Jalan-jalan di Perth - Part 3


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera readers.. :)

Hari ketiga di Perth, kami breakfast sekadarnya saja di rumah dan terus ke destinasi yang dirancangkan. Keluar awal sebab misi kami adalah jalan-jalan di Perth. Banyak sangat kena menapak katanya. Sebab tu kena rehat cukup dan makan pun kena cukup. Pagi tu Abang Fauzi bawa kami ke Jacob's Ladder dulu.

Tapi jangan hairan pula dengan baju kami ni. Ada ke patut diorang kata nak photo shoot raya haji kenalah pakai jubah. Yelah yelah. Akak korang ni kakak yang baik. Kita follow je la suggestion berkenaan menyebabkan inilah satu-satunya trip selain umrah yang membawa jubah. :D


#simpang masuk ke Jacob's Ladder. Cantik pula tengok daun warna kuning tu.



#kawasan masuk ke Jacob's Ladder ni view sangat cantik. Maklumlah di atas bukit katanya. Pagi-pagi macam ni memang ramai bersenam turun naik Jacob's Ladder tu.


*credit google


#begitu alkisahnya. 242 anak tangga dan berketinggian 43 meter, saya sayangkan lutut saya. Ika dan Datin Tyka gigih la menuruni tangga Jacob's Ladder ni. Saya jadi pemerhati mereka saja mengenangkan jauh lagi nak menapak ni kawan-kawan. Wajiblah simpan tenaga dan boleh tolong snap gambar diorang. Lagi pun pakai jubah kot, lain kali suruh la bawak tracksuit. Korang ni puun...ekekeke... (alasan)



#sambil-sambil ke parking, kita snap-snap dulu ya mana-mana view yang tak macam di Malaysia. Ini  adalah salah satu banglo lama di sana.

Dari Jacob's Ladder, Abang Fauzi menghantar kami ke destinasi wajib lawat di Perth iaitu Kings Park and Botanic Garden di Fraser Avenue. Taman ini tersangatlah cantik dijaga rapi, pemandangannya pula masha Allah sangat memukau sebab kita boleh nampak Swan River dan bandar Perth itu sendiri.


#betul tak? Nampak view Perth di belakang kami yang konon-konon nak beraya aidil adha kat sini. hahaha..

Kings Park is one of the world’s largest and most beautiful inner city parks. It is rich in Aboriginal and European history, contemporary culture and offers innovative design, displays and services. Kings Park has an international reputation for scientific research, leading horticulture, conservation and public education. #credit to tripadvisor.


#belakang tu Swan River tapi tak sempat naik feri dia.

Abang Fauzi belanja kami makan ringan di sini sebelum beliau pergi bertugas meninggalkan kami untuk meneruskan perjalanan. Siap tunjukkan jalan pintas ke Perth's Blue Boat House dari Kings Park ni.


Lepas makan, tukar baju di toilet dulu. Fuhhh lega rasa bila dah tukar baju tapi dressing ala-ala budak kolej la pulak. Ini pun idea depa berdua ni juga ajak pakai baju sama dengan depa. Tak pasal-pasal hakak pun jimat umur 20 tahun. hahaha...



Tumbuhan-tumbuhan renek atau shrub di Perth adalah sangat cantik, u olss. Sebagai orang landskap, pokok-pokok adalah elemen yang penting untuk diperhatikan. Bab ini, saya sangat salute dengan Kings Park ni. Semua pokok native Australia boleh dilihat di sini. Cantik sangat.



#kulayankan aje mereka berdua ini. hahaha...


#jadi perangai 20an balik ni nampak gayanya. :p



 Lepas habis pusing-pusing Kings Park ni, kami pun ikutlah jalan pintas yang ditunjuk abang Fauzi tadi. Mak aiiiii......tersangatlah jauh. Tidaklah 15 minit katanya. Sampai tersesat-sesat kami dibuatnya mencari jalan besar. Nasib baiklah waktu pagi, ramai yang jogging guna trek ni. Oooo.... Kokoda Track namanya. Dapatlah kami bertanya kepada mereka.




#beginilah rupa trek Kokoda Track tersebut.


#menapak dan terus menapak ikut google maps sepanjang jalan Mounts Bay ni.  Kami ingatkan dekat je tapi ya Allah... Baik naik bas nombor 950 dari William Street sebab Blue Boat House ni bukanlah terletak di tempat yang jauh dari orang wahai kawan-kawan, tapi betul-betul tepi jalan je! 


 #masa ni belum tahu lagi yang Blue Boat House tu tepi jalan je, kami pun snap je la gambar sebanyak-banyaknya sepanjang perjalanan. 



#tiba-tiba ternampak la seketul rumah sebatang kara di tengah sungai berwarna biru. Blue boat house kah itu? Tapi disebabkan nampak kerusi, marilah kita lepaskan lelah sebentar. Lagi pun tak nampak orang ramai pun dari lokasi kami duduk tu. Kami pun 'wat lek wat pis' sebab rasa dah dekat tak perlu terkejar-kejar katanya. 



