Ujikaji tentang KOMEN

Sepanjang berblog  nak hampir setahun ni,
saya hairan dengan jumlah komen di entri.
tak kiralah di blog sesiapa pun.
ada blog yang popular tapi tak banyak komen.
ada blog kurang popular tapi macaammm.... siapa yang menyinggah mesti letak komen.
haishhh....musykil.

kalau di blog sayanakcerita ni
cuba tengok Entri 1
dan ENTRI 2

Kalau nak tahu, dalam ratusan cerita saya di blog ini,
ENTRI 1 yang paling saya suka baca. *perasan macam best sangat. ekeke..
tapi betullah.
Entri 1 ditulis dengan senyuman dan air mata bergenang.
kalau boleh nak tulis panjang-panjang dan nak tulis lagi sengal sebab nak elakkan kesedihan.
tapi tak boleh sebab tetap teringatkan arwah ayah.
kira paling menyentuh hatilah.

tapi tengoklah.
saya blogwalking juga masa entri ni ditulis.
tapi harooommmm......satu komen pun tak dapat.
dan menambah pelik, entri ini adalah entri yang paling banyak dibaca
kerana pencarian wajah kambing di internet. 
hari-hari saya tengok analitik nuffnang tu orang search pasal kambing.
tapi kelihatannya entri ini sepi di situ.
kosong dan tiada respon.

Cuba tengok pula ENTRI 2
entahapehape rasanya.
tapi tengoklah komennya.
itu komen terbanyak dalam blog ini, ok.
musykil kejap.
apakah faktornya?
sila jawab wahai kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak & abang-abang sekelian...



14 Comments

  1. baru perasan post kambing tu. hehe. taktahulah pasai pa orang komen dekat post sseorang tu. mungkin kene letak pujian2 kot. wallahuA'alam. hehe :D

    ReplyDelete
  2. Biar saya cuba jawab... Kwn yg sbnr pasti akan komen pd entry bersifat peribadi. sbb dia lbh sensitif, peka dgn diri kita.

    ReplyDelete
  3. ciksukaberangan.... salah satu faktor kot tu ye? kena pandai bodek blogger...hehe..

    ReplyDelete
  4. Muhammad Burn....setuju tentang kawan-kawan. malang sekali, kawan-kawan realiti saya tak menulis blog...huhu..

    ReplyDelete
  5. sebenarnya saya pun hairan..sebab sy pun mcm ni juga..hihih..

    apa2pun sy happy berblogging ni.. cuma bila tiba rasa malas..mmg malas jadinya..!

    time rajin...rajin melampau2 lak..pelik..!hihuuh

    ReplyDelete
  6. betul².. nape erk?? sy pun kadang² hairan..

    ReplyDelete
  7. ntah la...malas nak pikir pasal komen mengomen nih...kalau sesam sudi komen, terima kasihlah jawabnyer..kalo xder org komen, bia jelah...

    ReplyDelete
  8. cik nur... akak tengok cik nur rajin je mengomen. bagus betul. thanx sbb rajin komen kat sini.

    ReplyDelete
  9. AdamHawa... ada musim le tu kot... :)

    ReplyDelete
  10. noh....macam pasrah jek? hahaha... kadang2 tu terbit kemusykilan itu yg bertanya.
    lagi pun nuffnang survey blog yg byk komen. itu yg concern sikit tu.
    akak pun biar je kalau entri x de org komen. yg penting happy berblogging.

    ReplyDelete
  11. betuk tu~yg penting kita happy berblogging ni~ sbb blog ni arr tempat curahan rase n segala info~

    ReplyDelete
  12. haha. entahlah. kurang pasti ^_^

    ReplyDelete
  13. 1.sebab entry pasal blogger cantik...mestilah nak komen....bajet diri sendiri cantik....n it is a good things though..tinggi keyakinan diri..

    2.sebab isi atau aspek yang diketengahkan itu ringan. maka lebih mudah untuk komen dan komen boleh menjurus kepada sesuatu yang umum.

    3. perkara yang tidak melibatkan emosi tetapi menonjolkan keceriaan... ramai antara blogger kita sememangnya bahagia dengan hidup mereka dan yang selalu kecewa kebanyakannya kurang kita lihat.... apabila sesuatu yang kita bawa tu aspeknya lebih meluas dan berkaitan dengan ramai orang...lebih mudah atau tergerak untuk komen.

    sekadar pendapat.

    ReplyDelete
  14. 1.sebab entry pasal blogger cantik...mestilah nak komen....bajet diri sendiri cantik....n it is a good things though..tinggi keyakinan diri..

    2.sebab isi atau aspek yang diketengahkan itu ringan. maka lebih mudah untuk komen dan komen boleh menjurus kepada sesuatu yang umum.

    3. perkara yang tidak melibatkan emosi tetapi menonjolkan keceriaan... ramai antara blogger kita sememangnya bahagia dengan hidup mereka dan yang selalu kecewa kebanyakannya kurang kita lihat.... apabila sesuatu yang kita bawa tu aspeknya lebih meluas dan berkaitan dengan ramai orang...lebih mudah atau tergerak untuk komen.

    sekadar pendapat.

    ReplyDelete