Saturday, 14 April 2012

Antara Adi Putra dan Aaron Aziz

Perempuan memang suka baca hiburan, kan?
sila jangan tipu kata kalau bukak newspaper baca tang belakang/sukan dulu.
itu kaum lelaki.
kalau perempuan, kebanyakannya akan baca Pancaindera atau BiPop dulu
sebelum baca berita lain.
betul tak?


#Adi Putra yang sangat hensem dan menawan hati.



#Aaron Aziz yang hensem juga. 


saya pun mengaku juga yang saya baca Beautifulnara.
blog hiburan lain tak rajin la pulak saya.
seronok baca bab gosip.
kira kalau masuk gameshow tanya pasal retis-retis nie memang kacang le nak menjawab.
*hoho. ayat riak dikesan di sini. wakaka...
ini pun sebab sawan k-pop dan drama Korea dah berakhir.
maka layan balik la drama-drama Melayu kekdahnya.

ini entri pasal Adi Putra dan Aaron Aziz yang tengah hot meletup tu.
saya suka Aaron Aziz.
tapi mahap le.
saya tak mengaku saya Aaronators.
itu remaja-remaja boleh la.
macam umur saya ni nak mengaku fan club retis mana-mana adalah entahapehape. haha.
lantak kome le nak ber fan club bagai.
saya tak terlibat, ok?

sejak saya mula melayan drama/filem Melayu ni balik,
Adi Putra dan Aaron Aziz adalah pelakon feveret saya.
konfem layan kalau tau ada cerita diorang ni berlakon.
biarkan status Singaporean mereka.
yang penting bakat mereka.
slang Melayu pun Melayu Malaysia.
ok la tu, ye dop?

antara kehenseman....dua-dua hensem. 
tapi lebih kat Adi Putra. 
*mata saya yang kata.
antara lakonan....dua-dua berbakat besar.
tapi paling menyentuh hati dan perasaan saya..
Adi Putra juga.

touching memanjang semua watak lakonan Adi Putra.
watak Jai dalam KL Gangster pun best.
tak rasa marah pun dengan dia.
jahat-jahat dia pun sempat buat saya touching dengan adegan dia sedekah rm50 kat budak pengemis tepi jalan tu. 
agak bias di situ. hahaha...lantak.
Aaronators jangan nak marah saya pulak.
ini hanya pandangan ikhlas saya.

Watak Abang Zikir jauh lebih menyentuh hati kalau dibandingkan dengan watak Haris.
lebih buat saya terkenang-kenang.
tapi nak buat macam mana, Aaron Aziz lebih mendapat perhatian dengan watak romantik beliau.
dah menang ABPBH pun.
tahniah ye Aaron.

entah mengapa perempuan sangat terkesan dengan watak romantik melampau.
padahal watak itu hanya bayangan si penulis yang sengaja nak buat pembacanya berada di awang-awangan sekejap.
tapi wujudkah suami macam tu di alam nyata?
ada sape-sape nak mengaku tak yang encik suami dia romantik sebijik macam Seth Tan?
saya nak jeles. kah kah kah..

ok dah.
saya nak siap pergi berniaga nih.
nak buat macam mana...
tak dapat encik hubby yang kaya macam Haris dan Seth Tan!
LOL...




20 comments:

  1. hahaha. aku pun tak rasa lelaki melayu ade macam haris. mimpi la..

    ReplyDelete
  2. hihihihi.. Aaron Aziz.. Ady Putra.. dua2 bagus.. tp lebih kat AA.. opss!! tp bukan Aaronators..

    ReplyDelete
  3. lakonan dua2 mantap. kira pelakon cam ni bagus la utk memajuk industri perfileman negara (:

    ReplyDelete
  4. hahaha.. pernah terbaca surat pasal nora elena dulu.. tp tak ingat surat ape.. tp yg penting kelakar.. haha

    ReplyDelete
  5. Aaron aziz ngn adi putra. masing2 ade keistimewaan sndri.
    hehe

    Alam nyata x seindah fantasi..

    ReplyDelete
  6. cik yana nie..citer bab retis pula yer..lelaki lak tu...hihi..
    izan sejak kawin xleh nak minat sapa2..en hubby jeles wooo...ehe...

    ReplyDelete
  7. retsi..cuma minat Anuar Zain je..pelakon takde yg minat...yg takleh tgk,takleh dgr sora dia-Hafiz AF hehe...sori hafiz fans...

    ReplyDelete
  8. rasany aeril zafril lagi hensem,muda remaja lagi.

    har3

    ReplyDelete
  9. saya akan sedaya upaya nak jadi seromantik macam tu..muahahahaa

    ReplyDelete
  10. jenuh cari gambar diorang yang seakan sama. akhirnya jumpa dan kebetulan pulak dua-dua pakai jaket biru. hensem, kan? :p

    ReplyDelete
  11. shafiq hashim... ha'ah. kebetulan pulak dua2 dari singapore.

    rapunzel cikilolo....mimpi penulis je laaahhh...huhu

    ReplyDelete
  12. haniasyira.... Adi Putra best, kan? :)

    AdamHawa... kan? rasa geli pulak nak ngaku Aaronators. hahaha.

    ReplyDelete
  13. steph....harap-harap kehadiran diorang nie memberikan saingan sihat kpd retis negara kita.

    aisya....surat bantahan drama Nora Elena tu ditulis oleh Cik geli. Dia siap dapat hadiah dari TV3 disebabkan surat tu. Memang kelakar gile. Tapi yang tak paham ayat sarkastik, memang emo baca. entahapehape. hahaha..

    ReplyDelete
  14. mieza... orang kuat berangan mmg suke citer feeling2 romantik gitu. biarkan mereka. :)

    izan.....setakat minat retis yg mmg takkan berjumpa nak jeles apa kes? encik hubby saya minat kat nora danish & intan azura. lantak dia le. hahaha.

    ReplyDelete
  15. kak kamsiah.... saya minat2 retis nie ikut musim je. Mana pernah setia. hehe..

    cik ding dong....tak kenal la Aeril Zafril. (buat2).... :p

    ReplyDelete
  16. minat adi putra gak..hehe..watak dia dlm kl gangster nampak garang..tapi memang x rasa nak marah..org hensom memang payah nak marah...hahaha

    ReplyDelete
  17. betul betull....rasanye watak Ady lagi "hidup" kot....hahaha

    ReplyDelete