Thursday, 11 July 2019

Jalan-jalan di Perth - Part 4

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... :)

Selesai pusing-pusing Frematle Market dan shopping souvenir di Megabes, kami pun bergerak ke train station nak pulang ke pangkal jalan. Jalan-jalan di Perth di hari ke 3 ini tersangatlah panjang entah berapa puluh ribu langkah kaki ini menapak tapi disebabkan cuaca sejuk dan tidak berpeluh terasa tidaklah penat mana. Boleh gigih lagi ceritanya. 




Sambil jalan-jalan tu tiba-tiba rasa nak ngeteh la pulak. Singgah kejap di Cafe Ali Baba ni. Di Fremantle ni banyak sangat restoran Turki. Ali Baba Cafe ni tak tahu dari negara mana tapi muka orang Arab la yang servis kami malam tu.





Beli macam-macam jenis air supaya dapat kongsi rasa. Sama je macam di Malaysia. Air panas waktu sejuk memang terbaik, le kan?


Banyaknya Datin Tyka membeli belah di Megabes. Jenuh mengangkut tapi nasib baiklah koala2 tu ringan. 





Naik train waktu malam memang tak ramai orang di stesen. Tapi sempatlah juga bermesra dengan orang tempatannya termasuk kakak abang polis. Meriah juga u olss. Tu sebab travel sendiri lagi best sebab lagi banyak tempat boleh tengok dan dapat jumpa lebih ramai orang tempatan sedikit sebanyak memperbaiki skill bahasa Inggeris kita sendiri.

Abang Fauzi jemput kami di stesen lepas tu bawa kami ke kedai kawan dia namanya Makan2 Cafe. Masuk sini ramai sangat orang Malaysia siap ada live band.

Lokasi : 357 Albany Highway, Victoria Park
                                                                               6100 Perth, Western Australia




Sebenarnya di Perth ni tiada langsung masalah mencari makanan halal. Ada 60000 orang melayu di Perth menyebabkan restoran dan cafe Melayu dan masyarakat Muslim di sini banyak pilihan. Kalau tinggal di homestay, nak cari bahan masakan pun senang. Banyak mini market yang jual produk Malaysia. Rasa nak migrate kat sini pulak tiba-tiba. hahaha..



Senarai menu yang dijual. Roti canai pun ada. So?



Kami tunggu Abang Fauzi punya meeting sampai cafe kosong. Kamilah pengunjung terakhir meninggalkan cafe nampaknya. Dari sepenuh-penuh cafe hingga kosong, kau. Jam pun dekat pukul 12 tengah malam, jomlah balik.



Sampai lengang Victoria Park ni wehh... hahaha..



Inilah rupa Makan2 Cafe dari seberang jalan. Nampak mereka berdua yang belum habis berselfie dan kereta Honda Jazz Abang Fauzi.



Ingatkan dah nak balik, tapi Abang Fauzi ajak pergi snap gambar Perth waktu malam dari seberang Swan River. Dalam kesejukan ya amat, tau. Dapatlah tengok rumah-rumah orang paling kaya di Perth di area kami snap gambar ni. Macam-macam cerita Abang Fauzi kongsikan tentang Perth.



Dah malam muka pun selebet tak hengat, tetaplah nak bergambar juga demi berlatarbelakangkan suasana Perth waktu malam. Bukan selalu dapat tengok view macam ni. Haruslah rakam kenangan. Habis borak dan habis sesi bergambar barulah bergerak pulang. Sampai rumahbaru terasa lelahnya.

*bersambung..

No comments:

Post a Comment