.


Habis photo shoot, menapaklah kami ke Elizabeth Quay train station untuk pulang ke rumah Abang Fauzi. Sempat la bersembang dengan mat salleh tempatan tapi mereka berasal dari Edinburgh, Scotland. Perghh...orang kampung encik hubby rupanya. Peramah kemain sambil depa sangat hairan kami datang Perth waktu winter. Takkan kami nak habaq kami terpedaya dengan tiket murah Airasia kot. hahaha...


*bersambung...






0 Comments