Sambil melayan drama Dejavu di Kinabalu tadi...
saya terfikirkan satu perkara.
Adakah kisah cinta orang-orang kaya ni lebih sweet?
lebih menyentuh hati dan perasaan.
adakah benar juga angkara lebihnya duit?
banyak masa, boleh aje dilayankan.
(ish...macam pantun la pulak. ye dak? hahaha..)
tapi cer fikir balik.
bila tengok watak orang-orang kaya dalam drama tu.
tak kisahlah dalam mana drama-drama pun.
watak-watak mereka beruntung betul dapat melayan karenah percintaan.
bila ada masalah cinta je....boleh pulak tetiba tinggalkan kerja membawa diri ke mana-mana.
tak bertanggungjawab betul.
adegan selalunya kat airport la.
beli tiket, terus keluar negara.
tak pun, bawak kereta laju-laju sampai nyaris accident.
lagi lagi tak pun......pi mabuk-mabuk kat disko.
hoho....drama sungguh!
yang adegan sweet-sweet pulak,
beli present mahal-mahal.
tak pun buat surprise yang gempak-gempak.
lagi lagi tak punnn......beli bunga satu bonet!
wah! boleh pitam mokcik kalau encik hubby buat macam nih. hahaha...
seronok, kan?
banyak duit, ada masa la berdrama.
suka-suka hati layan perasaan.
sampai macam nak meroyan.
kadang-kadang tengok, "eh? diorang ni semua watak tak beriman ke?"
tak percaya, layan la Dejavu di Kinabalu tu.
Uzma yang kecewa, terus bawak beg balik ke Australia.
(macam la family dia asal dari sana. haha.)
Bazli yang serabut fikiran pergi disko sampai mabuk.
Ammar yang macam tak redho awek dah meninggal lebih 3 tahun.
(kemon....melampau betul, ok.)
Nadira yang meroyan entahapehape.
(dah start menyampah nengok watak dia neh..)
Tira yang psycho jugak.
(adehhhh.....takde pelakon lain ka?)
banyak lagilah.
belum lagi bab kemunculan hantu inara dan nadira.
sampai macam tu sekali melayan perasaan.
wakaka......spoil habis dibuatnya.
tapi apa nak buat.
saya adalah insan yang berpijak di bumi nyata.
takde can nak layan feeling-feeling nie.
baru je tadi tinggalkan opis pergi pejabat pos, terkantoi dengan bos pun dah rasa bersalah sangat.
apatah lagi tiba-tiba tinggalkan opis,
pergi airport terus beli tiket ke Kundasang.
mau balik nanti tak ada kerja dah. LOL.....
16 Comments
kan?? mula2 layan drama ni macam ok je.. bila dah lama2 makin nak habis, makin mengarut pulak... macma dorang ni hanya hidup kerana cinta je.. tak ada cinta, life pun out..
ReplyDeleterealiti pon....kisah anak org kaya macam lebih sweeta..ermm. ntahlaa..
ReplyDeletekalo yg drama..memang drama habehh. nak tengok solat? time susah, ada masalah baru nampak kot..
kihkihkih..sungguh nur xlayan citer tu kak.. jadi xdapat nk bygkan..
ReplyDeletecuma betul kata akak, sikit2 nak bw diri keluar negara..dalam drama je kayo..huhu
hahaha..lucu pula eca baca entry akak ne...ahahaha...adooi,xmenahan..nasibla xlayan da ceta ne..kat uma parents,xde geng..klu kat uma sewa,baru layan...
ReplyDeletexmenahan weiii..
layan juga cite ni kak.. hihihiihi
ReplyDeleteorang kaya. kereta mewah, rumah besar, family xsuke, curang, sakit. tu je modal cerita melayu. naik kete, dalam umah, dalam opis. hihihi
Memang betul kot.... macam tulah kehidupan diaorang...semua dapat....
ReplyDeleteOKje nak tunggu KAYA? mmm entahlah...
kita makan roti sapu kaya ja..:)
ReplyDeletehanya lakonan :)
ReplyDeleteciter nih jer memula mcm best,tp bila dah sampai hujung-hujung mcm dah xde modal,bikin meluat adalah,ckit2 fly ke obersea...
ReplyDeleteBanyak yang tak logik... Menyampah2 tengaok Nadira tu, masih layan lagi citer Dejavu tu.. (saya la tu)
ReplyDeleteeh sama la kita..dah menyamph tengok watak nadira tu..macm mengade2 pula kan!!
ReplyDelete*ehh ter emo plak..sorry :)
eh setujula yana..saya pun fikir kenapa mentaliti pengarah drama ni mcm org x ada iman..apa yg dia nak gambarkan sbnrnyee?..sume adegan mcm nmpak x lojik, asal menangis je kecewa jeh, lari, berkurung dlm bilik melalak..x penah solat ke minta bantuan Allah....adehhhhh....tu la dia drama melayu
ReplyDeleteheheh..perenggan last tu best kak yana=)
ReplyDeletesebab tu drama NUR KASIH meletop dulu,,, sbb lain dari yg lain tapi still sweet. even saya layan sikit2 je nur kasih tapi saya rasa cerita tu ada kekuatan. masih menunggu citer macam ni lagi.
ReplyDeletemeluat juga dgn watak nadira (bukan tiz ya) tah pape lah suka sana suka sini pastu tinggalkan yg sana tinggalkan yang sini.
ReplyDeletetapi okay lah kan. citer ni ada la kelainan sikit sbb dia buat kita menyampah kt watak utama. biasa kita sayang sgt kat watak utama.
walau citer DDK ni tiru citer korea, saya still rasa ia satu pembaharuan yg positif.
Of course cinta si kaya lebih sweet...kekekekekke
ReplyDelete