Sunday, 13 November 2011

Dah matang ke belum?

Situasinya macam ni. Kalau ada seseorang (kawan ke, ahli keluarga ke...) bercerita tentang si polan-polan yang telah melukakan hati, yang meremukredamkan perasaan, yang menimbulkan kebengangan dan kemarahan si pencerita tadi....opkos la kadang-kadang rasa tensi itu terlepas kat kita yang mendengar ni kan?

Kadang-kadang kita yang tukang mendengar ni pun mesti la terbuai-buai juga perasaan macam si pencerita tadi tu. Sedih dia, sedih kita jugak la kan. Bengang dia, bengang kita jugak la kan. Dah kekdahnya kita nie pendengar yang baik. Nak-nak yang bercerita kat kita tadi orang yang rapat dengan kita lebih daripada si polan yang diceritakan. Mestilah persen nak memihak pada si tukang cerita lebih tinggi.

Tapi bila si polan yang diceritakan tadi muncul, ewah ewaaahhh....bukan main lagi si pencerita tadi melayan macam tiada apa pernah berlaku. Siap sengih-sengih macam kerang busuk lagi. Selonggok beban sakit hati dan tensi dah dihumban kat kita. Geram tak?

Bukan. Jangan salah faham. Quote kat atas tu betul. Saya pun sangat setuju. Saya tak maksudkan si pencerita tadi kena lancarkan perang dingin dengan si polan tu. Apatah lagi perang mulut depan-depan. Main point saya, 'kalo ko tu pandai handle sendiri feeling bengang ko tu, awat ko pi cerita kat orang yang mengadap jugak muka si polan tu? 
 
 Tak semua orang boleh berubah-ubah buat fake apatah lagi jadi talam dua muka dengan tiba-tiba sedangkan feeling panas tadi dah di hand over kat kita. Betul tak? Haisshhh.... nasib baik kita nie pun dah matang.  Sekian entri malam minggu.
 
 

8 comments:

  1. jenis mcm nie memang ade yana..mengutuk bagai nak rak..tau2 bila berdepan lembut gigi dari lidah...sudahnya kite pulak yg dok memikir hasil kutukan die la...

    ReplyDelete
  2. kak sal.... kadang2 rasa macam 'lantak deme le'....tapi bila buat kita jadi konpius memikir yang geram tu. Tapi nak buat mcm mana, sabo je la...

    ReplyDelete
  3. susah nak handle org cenggini..silap ari bulan diyer buleh tikam kiter dari belakangg..saket hatey.

    ReplyDelete
  4. kadg2 bila si pencerita tu emo2,kita terbawa bawa juga.marah2 sama.tapi sbnarnya kita harus mententeramkan si pencerita..buka sama2 emosi.baru jalan penyelesaian akan bersuluh terang.

    ReplyDelete
  5. azza...kita boleh paham kalau si pencerita sekadar nak meluahkan. Boleh tolong nasihat apa yg patut. Masalahnya jenis mengheret kita sekali dalam kemelut pastuh biarkan kita konpius. Spesis ini la yg bikin geram je nie...

    ReplyDelete
  6. hakak CNN.... setuju. Kalau dgn orang lain dia buat mcm tu, dgn kita pun boleh jugak, kan?

    ReplyDelete
  7. cik pha.... manusia macam2 fe'el. tapi bab2 hipokrit memang x bole blah. Rasa macam tak ikhlas je. Rasa mcm dikhianati. Sangat tak best.

    ReplyDelete