Jalan-jalan bersama Jetstar

Biasa sangat dah naik Air Asia ke mana2, apa kata kita try pula naik Jetstar? Pernah dengar tak Jetstar ni? Jetstar ni salah satu penerbangan tambang murah jugalah sama macam Air Asia. Jetstar ni based kat Australia -Jet Star Pty Ltd- merupakan low cost airline yang berpusat di Melbourne yang turut menjadi subsidiary kepada satu lagi Big Airlines company iaitu Qantas. Bagi market Asia, Jetstar Asia ditubuhkan dan berpusat di Singapore. Ha, apa lagi...jom pakat try la naik Jetstar pulak. 


Macam mana nak dapatkan Jetstar flight promo dengan harga murah? Firstly, silalah buka Traveloka, kemudian click flights. Nanti kat page flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia dan cuba  click kat logo Jetstar. Google je Jetstar kalau tak tau. Bila dah click logo tu, kita akan dihantar ke page Jetstar. Kat situ boleh pilih dari mana kita punya flight dan destinasi yang kita nak pergi. Lepas tu, silalah pilih berapa adults yang nak naik. Saya cadangkan pilih 1 dulu. Lepas tu bolehlah pilih seating class ikut bajet kita. Seterusnya pilih tarikh plan nak pergi tu dan last sekali click Search. Nanti akan keluar list of flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas. Senang, kan?

#suatu petang di tugu Merlion.

Kalau ada plan nak ke Singapore, korang boleh dapat harga tiket flight yang murah. Kat page tu boleh book flight to Singapore online dengan harga semurah yang mungkin. Senang nak plan ikut bajet yang ada. Ingat Singapura, ingatlah tugu Merlion ni. Kalau pergi ke Singapore tapi tak bergambar dengan tugu lambang kebanggaan negara ni macam tak lengkap pula rasanya percutian. Tugu yang terletak di Merlion Park ini memiliki rekabentuk yang memang unik, tak pernah dilihat hidupan seperti ini tapi inilah dia simbol Singapura, sebuah negara maju yang pada mulanya hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang digelar Temasek. Sebab itulah badan Merlion ini berbentuk seperti badan ikan, kepalanya pula singa seperti namanya 'Singa'pura ataupun bandar singa. Baru tahu, kan?

credit : naturestops.com

Chestnut Nature Park ialah taman semulajadi yang terbesar di Singapura. Lengkap dengan tempat berteduh, tandas, peta informasi dan laluan khas untuk mendaki serta berbasikal. Bukan hanya aktiviti mendaki dan mountain biking sahaja yang boleh dibuat kat sini, bagi pencinta burung pun sangat best sebab di sini kita boleh tengok pelbagai jenis burung yang bebas berterbangan di sini termasuklah burung terancan Bulbul, Jungle Flycatcher dan banyak lagi. The learning Forest menempatkan lebih daripada 500 spesies tumbuhan, lebih daripada 100 spesies burung, 20 spesies amfibia dan reptilia serta 7 spesies mamalia. Banyak, bukan? Flora dan fauna di The Learning Forest ini terjaga dengantraveloka baik sekali dan cukup memberikan anda sekeluarga ketenangan fikiran. Sudahlah masuk pun percuma, makanya tak ada sebab untuk tidak ke sini.


Image result for parkview museum singapore
credit : tripzilla.com

Park View Museum ialah sebuah muzium yang berkeluasan 1400 kaki persegi yang terletak di Parkview Square. Muzium ini mengumpulkan karya-karya seni kontemporari yang didatangkan daripada pelbagai negara termasuklah karya-karya agung dari Amerika, Itali, Austria, Jerman dan Perancis. Sehingga kini sudah terdapat lebih daripada 10,000 hasil karya yang dikumpulkan. Bagi pencinta seni, semestinya anda akan terkejut bila tahu yang kemasukan ke galeri ini adalah PERCUMA.

# Di Cangi Airport. Jom ke Singapore lagi. Kali ni naik Jetstar pulak. :)

Last sekali, Cangi Airport telah beberapa kali dipilih sebagai sebuah lapangan terbang yang terbaik di dunia. Memang sesuailah Changi Airport mendapatkan anugerah ini sebab ia bukan hanya sebuah lapangan terbang tapi di sini juga terdapatnya panggung wayang yang memaparkan filem-filem terbaru, gimnasium, kolam renang, Game Station, taman permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi. Di terminal-terminalnya pula terletaknya Butterfly Garden, Fern Garden & Koi Pond, Cactus Garden, Orchid Garden & Koi Pond dan akhir sekali adalah Sun Flower & Light Garden. Fuhh! Airportnya pun dah cukup banyak tarikan hebat! Walau pun negara kecik, memang banyak sangat tempat yang boleh kita pergi. Best, kan? Jom pergi Singapore naik Jetstar.





0 Comments