#rupa-rupanya tidak seindah yang kami bayangkan dan apa yang kami lihat di instagram itu nampak macam tiada orang adalah dusta semata. Jenuh beratur rupa-rupanya! hahaha...




#tapi kalau tak bergambar di sini, macam tak pernah sampai Perth pulak kau. Sudah la penat menapak, penat beratur....wajiblah mengabadikan kenangan di sini.


*credit Google


#inilah dia bus stop yang betul-betul terletak depan Blue Boat House tu. Tertipu rupanya. Almaklumlah trip ni diketuai Datin Tyka, saya sangatlah malas study tentang Perth. Follow je kekdahnya. Maaf ye Datin. Lepas ni akak rajin-rajin lagi study sebelum pergi mana-mana trip.


Kami naik bas mencari train ke Fremantle. Cuci mata tengok view perumahan area Crawley dan anak-anak tempatan yang baru balik sekolah. Tambang bas dah tak ingat. hahaha...

Apa yang ada di Fremantle ni? Fremantle adalah bandar pelabuhan antara yang terawal di Australia. Senibina bangunan di sini adalah dari kurun ke 19 di mana banyak bangunan di sini adalah merupakan warisan negara malah turut menjadi warisan dunia UNESCO seperti Fremantle Prison. Katanya penjenayah paling merbahaya pada zaman Empayar British dipenjarakan di sini.

Fremantle Arts Centre dan Fremantle Markets turut dibina pada tahun 1860 dan 1897 menyebabkan bandar ini begitu banyak bangunan bersejarah. Waktu kami tiba menjelang lewat petang menyebabkan pemandangan bandar ini sangat sunyi dan agak menyeramkan. Memang macam pekan koboi je nampak gayanya. Mungkin kerana cuaca sangat sejuk menyebabkan penduduknya lebih suka berada di dalam bangunan.



#bandar Fremantle.


Akhirnya setelah jenuh menapak dan bertanya dengan penduduk sekitar, kami sampai juga ke tepi laut melayan angin pantai.


Sebenarnya banyak sejarah di sini terutamanya sejarah tentang penempatan awal immigran. Tapi tak sempat nak cover semua sebab dah nak maghrib dan tujuan utama kami di sini ialah nak try makan fish n chips di Kailis yang sangat popular tu. Sila jangan kecam. Hahaha..



#bandar pelabuhan mestilah banyak bot dan kapal ye tak. Ini view dari restoran Kailis' Fish Market Cafe yang sangat popular di Western Australia sejak tahun 1928 lagi. Kalau tak makan fish n chips Kailis, diibaratkan kau belum sampai ke Perth katanya.


#deko dalaman retoran. Terlalu ramai manusia di dalamnya sampai segan saya nak ambil gambar. Memang ternyata benar sangkaan saya tadi. Manusia ramai dalam bangunan. Bukannya mereka tak keluar rumah waktu winter macam ni.



#portion fish n chip Kailis berharga AUD11 ni sangatlah besar sampai tak lalu nak makan dibuatnya sebab banyak sangat. Patutnya kami kongsi saja. Sudahnya kami baling pada seagull yang banyak bertenggek di tepi meja kosong di luar cafe. Dah habis baling baru ternampak signboard yang melarang pengunjung memberikan makanan pada seagull yang banyak di sekitar kawasan berdekatan. Sila take note ya.


Yeayyy... misi makan fish n chips dah tercapai. Rasanya tidaklah membuatkan saya teringat-ingat pun. Bezanya hanya saiz berbanding fish n chips yang saya pernah makan. Bolehlah jika nak cuba. Sila baca review di tripadvisor tentang Kailis ni.



Lepas makan, ronda-ronda dulu bandar Fremantle ni. Memang sunyi kecuali di restoran-restoran dan tempat tujuan pelancong membeli souvenir. Jika anda nak membeli souvenir yang murah, saya cadangkan anda membeli di Megabes Souvenirs yang terletak di Fremantle Market. Owner Megabes ni orang Malaysia. Boleh cakap melayu je dengan beliau. Di sini, saya sempat berjumpa ayah si Zahirah Mc Wilson iaitu Zainol Mc Wilson. Sempat bergosip tentang Zahirah dan Zul Ariffin masa tu. Hahaha..


Macam-macam saya beli di sini. Harganya pun murah berbanding tempat lain. Tapi hati-hati pegang barangan kulit ya sebab ada juga yang diperbuat daripada kulit khinzir. Sila tanya dahulu sebelum membeli.

Macam mana kisah sehingga part 3 ni? Dah terasa nak pergi Perth? Sila dapatkan visa anda Visa Australia ETA laju-laju.

*bersambung...

0 Comments