Assalamualaikum...bismillah.. :)

Hujung minggu lalu saya dan family sebelah encik hubby membuat gathering family di Gold Coast Morib Resort.
Semua ahli keluarga dapat menghadirkan diri dan sihat walafiat semuanya untuk bergembira bersama-sama. Alhamdulillah...

Penginapan kami dan semua program tentatif diuruskan adik-adik.
Semua ada tugas masing-masing, daripada book bilik, pengurus kewangan, pengurus program dan makanan semuanya buat bersama-sama.




Sebelum check in, kami berkelah di Pantai Morib.
Bawa pot luck masing-masing kekdahnya.


 #Berjaya dapat wakaf. Gerenti teduh. hehe...



 #Qisya dengan Ireen, Amsyar dengan Ryan. Ariq? Tak dapat join kakak2 dan abang2, happy juga...sweet mcm gegirl pulak.  :)...



 #snap-snap. Sila jangan cari saya sebab yang tukang snap tu semuanya saya.  



#sila makan kenyang-kenyang sebelum masuk air...


Jom tengok bilik penginapan kami di Gold Coast Morib Resort ini.
Jenis bilik yang ditempah ialah 3 Bedroom Apartment.
Harganya ialah RM638 (termasuk 5 breakfast dan 5 tiket water theme park)
Kalau tak cukup tu sila tambah bayaran ye.



 #Ruang makan.



#Ruang makan lagi. Suka lampu bulat ni. Macam bulan.



 #Ruang lepak mengadap flat screen tv 32 inci. Kami ubah kedudukan kerusi untuk solat jemaah. Memang cukup ruang.


 #Dapur.



 #Master bedroom.



 #Bilik kedua. Bilik ketiga terlupa snap.



 #Master bedroom lagi.



#Balkoni yang sangat luas. Lepak kat sini pun best.



 #View dari balkoni.



 #Hadiah-hadiah.


Kami ada buat acara bertukar hadiah di antara family.
Memang kelakar betul angkara kotak kecik berbungkus wrap paper biru tu.
Dah macam kotak beracun. hahaha...
Itu lain kali ye.
Baru Part 1 ni. :D

Mula-mula saya ingatkan adik-adik booking Gold Coast Palma Tree kat Bagan Lalang tu.
Sekali rupa-rupanya Gold Coast Morib Resort.
Tapi memang best la kat sini.
Macam-macam ada... :)

p/s: Dapatkan minyak kelapa dara /VCO dalam bentuk softgel Catalyst yang banyak khasiat ini pada harga istimewa dengan cara inbox saya di FB atau sms 019-2764682. Ejen-ejen dialukan..